Syukurlah hidung masih penyek
Peribadi

Syukurlah hidung masih penyek

Entri ini ada flashback!

Dua tiga hari lepas, saya dah tak ingat bila ( biasalah, buat baik dan lupakan ) jam melepasi 11 malam.  Bintang berkelipan  menghiasi dada malam menemani bulan yang kesepian.

Saya baru bercadang untuk tidur bila tiba-tiba terdengar ada orang sedang memanggil di luar pintu pagar. Saya selak langsir tingkap dan melihat seorang lelaki berdiri di seblah sebuah kereta Wira.


Saya buka pintu – jarak pintu rumah dan pagar rumah saya agak jauh , sebab itu saya berani.

” Saya Dino, dari Jalan 8, Saipul ada?”

Oh..saya kenal dia, jiran kami di Jalan 8. Pernah juga bertegur sapa dengan isterinya.

“Tayar kereta  Serena  kawan saya pancit, saya dah bawa tayar Wira, rupanya tak boleh, tak masuk…. puas saya fikir siapa yang ada Serena…bla..bla…bla…”

Kerana dia pegawai polis, jiran yang saya kenal – saya buka pagar dan benarkan dia ambil tayar simpanan kereta saya. Kalau saya tak kenal, memang tak berani nak buka pintu.

****************************************************

Hari ini hantar Angah untuk duduki UKKM di MRSM Kuala Kubu Baru. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba bunyi letupan yang agak kuat. Saya rasa tayar dah pancit sebab pemanduan rasa bergegar dan tidak stabil.

Masalah ni………. tayar spare belum dipulangkan.

Saya berhenti di tepi dan check kesemua tayar kereta dalam keadaan baik tetapi arm / exzober/ drive shaft ( saya tak pasti apa namanya ) di sebelah kanan tayar belakang dah terjuntai. Ganas giler makcik ni memandu!

serena rosak
Saya ambil keputusan untuk memandu perlahan hingga ke rumah.   Mungkin esok atau lusa baru bawa ke workshop .  Saya boleh gunakan kereta lain.  Sejam kemudian,  Dino datang untuk pulang tayar yang dipinjam. Saya tunjukkan masalah kereta saya dan minta beberapa pendapat dan nasihat.

” tak apa…nanti saya minta budak-budak saya datang ”

Dia telefon seseorang. Saya hanya diam.

“Nasib baik tak jadi apa-apa, tak laju kot?”

” A’ah….saya bawa perlahan je….”

Kalau saya Pinocchio , mungkin hidung saya dah bertambah panjang 5 inci. Orang hilang akal saja nak mengaku dengan polis trafik dia bawa laju…  :lol:

Sebenarnya bab-bab kereta dan workshop bukanlah masalah bagi saya kerana sejak dulu lagi memang  saya dah biasa, tetapi tak rugi apa-apa pun kalau ‘nampak bodoh’ dengan orang yang lebih pakar.

Sejam kemudian berderum depan rumah saya – terkejut! Jiran saya sampai dengan pomen diiringi dua anggota polis trafik!

‘Budak-budak saya’ yang dimaksudkan oleh beliau berpangkat Sarjan. Saya pun tak pernah tahu apa pangkat jiran saya. Encik Sarjan inilah yang telah menggunakan tayar kereta saya beberapa hari yang lepas.

Bila segalanya dah selesai, kereta saya dibawa ke workshop dan encik-encik polis trafik bermotosikal besar berlalu pergi, saya masih lagi terkejut. Tidak sangka begitu sekali mereka memberi penghargaan kepada pertolongan saya yang tidak seberapa itu.
keywords bulan lepas kujie2
– Blog saya juga mesra dengan polis trafik :lol:

©Kujie – sekali fikir macam pesalah trafik  kena serbu dengan polis sebab tak bayar saman Ops Warta je… hehehehe

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Syukurlah hidung masih penyek

  1. wau kak jie..macam orang kenamaan la…hu..hu..

    off topik ni : plugin apa kak jie pakai untuk kita tahu orang datang belog kita dan baca smpai berapa byk sume tu..sori banyak tanya ni kak jie…

  2. sebelum baca catatan, saya terlalu cemburu akan kedudukan iklan hijau yang panjang di sudut kiri blog ini (hu3).

