Sebelum sampai Selayang, kiri dan kanan rancak, meriah bagai pesta dengan berbagai projek perumahan mewah. Pembinaan rumah yang mengubah mukabumi untuk mendapatkan kepuasan manusia .
“Sepatutnya kita yang menyesuaikan diri dengan bentuk fizikal mukabumi sesuatu tempat bukannya kita mengubah tempat tersebut untuk mengikut kehendak kita. Dia orang ni tak belajar geografi kot…”
Suci mulus sungguh pemikiran seorang anak yang belum terdedah dengan asam garam dan gelombang sebenar kehidupan. Geografi memang diajar dengan tujuan memberi murid pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian geografi membolahkan manusia belajar dari taburan dan pola yang wujud akibat perubahan halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia. Kita diajar tentang kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
Dalam pelajaran Geografi juga, kita belajar tentang taburan penduduk dan pergerakan penduduk sebagai tindak balas terhadap faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal.
” Kat sekolah menengah memang diajar macam tu …tapi bila kat universiti , dia diajar bagaimana menggunakan alam semulajadi untuk produk perniagaan…diajar macam mana nak buat duit”
Dan dunia ini dicipta dengan dua hal yang berlawanan. Ada orang baik, adalah juga orang jahat. Ada yang pemurah, tentu ada yang tamak.
Harap-harap Angah faham…. kehidupan sebenar bukanlah mengikut skrip buku teks Geografi yang dia baca atau mengikut kefahaman mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah.
©Kujie – saya ke luar daerah hari ini…… tc!
Saya berkerja dengan mat saleh US dulu semua buta Geo, yg diorang tahu pasal negara sendiri itu pun tak pass. Tasik2 Besar kat America pun tak tahu hampeh, ni belum lagi tanya kat US ader tanam padi, pasti melopong mulut dia.
ps:Tasik2 Besar di AS adalah Supirior, Michigan, Huron, Erie dan Ontario.
pss: Padi si US ditanam sekadar padi huma di kawasan praire di sekitar tasik Erie.
.-= haritz´s last blog ..Sekebun Buah Pala =-.
hehe…byk benda yg kita belajar masa sekolah. Tapi kadang2 macam tak guna jek ilmu tu…
Jadi pengetahuan sahajalah alamatnya. Apa2 pun tak rugi jadi orang yang cintakan ilmu 🙂
Semua cabang ilmu memang berikan yang aplikasi ideal untuk kehidupan, tapi bila sampai pada hasilnya lain cerita sebab orang2 yang terlibat akan ubah ikut kehendak dia. Geografi pun sama.
Tapi Iza suka lah Geog dari sekolah. Sampai sekarang suka tengok peta hehe…sambil berangan bila ada duit mana destinasi pilihan
saya mmg minat geografi time form 3,sbb cikgu dia cantik 🙂
.-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..Analisis dan Analisis ! =-.
oh….berkate pasal perubahan bentuk muke bumi….saye sbgi seorang yg bakal bekerja jd org korek tanah melombong muke bumi carik sumber galian terase sedikit..huk3
.-= kuro´s last blog ..ape perasaan korang?? =-.
berguna bila kita thu gnakan dgn btul dan sbaliknya..
mungkin alam dan mnusia perlukan pngkongsian yg lbih baik..
.-= mae´s last blog ..Aku Dan Komen Di Blog =-.
dulu masa belajar ingat dulu
masa belajar goeg
ada sorang cikgu
dari mula kelas, tak pernah rujuk buku
semua dah ada dalam otaknya
seronok dengar dia cerita
.-= KampungBoy´s last blog ..Perubahan Lepas Jadi Blogger Kampungboy =-.
Susoh kale alam di balun kot suke deme, patut pikio le sikit,bukanalang2 anok oghang
yang buat koje ni, tapi ….kate tengin kang maghoh.
dah jadi macam mana kawasan templer tu? dah lama tak lalu situ. dulu sejuk je kawasan tu…hmm
.-= Lan Bingka´s last blog ..Aktiviti di Tioman =-.
erm…semua tu tergantung…
kdg2, tak perlu belajar geografi utk tau kesan semua tu…
akal yg tuhan bagi pun dah boleh buat kite pikir…
.-= chekguBH´s last blog ..Berbusana Melayu & Berkopitiam… =-.
Saya rasa segala imlu yang diajar ada guna dan hikmatnya. Cuma terpulang pada cara kita menggunakannya. 😉
.-= tekkaus´s last blog ..4 Hotels Built For Bliss =-.
banyak perkara dalam realiti kehidupan yang secara tak langsung buat remaja sebaya angah keliru.
saya seusia angah (dlm keluarga saya pun dipanggil angah he3), saya juga banyak berfikir mengenai kenapa jadi macam tu dan kenapa jadi macam ni. pelik apabila ia tidak seperti apa yang diajar dalam hidup sebelum ini.
sebab itu remaja sekarang perlu didedahkan dengan dunia sebenar kehidupan!
ps – lagi satu catatan terbaik kak jie 😉
wah!! berkobar2 pulak i berhujah arini… 😉
.-= mrs azmi´s last blog ..weekend housewife~ =-.
hmmm… sy pulak dalam group professional yang perlu mengambilkira alam semulajadi sebelum pembangunan… tapi masalahnye peranan kami selalu diambil mudah. bila dah buldoze everything kat tapak, baru suruh org2 macam kami reactify balik…. nak balik yang macam alam semulajadi…..camne tuh??
.-= mrs azmi´s last blog ..weekend housewife~ =-.
Mungkin kita boleh cakap…….kita belajar geografi untuk kita mengenal alam dan mengetahui cara2 mengubahnya mengikut cita rasa manusia.
.-= TokNabe´s last blog ..Bolehkah PenDrive Di Basuh? =-.
saya tak berapa suka geo masa sekolah…
tapi saya faham dunia dengan geografinya.
so, memang elok belajar geografi. no matter what
.-= nurul´s last blog ..RASA MACAM TAIK? =-.
Hmm bagus sungguh soalan yg lontarkan oleh angah!
kalau kita tidak cintakan alam, masakan kita boleh blend with alam.. so, just wait the next punishment kaedahnya… huhuhu
harap2 angah dapat memajukan diri dan menjadi pejuang kebenaran gitew.. huhuhu
ameeennn
.-= maza´s last blog ..Pilot: Perlu Bersedia Menyedut Nebulizer? =-.