Live Blogging

Nur Kasih Episod Akhir

Akhirnya ……….. tamatlah sudah satu  fenomena seluruh negara.  Drama  bersiri Nur Kasih terbitan Filmscape arahan Kabir Bhatia.

Nur Kasih telah memukau ramai penonton sehingga saya terkejut beruk bila anak saudara bujang saya semalam menjadi satu-satunya penonton setia bersama kami kaum makcik-makcik.

kenangan di kampung

Lokasi : Sungai Burung, Kuala Selangor
Tarikh : 23/09/2009


Part best, masa Sarah terhempap cermin. Tentu ramai yang beranggapan Sarah akan terlanggar cermin sewaktu dia  meluru berlari keluar dari kedai tetapi dia cedera dihempap cermin selepas terjatuh terlentang bila hampir dilanggar penunggang motorsikal.   Sebab itulah cermin diatas Sarah

Bab Tayammum – masa tepuk debu, waktu meratakan debu di tapak tangan, cara yang betul adalah dengan tepuk-tepuk menggunakan kura-kura tangan ( belakang tapak tangan ) bukan menyentuh dua tapak tangan yang berdebu.

Bila tayammum, urutan tangan tidak boleh terputus seperti cara bertempek-tempak macam pakai bedak sejuk – maksudnya kita letak kedua-dua tapak tangan ke muka dari atas bahagian dahi dan bawa kedua-dua belah tangan di kawasan pipi, bila sampai ke kawasan tengah menghampiri hidung, sebelah tangan ( kanan ) dilepaskan dan debu di tangan kiri akan akhiri tayammum hingga ke hidung . Maksudnya debu tak boleh dua kali mengenai tempat yang sama.

Ini bukan bab mengkritik, tetapi bab memberitahu perkara yang betul. Jangan pula hangin satu badan bila baca entri ini. Saya bukan ustazah tetapi baru minggu lepas saya buat praktikal tayammum sesi pengajian Fardu Ain.

Lokasi : Sekinchan, Selangor
Tarikh : 01/09/2007

Kesemua pelakon berjaya membawa watak dan emosi dengan berkesan terutamanya Tiz Zaqyah ( Nur Amina ) , Remy Ishak ( Adam), Fizz Fairuz ( Aidil ), Ummi Nazeera, Sharifah Sofia, Liza Othman , Ayu Raudhah dan Datuk Jalaluddin Hassan yang membawa watak Ustaz Hassan – keputusannya Ustaz Hassan sebelum meninggal dunia dengan mengawinkan Adan dengan Nur Amina walaupun beliau tahu Aidil lebih dulu mencintai Nur Amina. Keputusan diluar jangkaan itulah yang mengembangkan jalan cerita ini.

Ending yang memuaskan hati semua orang dan saya tertanya-tanya, ada lagikah insan seperfect Nur Amina yang cekal, tabah , setia dan seribu satu watak baik.

©Kujie – suka episode akhir Nur Kasih yang mendamaikan , rumah tepi bendang….huwaa.. cuma satu je, macam semua iklan nak disumbat  waktu tersebut, tak ada masa lain dah….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Nur Kasih Episod Akhir

  1. peka betul kak jie bab tayamum tu ek?? zana tak perasan pun sbb ala2 sekali lalu je.
    lelagi bila baru blajar mmg kita perasan ek kak. hehe… bagus2… ilmu utk hari ini.

    yg zana ingat takleh putus tu je lah. 😀
    .-= Zana´s last blog ..Selagi Ada Dia =-.

  2. saya secara peribadi, amat kecewa dengan penyudahan cerita aka Anti Climax!
    mungkin pengisian iklan yg menyebabkan drama ini nampaknya terpaksa dipendekkan.

    tak mengapalah, asalkan ada rasa damai menonton drama ini. Cacat cela/kekurangannya mungkin boleh ditampung dengan filem Nur Kasih nanti.
    .-= aidilx´s last blog ..Pertubuhan Haram:Klik-Klik Nuffnang! =-.