    suka catatan ini, sepertinya kejadian berlaku terlalu kebetulan. itulah kuasa Allah kan? yang paling seronok apabila ‘budi baik dibalas baik’!

    part tipu sunat polis tu memang betul pun. takkan ada orang nak ngaku (ha3) tapi kalau ngaku pun bukan boleh buat apa kak, sebab takde bukti (he3).

    permulaan perenggan jeles dgn iklan Cik In, skang ni bertambah jeles apabila nampak hits keyword tersebut. kak jie memang cekap meletakkan keyword panas dalam setiap catatan 😉
    .-= megat´s last blog ..Wanita Hebat Bersama 11 Lelaki Hebat! Mahu Pecah Rekod? =-.

    1. @megat, Hidup Berani Untuk Gagal,..kata contest yang tengah top sekarang ni

      dgn Cik In, Kak Jie kehilangan status Geligeli dgn Encik N 😆

      menyesal…. terasa juga tapi lebih suka cabaran baru ini – bermula dari ZERO dan mencabar diri sendiri untuk menjadi HERO 😆

      itu hits utk bulan lepas… 😆

    1. @samdaddycool, kena tanya encik trafiklah….. pernah tak pesalah trafik mengaku dia mmg bawa laju…ehhh..mana ada encik, tuan, datuk…sy bawa slow je tadi tuuuu 😆

  3. dasat2..kakjie mmg pelakon terhebat dpan polis kan..hehe
    kre free jela diorg tlg yer..huhu jimat duit..
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..TEKNIK TRAFIK LEVEL MASTER KAMIBLOGGER =-.

  4. Beruntung gak bila ada kenalan yang boleh diharapkan. Sikap tolong menolong tu dapat rapatkan hubungan silaturahim yang sedia ada.

    Err… tak cuba ke naik motor besar tu ?
    .-= Tie´s last blog ..Ketam =-.

    1. @Tie, org dtg minta tolong, tak terfikir pun dia siapa…. 😆

      Tie… anak2 saudara sy ade lah… teringin gak nak snap gambar..leh letak kat blog
      tapi mcm jakun sgt le pula..hehehe 😆

    1. @Akuro San, susah nak ckp sebenarnya benda2 ni

      tiap org dan setiap blog ada identiti yang tersendiri, cara menulis, isu yang selalu diketengahkan – kakjie menulis kebanyakkan hal peribadi ( yang tiada nilai komersial ) pengalaman sendiri.

      pakar periuk belanga senduk 😆

  5. Best jugak baca entri ni….

    Benarlah, ajaran agama kita bila sedikit kita beri banyak kita dapat ibarat menanam sebiji benih akan mendapat tujuh tangkai hasil

    Teruskan berbuat kebajikan (tapi berhati-hati kepada siapa kita berbuat baik tu…)
    .-= Sifu_Din´s last blog ..Syukur Dan Kufur =-.

    1. @chokilala, huwaa…. baru check saman online baru2 ni..ada 24, sampai tak boleh renew roadtax tu…

      bekas gadis litar..hahahaha 😆 😆

  6. fuyoo.. kak.. ape rahsia? traffic dari keyword sungguh mengagumkan.. hehehe.. 😛 cam tak caye je sampai baribu² traffic dari keyword tu. hihi..

    kalau saman polis traffic tu mungkin dah musim kot kan? musim saman menyaman… pastu org x tahu makan saman tu cari kat tenet.. ahaha.. 😛

    1. @Mr.Bintang, tu hits ke entri kak jie – ada 24 saman polis, tak boleh renew roadtax

      entri kak jie mmg kebanyakkan dari pengalaman sendiri – kadang2 tak sangka pun nak jadi hits keyword.

      itu keyword bulan lepas kt nuffnang…

  7. kak jie… ajar nak dapatkan hits macam tuh jugak boleh tak?
    .-= Kreuger´s last blog ..Aktiviti melepak dalam office sambil mogok tak puas hati. =-.

