Peribadi

Buah kayu

Saya dah balik…. Intan tak sihat perlu bawa dia jumpa doktor sekejap lagi.

Hujung minggu yang sendat dan padat. Saya bertolak balik jam 5 petang. Suami memandu sehingga Tapah dan saya memandu dari Tapah – Ipoh – Kuala Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu – Baling. Sepanjang perjalanan hujan gerimis dan sesekali agak lebat. Tepat 11.30 malam kami selamat sampai.

Pagi Ahad kami dah masuk dusun.

Petik rambutan , petik langsat, panjat dokong, jolok manggis dan jolok cempedak di dalam pagar
Balik dari dusun, adik ipar saya telah sedia masak pulut dan santan , bersila menjamu durian.

Petang Ahad, adik saya dari Sungai Tiang balik.ย  Saya masak kek…:D hari ini 27/7/2008 hari ulangtahun adik ipar saya Nazri.

Jam 6 petang, segalanya tersusun padat dalam bonet dan bersedia untuk balik. Jam 11.15 malam, saya selamat sampai Serendah. Alhamdulillah perjalanan hampir 780 KMย  telah selamat saya tempuh. Syukur kerana saya dapat bersamaยฒ ayah dan mak di kampung biar pun dalam tempuh yang singkat. Tetapi gembira…dan saya rasa bahagia…Hidup Biar Sedap!

OK.. tengok je lah gambar tu …saya nak keluar pergi klinik .

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Buah kayu

  1. besh giler ada dusun, kalau la saya ada dusun cam nih.. mmg duk makan buah jer ar jawabnye

    Kujie ~ tahun depan , bile musim ikut kakjie balik kg lahhh…… bawa lori ๐Ÿ˜›

  2. alamak!! pacat ke? tak berani lah neeza.. kalau cam tu, neeza tunggu kat rumah, kak Jie pergi kutip buah ye. lalalalalalaaaa…. hehehe..

    Kujie ~ itu dusun bawah payung namanya…nk buah apa ada..
    hulur je kertas berqualiti tinggi..cop kepala agung… ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

  3. Whoa… :mrgreen: sangat menjeles say ini.. ada manggis? saya paling suka manggis.. hehehe

    Kujie ~ manggis ni payah sikit..kalau jolok jatuh sikit je lebam..
    buah manja..nk kena petik elok2
    tapi sapa larat?
    mau tak mau…goncang je pokok tu
    berderap jatuh…. ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

  4. saya balik pun melantak durian dengan banyaknya. nak kasi balance saya makan buah jambu, alhamdulillah memang badan tak panas. gambar kak jie reminds me a lot of late atok’s orchard (bandaq bharu) & ayah punya kat taiping. kalo ada kesempatan memanjat pokok memang saya akan panjat. even semua adik-beradik termasuk mak pandai panjat pokok. adik & abang ipar je tak reti. ada sekali tu panjat pokok, abang ipar dok kat bawah dok perati bini dia pun dok memanjat. dia cakap kalolah dia pandai panjat pokok!

    Kujie ~ kak jie pun buleh kerabat pokok..hehehehe…..best kan…. mencabar gitu..sbb zaman dulu2..taman permainan kita mmg dgn pokok..dgn pokok salah, pokok kelubi…durian manggis, langsat bagai tu..
    suami sy org Sabak Bernam..mmg tak pernah berdusun..sbb itu bila ada dusun sendiri..dia punya sonok…tak hengat! ๐Ÿ˜†

  5. mmg best dapat makan buah-buahan..last weekend pon mak abah mai umah arin bawak buah2..terbuntat perut mkn cempedak grg..bestttt!!!

    Kujie ~ jgn mkn byk sgt mak buyong…risau pula.. ๐Ÿ˜†

  6. nie la kije saya kalo kat kg. manggis, rambutan, doyan semua belasah. kecuali langsat, duku, dokong tue pokok merajuk… xnk berbuah. huhu!