  3. Drama yang redup. Walaupun ada beberapa kecacatan, sekurang-kurangnya memberi pilihan kepada kita bagi drama-drama yang cuba mengangkat nilai islamik. Mungkin masih kurang sempurna tetapi lebih mengesankan dari ‘Cinta Sempurna’. 🙂
    .-= nuaeman´s last blog ..Salam AidilAdha : Menyelami Erti Pengorbanan.. =-.

  4. tgk last episode je MUAHAHAHAHAHH@!~ dari awal tak follow… kira boleh layan jugak le.
    .-= jiji´s last blog ..I need help, is it OK? or so-so? or “Oh-I-know-you-copied-this-somewhere!” ? =-.

  5. salam…sempat juga layan cite tu dgn isteri & anak2..tak penah miss, semoga ada Nur Kasih 2 :mrgreen:
    .-= anuarkarimz´s last blog ..Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan =-.

  6. sempat tengok episod pertama dan terakhir yang lain tak tengok. adakah orang kita memang kaki drama dan kaki politik tapi bukan kaki bisnis???

  7. tak minat. tapi bila semua orang kat tempat keje cite benda ni je hari-hari, last2 kene tengok gak.. 😐
    .-= ohmerah´s last blog ..The Elegant of Nokia 5530 XpressMusic phone =-.

  8. salam kak Jie..

    memula tak minat..tapi bila episod Nur jumpa Adam kt Mekah tu..terus terpikat..sampai habis cerita ni saya ikut..episod akhir memang berkesan..ingatkan Nur betul kawin dgn Aidil..siap pakai tudung liplap lagi..hehehe..

  9. Tie tengok sekali sekala je…. tapi mentua tie tu terus ‘tersumbat’ (naik angin) bila tengok si Sarah punya perangai. Siap bagi warning kat sibujang tu, supaya hati2 pilih isteri nanti… adoi laa…… Tak pasal2 sibujang kena marah, hehe……
    .-= Tie´s last blog ..Renjis-renjis dipilis….(part 1) =-.

  10. :mrgreen: tapi dia ambik orang yang tak bertudung untuk jadi orang bertudung itu sebab saya tak sempat tengok cerita nie….. 😆
    .-= ishak hasimi´s last blog ..Guna file zilla untuk pasang cms ketinggalan zaman ? =-.

  11. sebenarnya banyak sangat perkara yang tak betul dalam cite ni..
    tapi papepon, bagus ju gak la sbb diorang cuba nk tonjolkan keadaan yg islamic…
    harap ada lagi drama2 akan datang yg boleh menandingi nur kasih ni…

  12. haha…ramai peminat nur kasih rupanya…haha..saya pada permulaannya, tidak pernah tngok pun cite Nur Kasih..bermula episod 18 kalau xsilap..tngok bersama kawan…start dari itulah, keesokkannya…start dari no satu tngok dari mula…hasil donlod..hehe.. shingga abis episog tngok..hhaha..

    tapi x tngok pun, x mati pun…haha…

  13. lega dah abih cite ni kak jie…. kalo tak husband saya bengang je sebab tak bule ajak pi meronggeng time tu!!
    .-= Elyn´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidiladha =-.

  14. Dah habis rupanya Nurkasih ya. Kalau kami pun kat Malaysia tentu dah duduk depan tv ramai-ramai tengok drama Khabir Bhatia ni. Filem-filem dia pun best kan.
    .-= blogresipi´s last blog ..Candle Light Dinner =-.

  15. hehe…memang ramai gila peminat cite ni
    tp entah kenapa sy ni selalu terlepas tgk
    ada je hal2 yg menghalang
    last episode ari tu pn x berpeluang nk tgk sbb malam tu rumah sepupu wt kenduri korban n tahlil
    huhu

  16. hai… yup ending cite nie mmg best…
    kalau nur kawin ngn aidil pecah pangung jawapnya 😉
    .-= kid´s last blog ..adoi penat =-.

