Peribadi

Abang tak ingat…

Saya tanya dia nak bawa kereta atau motor. memandangkan urusan hanyalah menghantar drawing plan dan balik, dia berniat menunggang motorsikal.

9.45 pagi saya keluar dengan pesanan berjela-jela vesi makcik bedah..jangan lupa off kipas, tutup sliding door, kunci pintu dapur, gate…bla…bla…bla…. (background muzik guruh berdentum)

12.30 saya jemput Angah di sekolah dan terus balik. Keluarkan barang-barang yang saya beli.

Gate masih terbuka. Tiba-tiba dia balik. Hairan juga, cepat pula ke Shah Alam.

Apasal muka berkerut macam penat sangat . Dengan lemah di tongkatnya motor barulah saya lihat LC dia tercalar depan dan belakang dipenuhi selut.

Bila dibuka helmet, berselut di bahagian pipi kanan dan sebelah lengan. Ada luka kecil di tapak tangan.

Ya Allah …abang… ( background muzik guruh berdentum lagi )

Kenapa ni..abang jatuh kat mana?

Tak ingat katanya.

Abang tertidur katanya.

Saya buka jaket GIVInya, berderai tanah jatuh. Dilipatan jeans di bahagian pinggang juga berselut. Saya periksa beg duit , telefon dan beg kerja masih ada tetapi basah.

Saya baringkan dia di sofa ruang tamu. Cari tuala, lembabkan dan sapu selut-selut yang macam bedak sejuk di muka.

Sempat lagi saya bertanya, saja ajak dia berbual.

Abang jatuh kat mana?

Tak ingat.

Ada orang tolong, abang ?

Tak ingat.

Habis tu macam mana abang tau jalan balik ke rumah?

Tak ingat.

Sambil sapu ubat kuning pada luka di tapak tangan, saya cuba mengusik lagi.

Kira oklah ni, abang boleh faham soalan saya…, luka sikit je ni berbanding dengan zaman abang aktif “sagat jalan” muda-muda dulu.

( flashback – dia selalu cerita masa zaman dia rock kapak dulu-dulu tiap malam minggu pergi Angkasapuri tengok konsert rock ‘Hiburan MInggu Ini”. Β Lepas konsert, turun dari bukit Angkasapuri tu ….preeet…preeett…merempit dengan beratus-ratus motosikal. Β  Waktu tu dia menyewa flat kat Brickfields. )

Syukur juga abang tak luka teruk dan masih ingat jalan balik. Syukur juga duit abang dalam beg cuma basah!

Dalam beg dia ada 2 ikat note RM 50 berjumlah Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia yang basah lencun.

Β©Kujie – mengawasi ‘kepala agung’ sedang berjemur!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Abang tak ingat…

  1. adeh… lawak la hubby kak jie. semua tak ingat. haiyaaaaaaa!!
    sib bek kepala agung tak lesap. kalau tak… aduh……….. berpinau nak korek byr perkara yg sepatutnya dia byr.

    salam lebaran buat kak jie sekeluarga.

    dah beli baju raya belom?? πŸ˜€
    .-= Zana´s last blog ..Speed Up Entry =-.

  2. Mintak kepala agung tu sikit boleh.. hehehe.. agak-agak.. dia ingat tak lagi berapa jumlahnya..
    .-= nuaeman´s last blog ..Salam Akhir buat isteri tercinta.. =-.

  3. Amazing sebab semua benda lupa tapi ingat jalan pulang. Kira macam selective amnesia ni. Anyway, syukur semua selamat.
    .-= Ismail N´s last blog ..Berbaloi Ke Ni? =-.

  4. Salam Kak Jie….

    Syukur, Cik Abg Akak selamat.
    Badan letih la agaknya semasa dia on the road tu ye?
    Biar dia tenang…..Insya Allah pasti dia akan pulih seperti dahulunya.
    Jgn bimbang la ekkkk. πŸ™‚
    .-= Zymazara´s last blog ..Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung =-.

  5. kepala agung? hahahahaha
    isteri solehah :mrgreen:
    .-= blowie´s last blog ..Perbezaan otak lelaki dan perempuan~~ =-.

  6. Asalamualaikum

    Sebelum ni tertidur di lebuhraya, kini mungkin tertidor lagi, cuba lihat dan rasa dibelakang serta disisileher suami, mungkin ada bengkak bengka yang menghalang darah lancar mengalir ke kepala, kalau ada, kujie boleh cuba urut (cuma ransang) +- 10 minit sebelum tidur malam (sekadar cadangan). terima kaseh salam hormat.

