Peribadi

I would curse you,but I choose to love you instead

Entri yang bergelodak dalam hati saya ini untuk seseorang…. orang bandar!  Tidak perlu saya sebutkan siapa tetapi yang pasti bukan dikalangan kawan² saya seperti awak… awak…. dia… dia.. kamu… kamu.. mereka.. mereka…
Saya memang makcik.

Makcik kantin, makcik cleaner atau ada yang panggil makcik IT

Jadi apa masalahnya…sekurang² saya berpijak di bumi nyata tidak dibuai bayangan ‘plastik’

Saya bukan bahagia atas penderitaan awak

Saya bukan senang dari kesusahan awak

[[ fullstop ]]

Saya memang orang kampung. Ada masalah ke?

Saya dilahirkan di Baling , dengar saja nama Baling mesti awak akan bayangkan tempat hulu banat tempat komunis berkubang.  Saya sangat bersimpati dengan awak kerana serata dunia  benua awak telah jejak tetapi tempat bersejarah yang hanya 400 km dari ‘bandar’ awak pun awak tidak ketahuan.

Walau pun kedua ibubapa saya bukan berasal dari Baling ( emak saya dari Nibong Tebal , ayah saya dari Gurun ) tetapi saya tidak pernah malu untuk mengakui saya orang kampung berasal dari Baling. Walaupun sudah 26 tahun  saya tidak menetap di Baling tetapi saya tetap anggap diri saya orang kampung Baling.

Adakah kerana saya tinggal di Hulu Selangor awak menghina saya sebagai orang kampung?  Cik Kak..saya ada rumah di Ampang dan di Serdang yang kedua² memberi sewa bulanan lebih 1K .  Saya tidak perlu menjadi orang bandar kalau sekadar memiliki otak sesingkat awak.

Saya cukup berbangga ( dan bersyukur ) kerana dengan SPM gred 3, lahir di Hulu Kedah juga menetap di Hulu Selangor saya mempunyai kualiti hidup yang lebih sihat dari awak.  Saya mempunyai kawan² yang baik di blogsphere bukan blog yang dikerumunin lalat.

Orang bijak pandai berkata, kita ni kena jadi macam lebah…kat mana² saja dia pergi, dia akan cari bunga untuk hasilkan madu… jangan jadi resmi lalat, kat mana² dia pergi, dia akan cari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada…

Itula hakikatnya, kadang² kita mudah menuduh & mencerca tapi tak reti cara nak mendidik dan membaiki apa² yang kurang…

Walau pun blog saya blog makcik² dan blog orang kampung tetapi saya mempunyai kawan² yang baik yang sentiasa menyokong saya………. Terimakasih.  Saya tidak pernah  bezakan mereka dari kampung atau dari bandar.  Saya tidak perlu buat entri khas untuk merayu mereka komen setiap entri saya…Walaupun entri saya hanya sebaris ayat bercerita tentang pokok limau dan Kyros Kebab. :lol: Kisah makcik perasan muda macam Zoela, kisah makcik perasan tua tetapi diminati orang muda  dan kisah pokok limau dengan Kyros Kebab adalah bunga² dari apa yang hendak saya tuliskan hari ini.  Ketiga² entri tersebut mempunyai maksud tersirat yang saya telah saya rangkumi hari ini.

Let all be lost.
Let them take away everything.
As long as you have your heart beating strong,
as long as you have your nostrils working fine,
as long as the blood flows in your veins, you will live,
you will breathe and you can get it all back…
again and again.
For, if you can do it once,
you can damn well do it again.
It’s just a game we play – Life.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “I would curse you,but I choose to love you instead

  1. haha!

    i love this entry!
    org kampung pun ttp orang jugak
    jadi org bandar pun tp blog byk lalat watpe?
    oopps!!
    haha

    >>>amboiiii…speku gituuu..
    hahahahahaha….. mcm faham je
    tak mention pun sapa² 😆

  2. uish… apa yg telah berlaku terhadap kak jie ku sayang ini???

    Tapi dlm bbrp entry sebelum nie kak jie mcm moody je.. sbb nie ek?

    sabar la kak… kalau org tak suka nak buat camne..

    ramai lagi yang suka kita kan???:D

    >>> 😆 😆
    adat manusia kan zana

  3. rawk kak jie…. saya orang kampung… saya berasal dari sungai besar, rumah family saya tengah2 sawah padi.. saya sangat suka balik kampung.. saya sangat menyampah dengan orang belagak… Peace!!!!