  17. mama,yonna baru tgk semalam. kan kat tv3 ada 4 part. part 1 pon dah teriak bagai! HAHHAHA. mati2 yonna ingat dia terima lamaran Aidil tu ;p

    anw,part Sarah kena cermin tu mmg besttt! yonna bajet dia akan accident. tak terfikir lgsg dia akan dihempap cermin2 tu. ngee.ngeri, mcm nak terbelah badan je rasa.

    ending dia sgt syahdu.lagi2 bila nur jumpa Adam dalam train. hah,menitik2 air mata ni jatuh HAHAHAHA. dasat betul. tp ending mmg mendamaikan.

    oh boringlah jumaat lepas2 ni T__T
    .-= yonna´s last blog ..Y574 : Azam =-.

  18. drama termantap malaysia pernah ader.. tu jerr komen saye.. hehe, Nur tue memang idaman semua laki, dah laaa lawa, baik lak tue.. tapi cermin diri rr wei.. nak cari yang baik kena menjadi baik..

    dan MENJADI tue lebih baik dari MENCARI….
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Lelaki dan Pencuci Muka… =-.

  19. yerp..happy ending kna..sumer tuh hanyalah imaginasi saja..jgn terlalu terikut smpi taksub…hoho..

    bagus komen psal tayammum tuh..hehe..sb dia anak ustaz hassan so dia tahu bertayammum… =P

    salam aidiladha~

  20. erk! tapikan kujie, ada ke org buat tayamum, sapu muka, dengan serentak kedua belah tangan serentak… tangan kanan sapu muka kiri, dan tangan kiri sapu muka kanan… heheheh

    psst: mau haru dibuatnya begitu.. kanzz.. hehehe

  21. huhuhu

    maza tak mengikuti kisah ini..
    mula2 tu ikut gak setakat satu dua episod..
    lepas tertinggal jauh.. aderkkk..

    sayonara ler jawabnya lah…

    hehehhee

    bab tayamum tu, satu lagi kaedah ialah menyapukan dua2 tangan serentak dgn sebelah tangan kanan sapu pipi kanan, dan tangan kiri sapu sebelah kiri.. dan pastikan kesemua daerah muka mengenai laluan tangan tersebut..

    hehehhehe

    1. @maza, sapu serentak – tangan kanan belah muka kanan, tangan kiri belah muka kiri…masa bawa ke tengah..area hidung tu…sebelah tangan tak kiralah kiri atau kanan kita lepaskan…so kita abiskan bahagian hidung tu dgn satu belah tangan saja..

      mcm tu le praktikal sy..salah ke encik maza?

  22. bab sarah kena hempap cermin tu- bagus gak takdelah mcm adegan biasa kena langgar masa meluru keluar..hehe
    bab tayammum..saya tak perasan masa tu…kena tengok balik…
    ending- oklah, not so fast yet not so predictable- sbb jumpa balik dalam keretapi…dan part paling menarik masa lepas nur buat keputusan and tatau pasal apa tapi ada kenduri kesyukuran and nur pakai baju putih ala2 pengantin tu..hehe

  23. ending nur kasih kurang menyengat? adakah sebab sinopsisnya sudah terkantoi dari episod 3 lagi? walau bagaimanapun , kagum sebab malaysia pun mampu hasilkan drama bersiri islamik, taklah lagi kita asyik2 tengok sinetron indonesia jer…

    “taubat nasuha” membuatkan saya brfikir panjang apabila nak marah anak2. ajal , maut tak tau bila. tapi perkataan yang paling menyayat hati” tak suka, pulangkan” memang memberi impak yang besar pada ending citer taubat nasuha tu…

    1. @ina, lagi menyakitkan ati biler bapak dier selalu cakap “kalau hidup tak menyusahkan tak bleh ke?” 😥

  24. sungai burung??mmg best tempat tu..kampung ketiga cuz kot..wakaka cuz pun minat tgok citer ni walaupun pada awalnya ingat citer ape la..huhu
    tp m’sia best la..masih mmpu mngeluarkan cerita2 yang best2 mcm ni..huhu

    1. @Mr. Cuz, kawasan yg mendamaikan….depan rumah ada parit, ada titi, ada pokok2 bunga….bunga kertas warna warni, bunga loceng warna kuning….. 😆