    1. @pakcikli00, Waalaikumsalam pakcikli00,

      Terimakasih kerana berkongsi petua, ramai yang boleh amalkan ni.

      p/s – tidur di lebuhraya tahun 2006 tu :p

    1. @Hafizd, tapi hal2 lain boleh pula dia ingat….
      tadi tgh berbuka puasa..dia boleh diam…kemudian dia cakap

      ‘ sepatutnya hari ni berbuka kat rumah Azman , kan?”

      betul la tu…mmg sepatutnya dia berbuka kat sana hari ni

  7. kak jie kalau tulis penuh dengan bunga bahasa, aku suka ler (mcm bapuk la aku ni) :mrgreen:
    .-= haritz´s last blog ..Happy – Talk Is Cheap Campaign =-.

  8. alhamdulillah semua selamat,

    sy dah rasa macam baca novel kak. sungguh saspen. tapi cara kak jie memang menunjukkan akak punyai pengalaman luas.

    ps – jaga bebaik ‘kepala agung’ tu kak, nanti tercabut pulak he3. agaknya dah boleh jadi karpet kat luar rumah tu ek?
    .-= megat´s last blog ..Khabir Bhatiar, Hasilkan Iklan Hari Raya Aidilfitri 1430H =-.

    1. @megat, lor…karangan budak sekolah rendah lagi berqualiti dari entri kak jie πŸ˜†

      kepala agung tu nak sambar DSLR tu… :mrgreen:
      dah byk pengalaman kepala agung berjemur, selalu timbul dalam mesin basuh…hehehehe πŸ˜†

      1. @Kujie, waaa kepala agung manyak tu bleh sambar nikon D700 kak jie waa pro punya tuh best gilers..ahaks.. huhu macam ler pandai sangat bab2 kamera ni..tahap budak pra-tadika padahal :mrgreen:

    1. @Najib Hassan, itulah..sampai skrg dia tak tahu kat mana kejadian tu, macam mana berlaku….mmg kes tidur nyenyak ni πŸ˜†

      kepala agung tu yg dicheck dulu…. dlm beg kerja bersepah dgn kertas2….mgkn dia tak jumpa dgn orang kot…

  9. seb baik semua selamat…saya pon banyak kali tertidur masa bawak kereta time bulan puasa tahun lepas…sekali tu nyaris nak berlanggar dengan lori…adeh…tapi Allah masih panjangkan umur saya…seb baik sempat tersedar dan terus elak…mmg berderau darah beberapa minit..

  10. Salam kak jie…
    Baca cerita kak jie ni, su teringat kisah lama. Hubby su pun penah tertidur masa bawak motor. Masa tu dia keje shift. Disondolnya timbunan pasir kat tepi jalan. Huhu…
    .-= suara´s last blog ..Rezeki yang mana? =-.

    1. @kruel74, dia ingat jalan balik..tapi bila tanya mcm mana , entah…tak tahu…

      dah berapa jam ni…sampai skrg pun dia masih tak tahu macam mana boleh jadi, kat mana tempat kejadian…

  11. saye pon penah tetido atas moto. bila tersedar tayar moto depan dah kat moto depan.
    ape lagi… tergolekla..

    sekali tu jela. pastu klu penat sangat tak berani nak bawak moto.
    .-= mrs azmi´s last blog ..healthy heart =-.

  12. Subhanallah…nervous pulak saya baca ni kak jie….alhamdulillah semua selamat….semoga takde apa-apa. Bulan puasa ni cepat je rasa penat, senang sangat tertidur…huhu…
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Heading To The Ground Episode 1 =-.

    1. @HuRuL_AiNi, cerita kanak2 mcm ni pun korang suspen..hehehe :mrgreen:

      itulah, bangun dari kul 4 tak tidur langsung, siapkan kerja..mengadap AutoCad je…mata tu dah penat

    1. @iza, yang kelakar tu, masa dia sampai kak jie dgn angah tak perasan langsung..siap dok cerita pergi shopping ada tadi…bile dah sedar..kena lah berlakon perihatin sikit πŸ˜†

      mgkn lepas kejadian dia pengsan, sedar2 je terus balik..sampai skrg dia tak ingat kat mana dan macam mana terjadi…tidur nyenyak sungguh :mrgreen:

  13. nasib tak cedera teruk..hati2 ye encik suami kak jie..
    .-= arin´s last blog ..Alahai si anak.. =-.

Comments are closed.