    >>> yaaahhh….sungai besar
    kawasan padi…kawasan org² berharta tuuu

  4. lalat..lalat…langau…langau…payah..payah…

    >>> bkn la susah sgt pun..cuma dia rasa dia hebat..kalau ye pun..simpan utk diri sendiri cukuplah..tak perlu sakitkan hati org…

  5. eeehhh kampung kita nama BANDAR kan… hehehe Kg. Bandar

    >>> aku tau ..saja tak nk habaq….hahahaha….kg kita Kampung Bandar

  6. dari kg lah asalnya bandar.. mana ada org bandar… org bandar tu semuanya ada kg dulu..

    pedulikan org cakap jie.. dia bukan bagi makan kat kite pun….

    PM

    >>> 😆 😆 sy mana peduli ckp org…hahahahahhaha…riak tak hengat!

  7. kak jie,mama pun org kampung gak…walopun skolah kat bandar dulu tapi bg mama,duk kampung lagi best tau!ikan x yah beli,kalo nak,cik abg g menyala aje kat laut nun..kalo nak makan buah,g je kebun tu..kalo nak makan sayur,petik je kat laman…memang seronok tau dok kampung…tp ape pun,yg penting,niat di hati..sabar ye kak jie..mama sentiasa sokong kak jie..

    >>> muaahhhhh…cayang iera

  8. lupa nak habaq mai … saya org kay ell. dulu lah kan .. address dlm ic terang2 alamat kl. la ni org shah alam plak :)) ekekekeke

    >>>hahahahah…sy mmg nk fire pakcik bab ni..awai2 lagi dia betul kan ic …hahahahah

  9. Hehehe…saya bangga lahir di kg dan sekarang sudah kembali menetap di kampung.

    >>>sebab kita org yg bertamadun…menilai org budak dari kampung ke bandar

  10. saya pun orang kampung gak kakjie…
    bangga selalu menjadi orang kampung walaupun dah lama tinggal di kota metropolitan ni ha!
    pada saya, sama je bandar ke kampung ke…
    kuala lumpur. nama pun kuala dan lumpur… ish ish ish! macam kampung je ye tak? hehehehhehe…

    apa pun kata orang, itu semua huruf2 yang disusun menjadi perkataan… takde memberi erti melainkan hati kita yang memberi makna, kan kak jie…

    walau siapa pun dia, hati yang ‘bebas’ dan ‘tenang’ tidak akan terkesima dengan jiwa yang selalu ‘berprasangka’, rite?

    hidup biar sedap! 🙂

    >>>kesian cuma…. org yg mendakwa orang bandar ttp mempunyai pendirian spt itu..mcm tahun² 60’an

  11. hmmm..gamaknya.laaa ni da sejuk sikit ler hati yg gundah tu yer..

    bio je lah..

    elok choose to love them…

    at least kita lebih mulia dari dia…hiks

    >>>dah sejuk dah ni
    semlm g berkubang kt MAhA 2008
    ahahahah..sejuk lah tgh panas terik tu 😆

  12. sapa pulak yang menyemak kat tempat kak jie aku ni??? sebuk betui la… p main jauh2. suka betui kacau ketenteraman orang…

    P/S untuk kak jie: langau dan lalat memang macam tu!!! suka urung and buat kacau kat tempat bersih macam ni… nanti tuhan balas balik. jangan risau. lantak p kat dia… :mrgreen:

    >>>entahlah..,org yg rasa dirinya hebat….pandang org lain sebelah mata…

  13. Sabar Jie. Dunia blog beraneka ragam dan karenah manusia. Jangan dok layan sangatlah “mereka-mereka dan keluarga mereka.” Janji kita bahagia dan tak kacau orang. Tapi kira oklah Jie dah lepaskan perasaan tu. Sebab lepas ni kembali tenang.
    Abg putra pun orang kampung dan bangga menjadi orang kampung. Sebab tak ada kampung tak ada bandar. Betul tak?

