Salam Kujie. Kujie bolong tolong akak ? Akak sedang mencari ibu-ibu yang ada anak autism, yang mana anak mereka dipukul, dilempang atau ditumbuk guru di sekolah ? Akak nak kongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan dgn mereka.
Untuk makluman Kujie, di luar negara, kes-kes macam ni dirujuk sebagai autistic abuse. Banyak kes di bawa ke tengah di US dan UK. Tapi di Malaysia, kes-kes macam ni, banyak yang tidak dilaporkan. Ada kes-kes yang dilaporkan tapi tidak dilayan.
Kalau kujie free, masuklah blog akak tapi blog akak simple je. Tu pun org tolong buat sebab akak ni tak pandai buat blog. Sori la ejaan autisme tu salah… akak tak tau macamana nak betulkan.
T.kasih Kujie. Harap sgt Kujie tolong akak ye.
Kawan-kawan, kalau nak tahu apa itu autistic abuse dengan lebih lanjut, masuk blog Kak Ani di sini [link]
Sebenarnya saya sendiri baru pertama kali dengar perkataan ini dan tahu kes seperti ini. Terimakasih Kak Ani kerana menyedarkan kami tentang adanya kes sebegini.
Kak Ani boleh join mombloggersplanet.com untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan lain. Mungkin mereka di komuniti tersebut mempunyai kisah yang sama untuk sama-sama saling bergantung.
Sesiapa yang mempunyai pengalaman seperti Kak Ani, bolehlah berkongsi cerita. Mungkin ini akan memberi infomasi berguna kepada ibubapa lain yang mempunyai masalah serupa.
©Kujie – Entri Khidmat Masyarakat Bulan Ini.
slm,
saya juga ada permata special., Kat malaysia ni kalu stakat pepdidikan khas memg mcm -mcm cerita kita dengor, ada yang sedap n tidak. Harap sabar , bnyaknya berbincang 4 mata antara guru n parents mesti ada jalan. Bagi saya bukan sja anak istimewa aje yg berkerenahnya budak 2 biasa lebih teruk lagi. but as a teacher itu memang mandat kita. Gaji kita untuk apa? just duduk goyang kaki or jln tugas n tanggun jawb. To parents out there yang mengalami benda cam ni, kita ada saluran .
1. PIBG – pergi mesyuarat n nyatakan masalah ini kita kan sebahagian dr pstuan ni.
2. Laporan directly ke pengetua – biasanya pengetua sg elert tentang masalah ini khususnya melibatkan reputasi sekolah
3. Kalu teruk sgt laporan polis.
Emm.. takde pengalaman lagi dengan kanak-kanak autism nih.. setakat nih dua anak yang dikurniakan tuhan lebih kepada hyper. Anak-anak saudara pun nampak aktif semacam jee..
.-= nuaeman´s last blog ..Mandi Wajib dengan 6 kali jirus… =-.
Salam kujie, Akak ada seorang kenalan. Dia guru pendidikan khas. Dia ada anak autistik. Anak dia belajar di sekolah tempat dia mengajar. Dia pernah cerita dengan akak: Dia kata : kalau i tak jadi cikgu di sini, i tak berani sekolahkan anak di sekolah kerajaan sebab … murid/pelajar autistik biasa je ‘kena’ dengan cikgu. Anak dia pernah ‘kena’ depan mata dia sebab cikgu yang buat anak dia tu tak tau budak tu anak dia. Percaya tak ? So, wahai rakyat Malaysia yang pernah melalui semua ini, jemput la datang ke blog saya. Kita kongsi cerita dan kita cuba buka mata kementerian pelajaran malaysia bahawa sudah sampai masanya, kita selamatkan anak autistik dari terus teraniaya. JANGAN TUTUP MULUT SEBAB ANAK KITA AKAN TERUS JADI MANGSA. Cikgu boleh kata, dia tak sabar dengan tingkah laku anak kita tapi dia dilatih, dibayar gaji, dibayar elaun, sabar atau tidak, dia kena ada integriti …@ dia ada pilihan. Dia boleh pilih kerjaya lain tapi akak sebagai mak tak ada pilihan. APA-APA PUN AKAK TETAP SEORANG IBU KEPADA SEORANG ANAK AUTISTIK.
.-= Ani´s last blog ..INFORMASI DARI HATI KE HATI MENCIPTA PENGERTIAN ABADI =-.
Kak Long pun dah lawat blog tu.
Simpati….
Sebenarnya baru saja terbaca serba sedikit tentang ciri-ciri kanak-kanak autistic ni minggu lepas. Tapi masih tak cukup ilmu nak komen apa-apa.
Mungkin kena cari dan fahami dulu.
.-= Kak Long´s last blog ..Mahal sangat ke? =-.
@Kak Long, Terima kasih banyak2. Kalau Kak long lapang, masuklah lagi blog saya. Ada serba sedikit maklumat tentang autism, baru saya masukkan.