    1. @Kreuger, ramai yg tanya soalan mcm tu

      jawapan tepat tak ada – kak jie tak fokus pada SEO

      apa yg kak jie tulis adalah pengalaman sehari2 dlm hidup – contoh pasal saman polis trafik tu… masa buat entri tu, langsung tak tau keyword tu akan bagi hits pada blog ini…

      tips mudah la kot – jgn guna target keyword yg ramai org guna… hehehe..kalau blog kita cukup kuat, mgkn boleh bersaing la kot…
      😆

  8. salam..
    kak jie..tersenyum simpul baca entry nih…
    hehehe..best tuh…pak polisi tolong jadik pomen…
    ahahaha..
    kalau dorg baca entry akak pasal saman tuh..apa respon agaknyer yer…
    ngeeeee

    1. @izzah, masa polis tu berderum deram dpn rumah…anak2 buah kak jie semua tercongok atas tangga…huhuhu…bukan senang nk dekat dgn motor polis trafik tu 😆

      psl saman tu – sebenarnya seblm pergi balai hari tu, ejen insuran kak jie bagi satu nama -dia suruh jumpa seseorg…tapi kak jie tak cari pun org tu…malulah nak minta tolong perkara yg mmg kita buat salah – rasa lebih lapang selesaikan sendiri.

      rakyat bertanggungjawap ni… 😆

  9. hahahahaha,dia saje nak test kakjie tu kott.
    dia tau kakjie bwk laju,hahaha 😛
    .-= blowie´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.

    1. @blowie, awk ni mcm abg kak jie le pula
      tiap kali bersembang , berskype…yg di pesan…yg di ulang2

      bawa kete lek lok..jgn laju2….nnt berekor2 saman…

      aish…. dia je tau mcm mana kak jie bawa..hehehe 😆

  10. suatu pagi ketika saya memandu Naza Ria untuk interview tender tiba-tiba bunyi tayar meletup … dalam hati abis lah mesti tak sempat interview tender ni sebab saya memang jahil bab-bab kereta ni … saya memandu kebahu jalan sambil fikir apa nak buat. Belum sempat saya turun dari kereta tiba2 ada kereta 4WD berhenti belakan saya. Dia kata kereta abg puncit ni… tak pe biar saya buat. Dia keluarkan peralatan dan terus buat kerja. Tak sampai 5 minit semua selesai. Selesai je dia minta diri sebab ada meeting. Katanya kerja kat MAS. Silap saya tak ambil no hp dia. Saya selalu doakan semuga Allah mudahkan urusan dia walaupun peristiwa itu sudah 4 tahun berlalu. Bersyukur kerana kak jie dapat membantu dan di bantu org yg sama.
    .-= denaihati´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL selami hati mereka =-.

  11. aaaaa….Terlopong tengok trafik tu… 😯
    .-= Azfarul´s last blog ..Korang Ingat Lagi Iklan Kit Kat Karaoke Machine? =-.

    1. @Azfarul, punyalah susah payahnya kak jie enterpremkan encik2 polis tu….trafik yg tu juga lah korang minat..ishhh….. 😉

    1. @Abg Din, puas nak fikir pasal tajuk tu

      cuma ada kisah Pinocchio sikit, bolehlah guna tajuk tu

      bab trafik – selalu kt jalanraya..mesti dah faham bab trafik ni abg din 😆

    1. @kenari, sampai hati ni tak dpt ingat bilalah dia dtg malam2 buta tu minta pinjam tayar spare… mmg tak ingat langsung…

      kalau nk ambil kesempatan, masa kena saman sampai 24 tu dah cari dia….tp settle sendiri2…tak bestlah nak buat kawan kita rasa serba salah nanti 😆

  12. sesekali buat ***** depan orang lebih pakar tu ok juga… selalu juga buat macam tu.. kan nnt dia yang lebih pakar, kita tak tahu, buat memandai lak…
    .-= beliamuda´s last blog ..Gambar PM Sedang Berkicau =-.

    1. @beliamuda, betullah tu… walaupun benda tu boleh buat sendiri tapi bila kita tahu org tu lebih pakar…tak salah dengar ckp …he he he

    1. @whose, a’aa… mmg tak terfikir pun
      polis trafik bermotor besar gedabak mcm tu dpn rumah
      mesra alam pula tu…

      hehehe…. rasanya kalau dtg dgn wartawan, bergari msk tv tu 😆

Comments are closed.