    >>>Saya sabar ni abg putra..tulis pun bahasa paling lembut..heheheheh
    saya gembira sebab ada kawan2 yang baik disekeliling 😆

  14. ayark! baru tadi saya tergelak baca entri yang terang2 letak nama saya, bila abca entri ni dah terasa ‘panas’ lak.

    entri saya yang lepas, ada seorang pelawat tu gelarkan saya bodoh. its ok for me. tapi bila dia dah start mengomen berunusrkan perkauman yang sgt keterlaluan, terus saya delete komen dia…

    >>> kak jie sempat baca komen pelawat yg panggil org bodoh tu…mula2 respect gak sebab dia non bumi tp menulis dlm BM yg cantik tapi bila baca penulisan dia asik mengata orabg bodoh saja…abis hancur hormat…dia lebih teruk dari orang yang di kutuknya…

  15. Uiks… napa ni kak… sabar sabar…
    Saya pun bangga mengaku orang kampung… apa sangatla yang nak dibanggakan sebagai orang bandar?? takda apala…

    dahla.. biarla dia situ, jom kita happy happy kak… hehehe 😛

    >>>sedih gak..org bandar yg dok kt menara tertinggi di m’sia tapi mentaliti rendah mcm tu…

  16. kudos. Nicely written. Fabulous counter strike. Epi wiken :p *mcm kenal je lalat tu* :)) muahahaha

    >>>spray pakcik..jgn nk serkap2….erkkk…kita kenal kot lalat tu..kahkahkah..
    issshhh….sy tau deria pakcik pun ade 6, ade 10 😆

  17. sapelah yang sakitkan hati kak Jie ni. Kalau neeza, marah jugak. tahap gaban kot.. sesedap rasa je nak mengata orang. Hina ke orang kampung? ala.. macam la bandar tu terus2 jadi bandar je.. asalnya kampung jugak… KL tu.. Kuala Lumpur.. penuh lumpur huhuuuuuu…

    >>> udahnya kita org kampung nk buat mcm mana…kan…. ikut keselesaan kita lah…

  18. takpe la..sesungguhnya makcik jah sayang kat makcik jie tu. hehehe..sy pun tak dok bandar, tepi hutan lagi. tapi ok jer…itu pilihan kita!! kan? kan? kan?

    >>>dok hulu2 lagi tenang.. 😆

  19. Dia jeles kat Kak Jie tuh 🙄
    Silaplah bukak langkah tak kena gaya dengan anak to guru silat 😉

    Dia kena tau lah “Makcik” yang ini di sukai dan di sayangi di dunia nyata dan dunia maya. Baling best apa..ada gunung yang indah untuk didaki, ada kolam ayaQ hangat, ada ayaQ terjun, banyak buah2, glamer lagi-tercatat dalam sejarah. Rogi lah depa yang tak tau 😆

    >>> cuba menulis dgn bahasa paling lembut..hehehehe…yeaaaa….Baling ttp mendamaikan…

  20. haiiyoo terasa orang bandar disini… sempat tanam pakai hidroponik jer kakjie… takdelah manggis, pulasan bagai.. orang bandar or org kg sama jer… takde maknanya kalau kita pi kelantan akan jumpa semua orang alim.. pi bandar akan jumpa orang xberiman…

    semua tu letak pada hati… kalau hati busuk sama ada dok bandar or kg, hati dia tetap busuk… tapi kalau dia baik.. campakla kat mana-mana pun semua orang suka.. semua orang terima… dengan syarat jangan campak dia dikalangan orang yang berhati busuk… betul tak…

    so pada am tak timbul perkatan orang bandar atau orang kg.. yang penting sikap kita sendiri..

    >>> betul tu, semuanya terletak pada hati..walau di ceruk mana pun kita berada…. 😆

  21. lorr.. org kg?? aku pun org kg tapi dah 23 tahun tak dok kampung.tp aku rase megah dan bangga sbb masih ade kampung yg bole balik time cuti2 malaysia 😉

    NAK JADI BATU API sat..hehe 😈

    awat depa tanam durian,manggis,rambutan,pulasan dlm rumah ka..??

    ade org bandar..maaf ckp naa ~ dok rumah flat yg mcm sardin,sampah penuh lalat keliling rumah,tangga bau hancing tp bangga mcm diva jadi org bandar..tolonglaa !

    dah over jie..opppppps

    *hg gred 3..aku pandai sket dari hg aku gred 2 muhahaha.. :mrgreen: :mrgreen:

    >>> jadi je batu ape pun…batu kristal pun ok ape…. 😆

Comments are closed.