Isu Semasa

Belanjawan 2010 dari perspektif seorang Makcik Blogger

Saya baca berita tentang Belanjawan 2010 ( yang lebih dikenali dengan Bajet 2010)

Bila baca bab belanjawan ni, saya sering rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka sebab bahasa yang digunakan selalu berkelas tinggi, berhigh profile. Makcik² macam saya ni kurang faham. Kadang-kadang faham tetapi tak pandai nak menghuraikan pemahaman tersebut.

Sumber dari Bernama Online :

  • Belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 .
  • Strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.

Saya dah faham yang ni. Menggalakkan pelaburan swasta – kena baca ini juga pelabur risau, internet di Malaysia lembab . Bab-bab pertanian tu rasanya tiap tahun ada.

  • Strategi kedua iaitu memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.

Saya cari makna di DBP :

Holistik – Bersifat saling berkait antara satu sama lain sbg suatu sistem bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek ter tentu sahaja: model ini bertujuan memberi kan pandangan secara menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi.

Mapan – Tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum; mantap

  • Strategi ketiga pula, kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam.

Yang no#3 ini yang paling dekat dengan masyarakat seperti kami rakyat jelata. Yang no#1 & no#2 tu untuk golongan pentadbir atau golongan pengurusan negara.

Seperti slogan 1Malaysia –  Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan :lol:

Bab jenayah tu seperti curi kenderaan , ragut & seluk Saku , gangsterism , rogol , pecah rumah, dadah , keganasan rumahtangga dan buli memang kerap berlaku pada diri kita, keluarga kita, jiran tetangga kita , sanak saudara kita, kawan-kawan kita…..

Pengangkutan awam – ikut rekod Belanjawan 2009 ada disebut tentang laluan LRT baru Kota Damansara ke Cheras dan perkhidmatan komuter KTM dipertingkatkan – kekerapan / ketepatan jadual perjalanan dan penambahan koc.

Setahun dah ni…. macam mana keputusannya?

©Kujie – saya pun nak keluar hari ini, ambil bahagian untuk  ‘menjana ekonomi negara’ di Bintang Supermarket.:mrgreen:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Belanjawan 2010 dari perspektif seorang Makcik Blogger

  1. menjana ekonomi negara di Bintang Supermarket? Satu tindakan yg mapan! hahahahahaha :mrgreen:
    .-= blowie´s last blog ..Sejarah SPM 2009 Tips and Hint #1 =-.

  2. kita bersyukur seadanya sebab kita masih hidup dengan aman. Bagi mereka peluang. Siapa tahu, akan ada kebaikan disebaliknya..
    .-= titan´s last blog ..Edisi Siasat: Buat Duit dengan DapatWang.com =-.

  3. rasa bersyukur hanya layak utk tuhan.rasanya tak layak utk kerajaan sbb tugas pemimpin tu satu tanggungjawab utk rakyat,mcm tanggungjawab ayah kat anak2 dan istri la,menyediakan bkn membebankan

  4. entahla.. setiap kali ada pembentangan bajet, misti ada je rakyat yang tak tahu nak syukur, tak tahu nak terima kasih atas apa yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.. hurm..

  5. Sebut pasal meningkat kan sistem pengangkutan dah naik menyampah dulu … kurangkan subsidi untuk tingkat mutu perkhidmatan …. pas tu belanjawan 2009 lagi skarang ada dalam budjet tapi mutu perkhidmatan masih takuk lama jeee…..

  6. pe2 pun, krajaan mmg ssh nk puaskan sume kehendak rakyat..bkn sng untuk memuaskan ati sume :mrgreen:
    .-= x-po´s last blog ..KES BUANG BAYI: SAPE YANG SALAH? LAKI ATAU PEREMPUAN? =-.

  7. Tekun disuntik 200 juta..bagi loan byk2 pd org melayu..last2 semua kena blacklist yg untung kaum satu lagi tu…

    Tekun bekerja pasti berjaya, pinjam ngan Tekun belum tentu berjaya.

  8. rasanya masih tidak mencapai matlamat 1Malaysia, tetapi lihat apa yang bakal berlaku disamping turut serta membantu apa yang terdaya.

    sebagai seorang blogger dan yang menerajui bidang it, suara utk meningkatkan infrastruktur IT amat diperlukan.

  9. “* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010. ”

    aduhaii…
    sesiapa ada lebih dari 2 kad, mau meraung2 ni…
    bayangkan kalau ada 5 kad. adderkk. bayar buta2 RM250.. perkhhhh

      1. @Kujie,
        bagus juga tu, satu cara tersembunyi mengelakkan rakyat berlumba-lumba kumpul kad kredit. 😎
        .-= Kak Long´s last blog ..Mimpi yang tersirat =-.

  10. Allo makcik blogger…hehe tak ambil tahu lak pasal bajet 2010 nie 🙂 semenjak 2 menjak nie…mmg jarang giler baca paper or tgk berita… sedih betul 🙁
    .-= Fahmi Raazali´s last blog ..Medal Pertama Aku di UDM =-.

    1. @Fahmi Raazali, makcik kena ambek tau…g pasar kena tau ttg belanjawan

      g pasar malam kena tau ttg harga semasa udang, ikan, petai dan bawang merah india..

      tu semua bab ekonomi tu 😆

      1. @Kujie, hehe…nampaknya sy sebagai seorang pemuda harapan bangsa kena lagi alert la 🙂
        .-= Fahmi Raazali´s last blog ..Medal Pertama Aku di UDM =-.

      2. @Kujie, Betul tu….

        Kita makcik-makcik ni rasa tertekan kerana terpaksa memikirkan harga barang2 dapur tu. Elaun naik pun tak ada ertinya kalau harga barang melambung tinggi.
        .-= Tie´s last blog ..Terharu =-.

  11. katanya dlm BH online, belanjawan kali ini utk meningkatkan Pendapatan Boleh Guna (pendapatan kasar – cukai) rakyat..dan mutu hidup rakyat!

    tapi betulkah kehidupan mhutu di estate dan di kampung2 itu akan makmur dan meningkat?!…rata2 tengok mesra pelabur aje..

    dengar kata, makmur pelabur maka akan berbahagia jualah rakyat! entahlah!.. huhuhu

  12. LRT cheras ~ Kota Damansara tu cam senyap jek… yang ade dgr dah nak start laluan extention ke Putra Height.. 🙄

    lawak je akak ni merahkan perkataan tersembunyi 😆 😆 dalam maknenye tuuuuuu!
    .-= mrs azmi´s last blog ..lunch @ noodle station =-.

    1. @mrs azmi, dpn rumah penggulu kat sini…sebulan ni dah pasang satu signboard kiranya paling besarlah di kawasan hulu ni….billboard 1Malaysia ganti signboard Kempen Tak Nak yang dah reput. 😆

  13. Angka-angka tu cuma cantik atas kertas, pelaksanaannya belum tentu lagi. Rujuk aje laporan audit terbaru. Bercakap pasal jenayah, memang membimbangkan sekarang ni. Sy yg belum kawen ni pun rasa risau. Semalam dalam berita kosmo, budak 8 tahun diberi RM5 kemudian diculik dan dirogol. Gila betul.
    .-= Dr House´s last blog ..Pelabur Australia risau kelajuan internet Malaysia =-.

    1. @Dr House, skrg ni kes jenayah pelik2…yg kita tak jangka seperti kes anak bunuh mak, bunuh bapa..

      zaman dulu, nak angkat kepala menjawap dgn mak bapa pun kecut perut

      tapi..

      anak2 zaman dulu itulah yang melahirkan anak2 zaman skrg

Comments are closed.