Isu Semasa

Main perang

huh! seluruh negara melihat aksi sebegini. Saya kerap ke stadium menonton perlawanan bolasepak dan hingar bingar bunyi gema sorakan dan ejekan bukanlah perkara asing basi saya. Biasa bersesak-sesak naik LRT waktu balik dari stadium. Saya masih ingat bagaimana sunyi sepinyanya tren sewaktu balik dengan penyokong bola sepak dari Sabah pada  perlawanan akhir tahun 2003 antara  Selangor MPPJ dan Sabah.

Bukan setahun tetapi hampir 18 tahun sepanjang perkahwinan kami saya dan keluarga akan ke stadium. Saya antara ribuan penonton perlawanan persahabatan sempena pembukaan stadium Shah Alam ( Stadium Melawati ) antara Pilihan Selangor melawan Dundee United pada 15hb Julai 1994. ( sedang mengandungkan Angah )

Tahap disiplin pengunjung stadium semakin merosot sejak 10 tahun lalu. Dulu aktiviti menemati suami adalah aktiviti keluarga. Sekarang , stadium bukanlah tempat yang selamat.  Kalau nak pergi stadium , kena buat medical checkup untuk pastikan tahap kesihatan. Kalau ada lemah jantung atau asma lite-lite tu, duduk saja depan tv- tak pasal-pasal semput sedut asap.

kredit gambar - utusan online
kredit gambar - utusan online


Bukan saja menjadi tempat paling tercemar dengan asap rokok tetapi tempat pemuda harapan bangsa membaling bom asap atau mercun seolah-olah sedang berperang seperti kanak-kanak palestin membaling askar israel.

Saya pernah melihat dengan mata kepala bagaimana seorang anak berumur sekitar 8-9 tahun berdarah2 terkena kerusi yang dibaling oleh penonton yang gagal mengawal emosi.

Macam budak-budak tak cukup umur. Kalah saja bergaduh! Saya tahu ini bukan kejadian pertama dan rasanya penyokong bola sepak negeri Kelantan tidak boleh mempersalahkan orang lain jika dipandang ganas atau dilabelkan ‘samseng bola sepak’. Tindak-tanduk penyokong tersebut mencerminkan seolah-olah budaya dan sikap orang yang berasal dari Kelantan hanya cenderung untuk berkelakuan sedemikian sedangkan ramai kenalan saya dari negeri Kelantan baik-baik saja.

Kelantan sebelum ini pernah didenda dan dilarang bermain di gelanggang sendiri Stadium Sultan Muhamad IV kerana masalah yang sama. Bagi penyokong, sokonglah pasukan sendiri dengan semangat kesukanan sama ada ketika menang atau kalah seperti kelab ternama luar negara. Sekiranya pasukan gagal tidak perlulah bertindak di luar kawalan hingga boleh menjejaskan imej bola sepak tempatan. Segala stok mercun raya cina tahun depan dihabiskan untuk satu malam.

Orang melayu beradap dan sopan? Itu hanya retorik semata-mata.

Tahniah untuk pasukan Negeri Sembilan dan untuk pasukan Kelantan – esok masih ada!

Video keganasan penonton bola sepak Kelantan sewaktu Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009 antara Kelantan dan Negeri Sembilan – Penyokong Kelate Gomo!!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Main perang

  1. Kalau dapat ditangkap sapa yang buat onar malam tu kan bagus. Perlawanan tersebut banyak meninggalkan kesangsian. Adakah ada unsur2 politik didalam perlawanan tersebut. Mungkinkah ada anasir-anasir jahat yang menghasut pihak penyokong kelantan yang memang terkenal dengan panas baran? Mari kita fikir-fikirkan.

  2. ni nak komen secara emosional atau rasional ni (he3).

    ada hati, jangan salah gunakan.
    ada otak, berfikirlah dengan waras.

    ps – rasa nak terbit entri khas pula (he3).

  3. sebab tu maza malas nak bersesak2 sangat!

    masalah parking, tiket dan akhirnya keselamatan diri.. huhuhhu

    lebih memilih terlentang kat rumah dari stadium.. hehehhe

    psst: kecuali dapat tiket free gitew.. hehehe
    .-= maza´s last blog ..Aku Bukannya Bapa Kau, Nab! =-.

      1. @Kujie, Tapi heran, mana semua pergi pak-pak polisi? Kenapa tak ada orang yang kena tangkap malam tue. Takkan penyokong2 Kelantan yang pukul orang kat LRT tu semua dapat melarikan diri? Hairan. ❓

  4. orang yang tahu main bola dia faham perasaan seorang pemain ketika dia pula terpaksa jadi penonton. Saya rasa yang menganas tu kurang pandai main bola atau dah telan “bijik”.

    ps:teringat zaman muda sewaktu mewakili kelab untuk permain dalam Liga Selangor dan Liga KL :mrgreen:
    .-= haritz´s last blog ..AlFarabi Band – Ngetop Di Facebook =-.