Jahatnya org tu.. Dah le budak tu kanak-kanak istimewa..
Sepatut diorang baca komen-komen tentang pengalaman mak bapa yang ada nak autisme ni..
http://ligakampung.com/blog/kanak-kanak-aukistik/
.-= zool´s last blog ..Upin dan Ipin ke Hollywood =-.
@zool, Terima kasih. Kalau ada kawan-kawan yang senasib dengan akak, minta la dia ziarah blog akak … Boleh kongsi-kongsi cerita. Terima kasih ye.
apa yang neeza tau.. anak2 autisme ni mempunyai dunia mereka sendiri yang memang orang lain tak faham.. Mereka macam dialam fantasi.. sebab tu cikgu2 ramai yang abuse mereka.. mereka tak akan cerita pada parents sebab mereka bukan macam anak2 normal.. in fact down syndrome pun boleh bercerita.. austisme tak macam tu.. rupa normal.. kesian pulak kan..
.-= Neeza´s last blog ..Kisah Pak Ngah, Pak Lang dan Pak Long =-.
@Neeza, Terima kasih. Nampaknya Neeza ada knowledge tentang autism dan SD. memang gitu la keadaan mereka. Sebab tu, kadang-kadang mereka dianiaya. Kalau cikgu yang mengajar student normal, tak berani la nak buat suka-suka hati. Nanti mereka report pada parents. Students/murid khas ni, takde upaya nak buat gitu. Guru Besar @ pengetua kena pantau cikgu2 tu. Pasang CCTV dalam kelas pun ok kan? Neeza setuju tak? Akak ada cadang gitu pada wakil PPD yang datang jumpa akak ambil statement tapi dia gelak je … Anyway tq Neeza.
Kak Ani, betul lah tu… pasang CCTV. Kalau kita letak CCTV kat rumah nak pantau maid, apa salahnya letak untuk pantau cikgu.. takdelah cikgu ngelat kan.. buat sesuka hati pada students.. sabar je lah orang yang gelak tu.. zaman bila lah dia lahir agaknya.. 😆
.-= Neeza´s last blog ..Mood swings =-.
erm..betul la pokcik maza cakap tu..kadang2 kita tak tau apa jadi..tapi apa2 pun tak leh nak dera budak2 autisme..sebab dorang mmg kanak2 bermasalah..as a guru..kena la tau uruskan dorg.. 🙄
.-= izzah´s last blog ..A Real Love Story =-.
@izzah, Terima kasih Izzah. Betul. Kita tak tau apa yang terjadi. Sebagai ibu, akak minta Tuhan tunjukkan kebenaran … tkasih izzah sudi ambil tahu isu ni.
Jarang komen sekarang ni sebab topik terlalu jauh dari apa yang saya alami sendiri tapi kes-kes abuse ni sebenarnya banyak cuma kita tak tau bila nak menyibuk dan bila tak yah sibuk
.-= kruel74´s last blog ..Same business, different approach =-.
@kruel74, Tkasih. Lapang-lapang masuklah blog akak ye.
… apa kata kita tumbok perut cikgu tu…
.-= samdaddycool´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia : Pecalonan Untuk Kujie2 dot com =-.
@samdaddycool, Terima kasih. tak pa. jangan. Akak dah report polis. Biar la dia orang jalankan tanggungjawab sewajarnya.
@Ani, bagus kalau akak dah report polis, kalau perlu hantar pada utusan, biar diaorang siarkan penyalahgunaan kuasa yang berlaku. Mungkin kali pertama kesalahan tu dilakukan beliau, atau mungkin sudah berkali-kali? nampak gaya macam dia tidak memgang amanahnya sebagai seorang guru, mendidik, mengajar dan menjaga setiapa anak muridnya… Semoga beliau diberikan hidayat.. amin.
.-= samdaddycool´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia : Pecalonan Untuk Kujie2 dot com =-.
@samdaddycool, Selain polis, akak juga dah keluar story dalam akhbar Metro, Sunday Times dan Sinar. Polis, Pegawai kementerian, Pegawai jabatan Pelajaran dan Pegawai dari Pejabat pelajaran daerah dah pergi ke sekolah tu untuk buat siasatan tapi Samdaddy tahu tak apa yang berlaku ?
Cikgu yang tumbuk anak akak tu kata : TAK ADA APA-APA BERLAKU.
Guru-guru lain dalam kelas khas tu pun buat statement yang sama. Habis tu kenapa anak akak lebam dan berdarah ? Pelik kan ? Inilah sandiwara manusia. Di dunia ni, mereka boleh teruskan sandiwara tu tapi di akhirat nanti, boleh ke dia orang buat gitu ? sebagai ibu, akak terus berdoa agar kebenaran Tuhan tunjukkan …suatu hari nanti … entah bila …Doakanlah sama2 demi OKU yang teraniaya!