  25. adeh~ pengaruh tv dikalangan orang tua. haha
    apa2 pon kak, sy suka lg orang malaysia gila tengok drama bersiri tempatan daripada dok puja sinetron indonesia ataupon drama latin yg seksi bagai tu.. huhu…

    1. @luth textile, bagi kak jie, bukan pengaruh ni
      cuma isu semasa, sebulan lagi dah lenyap…
      mgkn ada yg mendapat manafaat….. dari pengajaran kisah ini

  26. kak jie, drama selepas Nur Kasih iaitu Taubat Nasuha lagi berkesan, teresak2 menangis lihat anak2 isteri mati meninggalkan bapa yang takde perasaan. “kalau tak suka, pulangkan”.
    .-= zany´s last blog ..Ketagihan Melampau =-.

    1. @zany, jahat betol bapak dier..mengajar penonton supaya tarik side burn bila marah anak2..huhuhu 😈

  27. Ending yg sedikit mencacatkan Nur Kasih. Ada banyak persoalan yg timbul. Huhu.. But, apa2 pn, nur kasih mmg mantap. Lps ni msti rndu kt Adam, Nur, Aidil, Liya n Sarah. Heee.. 😉
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..Mrdaha End Year Contest: Memoir of TihaZainal (2009) =-.

  28. sha panggil cerita nieh nur iklan – sampai buat posting khas bernama nur iklan:P

    tamatlah sudah riwayat kesan degil.
    Alhamdulillah, lepas ni ibu sha tak perlu lagi berebut remote dengan adik2 yang mmg mengalah demi kasih sayang walaupun mereka tak suka nur kasih:P
    Kami dah pesan…ibu jangan nak tgk Aliff Firdaus pulak lepas nieh.

    Sebab apa?
    Sebab kami tak mahu ibu sebut ini:

    insan seperfect Nur Amina yang cekal, tabah , setia dan seribu satu watak baik.

    pada kami, yang hampir sempurna hanya Rasulullah.
    tak perlulah kita tolak fakta itu kerana satu wakta fictional kan?

    tap sha malas la nak buat posting pasal ini.
    tak mau mengecilkan hati banyak pihak.

    walau di mata sha nur amina banyak kekurangan:)

    Alhamdulillah…sha bangga kak jie perasan kekurangan tuh…

    terima kasih sebab
    .-= cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: ida nerina ate frog legs? =-.

  29. tapi kan kak..
    ending dia tak menyengat sgt..
    and macam sgt terburu2 plus byk scene yg rase cm..’eh, kabir bhatia punye cerita ke ni??’

    ape2hal pon..ske cerita nur kasih sgt2 wpun ending kurang memuaskan hati

  30. mantap! salah satu drama yang mengusik hati ini. berjurai air mata. hati yang tersentuh amat. ada beberapa perkara yang sememangnya sukar untuk dicapai di dunia realiti kini.

    ps – klu rajin adalah catatan mengenainya (he3)
    .-= megat´s last blog ..Google Wave, Sudahkau Kau Mencubanya? =-.

    1. @megat, kak jie tak de la tgok terus menerus..banyak juga episod yang tak tengok.. cerita ini bagus sebab bukan mcm yang selalu kita tengok kat tv – jerit2 maki melalak yang .

      ada kekurangan sana sini, tetapi keseluruhan, oklah

  31. oohh… kak perasan part tayammun itu.. bagus2… xsangka ada kesilapan.. hhmm.. atleast kalo berlakon pon, wat lah serius kan?

    hhmm.. nie blog kedua pasal nur kasih… wah3.. besar pengaruh nie.. kih3..

    tiba2 tringin sorg awek mcm dalam citer nur kasih.. agak2 boleh dapat x? hehe..
    .-= ahmadsufi6177´s last blog ..Kisah Qurban dan Kisah Harut dan Marut =-.

    1. @ahmadsufi6177, tayammum bukan selalu kita buat..erk…rasanya tak pernah buat sbb kita sentiasa ada air

      kalau tak pernah buat praktikal..mmg tak tahu..cuma yg diajar, sapu muka dan tangan dgn debu…caranya?

      itu yang kena berguru… 😉

Comments are closed.