    1. @haritz, kalau kat stadium memang dah lali dengar kata2 kesat , kutuk dan keji mengeji…. tetapi kalau sampai keganasan fizikal

      tu bukan main bola lagi dah tu

    1. @suara, sebenarnya su, bukan isu bola saja yang perlu kita beri perhatian
      isu sikap dan akhlak kita.
      kejadian kat situ adalah apa yang sebenarnya ditonjolkan dari masyarakat kita sendiri

  5. ala bukan terer sangat pun diorang tu main, kalau gempak then kalah nak mengamuk tu bersebab la jugak. bukan nak pandang rendah tapi itu hakikatnya, negeri sembilan main lagi bagus, nak kata ref berat sebelah ke apa terpulanglah. oh saya tak sokong sapa² malam tu.

    member kelantan sendiri pun malu je diorang buat macam tu, jadi bahan pulak bila jumpa² minum sekali. kan tak pasal² orang tak bersalah kena.

    oh tidak daku ter’emo! 😳 😳 😳

    1. @nesca, tiap kali kalah nak salahkan ref – jangan main bolalah…main saja rubik’s cube…main sorang2 tak sentuh sesiapa. 😆

      orang lain yang tak kena mengena pula yang kena perli dengan kawan2

  6. kak jie semangat lain macam je….Pemimpin kita yang tak kuat agama sampai lah yang kuat agama sibuk berpolitik …sibuk nak pertahan dan mengejar kuasa … mana ada masa nak tengok hal-hal meningkatkan adap sopan pemuda pemudi tapai lagi satu orang Melayu ni memang perangai suka ikut yang tak baik …yang baik2 susah sangat lah nak ikut…
    .-= denaihati´s last blog ..Yang Terbaik Sepanjang Oktober =-.

    1. @denaihati, lain macam……..macam mana pula..hehe 😆

      bab yang suka ikut yang tak baik tu memang betul. Skima sangat ke ikut peraturan hidup sedangkan peraturan itu bertujuan membantu kita menjalani hidup dengan teratur , aman damai

  7. Salam hormat wahai Kujie.

    Jelas kelihatan dan dari komen merata – rata. Penyokong Kelantan masih belum ada SEMANGAT KESUKANAN. Dan terlalu fanatik !

    Sewajarnya Pasukan Kelantan akan terus kalah.

    Dan benar sepertimana komen dari pengunjung blog. Amat merbahaya jika sekiranya ada perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan. Apapun TAHNIAH kepada pasukan bola dan penyokong Negeri Sembilan.

    1. @Abang Long, Penyokong selangor pun Abang LOng, selalu juga saya tengok mereka membaling objek tetapi sampai guna api tu tak pernahlah. 😆

    2. @Abang Long, Saya tak setuju, semangat kesukanan tu dah ada, cuma displin nyer yang x ada. Kalau x ada semangat, masakan satu stadium tu boleh penuh.

    1. @mrs azmi, ada yang cakap , salah pengawasan… kurang anggota keselamatan

      tapi semuanya bermula dari diri sendiri..kalau kita berdisiplin, orang tak nampak pun kita tak buat salah..kan?

      kita buat baik bkn utk diiktirag oleh orang tetapi balasan dari Allah, kerana Allah Taala

  8. salam kakjie,

    bila dah jadi hooligan bola yg fanatik, tu la jg keganasan camtu..
    tp saya tetap gak la ade sentimen yg x baik kat orang kelantan.
    penuh dgn semngat assobiyah yg ntah ape2.

    by the way, awek kelantan ttp paling cun..hahahaha
    .-= cikun-kun´s last blog ..試験 aka 戦争 =-.

    1. @cikun-kun, peribadi setiap orang terhasil dari berbagai sudut, dari latar belakang atau pendidikan – ramai juga yang kak jie kenal baik sgt…mungkin juga bergantung pada diri kita sendiri – what you give you get back…. ( ni ayat nk ngata kak jie baik le ni….sbb tu dpt kawan2 baik jeeeeeeeeee) 😆 😆

      knp semua org selalu keluarkan ayat2 awek kelantan cun? secara fizikal mungkin tapi kita selalu nak org yang baik zahir dan batin , kan… he he he

    2. @cikun-kun, Assobiyah tu kena bertempat jugak. Untuk sahabat2 yang dalam kesusahan memang boleh dipakai, gunanya untuk menolong. Tapi janganlah pulak sampai dicop kita berpuak2.

      Saya tak setuju awek kelantan paling cun. Saya setuju kalau statement awek kelantan ramai yang cun. Contohnya. 10 yang ku jumpa 4 atau 5 yang cun. Kalau yang negeri lain 10 yang ku jumpa mungkin 2 atau 3 yang cun. Tu baru betul.