@Ani, Saya pernah merasa dianiaya.. (situasi lain). Memang hati geram, marah, dendam dan angin satu badan.. Saya percaya doa orang teraniaya dimakbul Allah. Tapi akhirnya saya akur dengan nasihat seorang hamba Allah. Tugas kita bukan nak doa yang bukan-bukan untuk orang yang aniaya kita, tapi minta dia diberi taufik hidayah…
Biarlah kak kalau dia terus nak macam tu, bersandiwara, tak mengaku salah. Kalau akak simpan dendam, ‘stress’ akan melanda diri, rasa tertekan. Jalan terbaik, akak maafkan dia dengan ikhlas dan hindari dia.
Sebab kita manusia yang lemah, baik kita ikut cara nabi, yang maafkan umatnya…
.-= samdaddycool´s last blog ..Update : tambahan stok tudung ‘button’ butang belakang =-.
Kadang-kala saya rasa sesetengah polis di Malaysia ini memang kurang effisien. 🙁
@tekkaus, Terima kasih. kita tengok dulu mcm mana ye tekkaus …
Tie baru je gi lawat blognya…. 😛
.-= Tie´s last blog ..Gula =-.
@Tie,
Kesian kan.. tapi mesti ada sebab cikgu tu buat mcm tu.
so maza tak berani komen bab2 mcm nie.. huhuu
.-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.
@maza,
Ye laa… tapi sekurang2nya beritahulah parents dia… boleh talipon tu…. Jadi guru ni memang kena sabor banyak2. Bila tak boleh kawal, call je ibubapa murid tu, biar mereka urus anak mereka.
Tie pernah kena tarik tudung oleh seorang kanak2 down syndrome. Dia kelihatan ganas, tubuh pulak besar. Tie takut betul. Mujur ibunya ada. Ibunya marahlah anaknya tu. Tapi Tie pulak yang kesian, walaupun dalam hati masih takut lagi…
@Tie,
hmmm terlalu banyak assumption.. so don’t want to involve in order to avoid any prejudice or sub judice perception gitew….. katanya tak elok buat serkap2 jarang yea tak?!..
dan cikgu tu pun mesti ada reasons kenapa jadi mcm tu.. tak baikkan menuduh org dgn dengar sebelah pihak aje.. hehheehe
terlajak kapal boleh ditunda, terlajak ayat diatur.. hmmm ???
.-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.
@maza,
Ye laa…..
Kita tak tahu situasi yang sebenarnya….
Kena jadikan ia satu ikhtibar…. kena belajar kawal perasaan….
Tarik napas panjang-panjang…………..dan lepaskan……..ekekeke…..
.-= Tie´s last blog ..Gula =-.
@maza, tkasih. Akak pun cikgu. dah belas-belas tahun jadi cikgu. Pernah kena maki ngan student tapi akak sabar je. bebudak tak matang. Anyway tq maza.
entahnyer
@maza,
Komen ni pendek sangat. Tak boleh kira tau !!
.-= Tie´s last blog ..Gula =-.
@Tie,
uiks!
saya ada pengalaman tentang kanak-kanak autism. seingat saya di muar dekat kampung mertua. ada pasangan suami isteri yang bekerja punyai seorang anak autism yang agak kronik sehingga tidak mampu uruskan diri sendiri. autism kronik mungkin.
budak tu dah besar saya ingat dalam 4 tahun. dia tidak mampu buar air kecil dan besar secara teratur. bersepah-sepah. ibu bapa bekerja. orang gaji pun dah 4 orang berhenti kerana tidak sanggup jaga dia. sehingga sukar utk ibu bapanya menjalankan kehidupan.
akhirnya, sy perkenalkan produk kesihatan yang merupakan nutrien suppliment (meningkatkan fungsi imun) kpd budak tersebut. alhamdulillah setelah beberapa bulan mencuba. budak tersebut mampu utk uruskan diri seperti buang air di tandas, makan dan berfikir. cuma yang masih belum mampu untuk bercakap.
banyak testimoni pasal kanak-kanak autism yg saya jumpa. kes yang saya catatkan adalah yg paling kronik. namun semuanya bergantung kpd tahap kesihatan masing-masing untuk menampakkan kesannya.
.-= megat´s last blog ..I Love Malaysia Campaign, iPhone 3GS Percuma!? =-.
@megat, tkasih .
Iza pon baru first time dengar. sudahlah anak tu bernasib kurang baik, di tambah pulak dengan deraan..kesiannya… disekolah pulak tu, oleh guru.. adoy … garu kepala sekejap 😯 👿
.-= iza´s last blog ..Tag: Candid Paling Wow =-.
@iza, Terima kasih Iza. Sebenarnya , banyak kes gini tapi tak de siapa nak bising-bising. Bising-bising pun, kadang orang tak layan. Banyak kes tutup fail tau