Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat
Blog belum stabil, jadi kita layan saja gambar orang-orang yang saya rindui sekarang. Seminggu bercuti bersama, sekarang kembali tinggal berdua dengan Intan. Hari raya ke – 3 , kami melalui Lebuhraya Timur Barat sejauh 123 kilometer meliputi 61 km di negeri Perak dan 62 km di negeri Kelantan. Laluan ini merentasi Tasik Temenggor yang merupakan empangan hidroelektrik di Perak. Lebuhraya Timur-Barat mula dibina pada tahun 1967 dan dibuka pada 1…
Recovery Alert – Berejam-jam
Wahai Google – Kalau upih katakan upih, kalau seludang jatuh melarat, kalau boleh katakan boleh, jangan saya terharap-harap. Kepada rakan-rakan blogger yang terkena tempias si malware berpunca dari blog ini, saya ucapkan selamat hariraya mohon maaf zahir dan batin. Terimakasih untuk Eizil yang membersihkan bendasing di dalam blog ini sehari selepas kembali dari cuti raya
Blogger Pertama Datang Beraya
Anak-anak Arin datang beraya. Seronok tengok gelagat budak-budak kecik . “Seronoknya kalau ada anak-anak ye bang….” “Nak ke? Kalau nak abang boleh carikan…” Hahaha… pantang dapat peluang Selepas saya kenal Arin dalam talian, barulah kami tahu bahawa jiran saya adalah emak saudara Arin. Ini kali ke-2 kami bertemu dan Intan pun dah kenal mesra dengan anak-anak Arin, Sufiah Hanum, Sara Aliyah dan Sufian Harith.