    1. @zuls, bila dah ramai2…kadang2 org yg secara peribadinya penakut pun boleh menjadi berani.

      masa tu ada kawan yg dok jadi batu api…. sorak sana sini
      tapi bila awak dpk lokap….. kerat jarilah kawan nak datang tolong
      masing2 menjauh….

      fikir2lah

      1. @Kujie, Betul tue, kita tengok geng2 Indonesia bila ramai mereka cam samseng, begitu juga Myanmar. Pernah hari tu depa kacau awek saya. Memang kurang ajar, mentang2 ramai.

  9. Sebbaik i’m not kelantanese. Bkn apa, if dh jadi mcm tu, sedikit sbyk t’kena tempias. Org ramai pn dh pndg serong kt penyokong2 kelantan.

    Moral of the story, every perlawanan yg melibatkan vs Kelantan, better jgn pegi tgk live kt stadium. Huhu.. Takot maaa..
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..PERTANDINGAN KOMEN TERBANYAK. LEBIH RM300 UNTUK DIMENANGI! =-.

    1. @Fathiha Zainal, takut tapi kita tak boleh fobia
      kadang2 itu kehidupan kita, nak tak nak kita kena hadapi
      jalan mengelak bukan boleh selesaikan masalah
      kerana ini bukan bab bola tetapi merangkumi keseluruhan nilai kehidupan :mrgreen:

  10. topik kat sekolah pagi nie pun pasal keganasan penyokong bola sepak yang telah tewas walaupun mereka sebenarnya adalah team yang dijangka menang..
    kenapa agaknya mereka bersikap begitu? kalau betul dorg penyokong yang menyokong dengan semangat kesukanan rasanya mereka takkkan bertindak seganas itu..sebab menang atau kalah itu kan adat bertanding..kalau 2-2 nak menang bukan pertandingan la namanya.. 👿
    .-= izzah´s last blog ..Pilih..pilih… =-.

    1. @izzah, bukan semua tapi biasalah…. kebaikan yang menggunung pun tak dipandang orang kalau hanya secubit yang berlaku tidak baik. Sekali mungkin kerana keterujaan tapi kalau setiap kali?

  11. Bila otak dok kat lutut…. gitulah kot.

    “Kita tengok bola sudah la kalau nak buat apa pun kita takbir tak payah nak baling mercun ke ape ke”. Tok Guru pernah berpesan begitu.
    .-= TokNabe´s last blog ..Banjir Datang Lagi =-.

    1. @TokNabe, suka ke gembira, sedih atau kecewa mestilah berpada-pada
      jangan hilang kawalan diri
      kan tak pasal2 orang lain pun terpalit sama

    1. @julietchun, masa kat sekolah, penatlah cikgu nak terapkan semangat kesukanan kat murid2… kalah menang adat pertandingan

      kalau kita rasa kita kuat, ada org lain lebih kuat……..

  12. maaf kalau sha katakan, sha tak ke stadium minggu lepas kerana pasukan yang nak lawan dengan negeri sembilan tu.

    selama ni, negeri sembilan lawan team mana pon sha pergi.
    tp kelantan?
    sha dinasihatkan, dan sha sendiri taknak pergi.

    sebab apa?
    sebab penyokong2nya.
    sha tak sanggup dikacau2 oleh org2 yang seakan tak pernah tgk perempuan di stadium.
    rasa seperti jalan berbogel pulak kalau dah duduk di stadium dengan penyokong kelantan.
    ada satu perkara yang tak selesa di situ.

    tu tak termasuk dengan balingan mercun, sebab diorg bukan kisah yang dibaling itu perempuan dan kanak-kanak.

    bukan semua penyokong kelantan macam tu.
    tp sekali terkena, biarlah beringat.

    yang peliknya kenapa bila lawan pasukan lain tak pulak sha kena macam tu.
    .-= cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: masak lemak lada api? =-.

    1. @cheryna, apa yang sha cakap tu memang betul, nak2 lagi bab macam tak pernah nampak perempuan.

      masa perlawanan malam tu, mmg teringat kat sha je..hehe

    2. @cheryna, Sama macam saya, tapi bukan perlawan bolasepak jer, malah ada konsert kat bukit jalil masa sure heboh pon ada gadoh2. Siap baling2 botol lagi. So macam biasa saya akan standby payung. Bukan untuk hujan, tapi untuk botol2 air mineral yang akan mendarat kat kepala kita. Cuma kesian dengan kakak yang ada anak kecil. Memang ternyata anak2 muda zaman sekarang makin kurang ajar. Di tambah lagi oleh budaya2 pelik pendatang2 asing, especially Indonesia dan Mnyanmar (suka kacau anak dara orang)

Comments are closed.