Secerah cahaya memberi terang, seperti garam memberi rasa
Peribadi

Secerah cahaya memberi terang, seperti garam memberi rasa

Minggu yang sibuk.

Maaflah jiran-jiran maya…….saya tak berkesempatan menziarah bergossip di blog anda.  Saya masih berkunjung mengintai, cuma tak sempat  menulis di  ruangan komen .

Selepas masuk dalam terowong MRI minggu lepas, esok ( 19/08/09)  saya ada temujanji dengan Doktor Wong yang cantik manis dan bersedia menerima apa saja keputusan.

Berdebar?

Ada orang kata in every adult human being there is always a child in it. Sama juga dalam manusia berjiwa besar macamana pun akan ada manusia biasa di dalamnya.

Saya manusia biasa, bukan seperti  mesin MRI itu.

Izinkan saya menjadi manusia biasa. Membuang tabah di dalam jiwa. Bersedih sementara. Menikmati rasa tidak bermaya.

©Kujie – Mencari kepastian amat menyeksakan tapi membiarkan diri dalam persoalan lebih menyakitkan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Secerah cahaya memberi terang, seperti garam memberi rasa

  1. ooh terowong nih namanya MRI. Saya panggil Ct Scan je. Bakal masuk MRI nih jugak kali ke 3 sebelum bulan 10 nih. Huhu

  2. Syukur.. semuanya dah selesai.. berita pun sedikit melegakan..
    .-= nuaeman´s last blog ..Kita tak selamanya diatas.. (Susulan kekalahan Man Utd) =-.

  3. Esok saya akan bawa seorang pekerja Nepal untuk dimasukan ke dalam mesin MRI tu atas sebab mencari kesan sakit jantung beliau di SJMC
    .-= haritz´s last blog ..Sekebun Buah Pala =-.

  4. Kujie,
    “Mencari kepastian amat menyeksakan tapi membiarkan diri dalam persoalan lebih menyakitkan.”
    Cute dan sangat mendalam ayat ini.
    Semoga Kujie diberikan hati yang tabah.
    Doa semoga segalanya ok.
    .-= Kak Long´s last blog ..Post yang ke-100 =-.

  5. ya allah ya tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Besar, Maha Berkuasa, Engkau Maha Mengetahui dan Engkau jualah Yang Maha Melihat.

    selamatkanlah kak jie dari segala penyakit. segala kegusaran. segala musibah. tetapkan hatinya kepada mu ya Allah.

    amin.

    harap kak jie berada dlm keadaan yang sihat dan dilindungi oleh Allah Ta’ala.

  6. urm ambil masa untuk rasakan semua perasaan… apa2 pun semoga kak jie baik2 saja. Iza tunggu khabar dari Kak Jie…

Comments are closed.