    Kujie ~ wahhh..ngape sampai merajuk tu..
    ko curang erk? ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

  7. aikkkkk, kak jie, takkan suruh layan gambar je, hu, hu….
    meriahnya ngan color merah menyala tu

    Kujie ~ ๐Ÿ˜† kalau dok kt dusun lagi teruja
    dari arah bukit..nengok bawah tu….bergugusยฒ

  8. ha tu dia..bergugus-gugus segala gugusan yang ada…puas makan, hati pun puas yer kak jie…

    Kujie ~ sebenarnya ada lebih kurang 30 pokok rambutan yg lebat mcm tu.. ๐Ÿ˜ฎ

  9. wooo….gile ar borong segala bagai khazanah…
    balik boleh bg2 kat jiran depan blkg, kiri kanan, atas bwh kan kak??
    Durian tak dak??

    Kujie ~ itulah
    pagi tadi sah siap bungkus utk org tu..org ni
    abg bawa g opis
    angah bawa g sekolah
    hntr rumah jiran
    hntr rumah kakak
    kalau korang dkat..nk juga g hantar

  10. mesti intan demam sebab trauma kene berhimpit bersempit utk satu perjalanan yang jauh. di tambah lagi radio yang kuat dlm kereta itu :)) ekekekekeke

    Kujie ~ huhu…mcm ahli nujum la pakcikni..
    sebenarnya…Intan dari hari jumaat tu mmg dah demam
    sabtu tu kan kena sekolah, ganti pun dia tak pergi
    tambah dgn perjalanan yg sendat mcm tu
    mabuk..hahahaha

  11. apesal tak bawak cik sarena balik..? bukan buah aje bole tapau..dgn pokok2 sekali bo;e masuk..

    Kujie ~ saje..bawa perut je..
    masa tgh mengait tu tak ingat ape
    bile nk susun dlm kete baru sedar
    dah tak de ruang… ๐Ÿ˜†

  12. cemburu tahap kritikal neeza ni kak Jie. kalaulah neeza dapat dudul bawah pokok rambutan dan dokong tu, memang tak berganjak dari pagi sampai petang kot. berenti kejap nak semayang je… hehee..
    sedapnya kak Jie.. memang tak sama dengan buah2 jual yang tak tentu lagi masak kat pokok ke atau masak peram..

    Kujie ~ erk…patut time ni la neeza balik M’sia…time org m’sia tgh mabuk…
    tgok gambo suka la..kalo masuk…byk pacat ooo..
    dusun tu bkn mcm dusun yg cerah terang benderang kita tgok tu
    itu kampung..asli tak de baja2 kimia..
    buah dia sedappp ๐Ÿ˜†

  13. adeh!! kak jie sungguh kijem!!..kijem!! ๐Ÿ˜› ๐Ÿ˜›
    meriah gile dusun kak jie!
    saje je dia bawak mevi balik. ckit je leh isik ek. akakakakaak

    Kujie ~ muahahahaha…saja je..bawa blk perut…yg bonet tu kalo boleh isi , isilah..tp sendat juga lah
    dgn durian 7 biji, cempedak 2 biji…rambutan seguni..langsat & dokong ๐Ÿ˜†

  14. saya pun baru balik dari dusun semalam. hari minggu tu sendat dan padat jugak. hari sabtu Ketua Pengarah datang ofis. semalam p balik kampung kutip durian. penuh satu keta sorong bawk balik ipoh… hari ni kena bukak banner, angkat p.a system dan macam2 lagi. ingat esok nak cuti… :mrgreen:

    Kujie ~ patut hari ni mcm mabuk je…mabuk durian ๐Ÿ˜†

  15. Wohoooo@!~ weekend itu hari blk seremban@!~ adalaa satu lori buah durian…. seguni kendondong… seguni manggis… ber guni guni rambutan… heavennnnnnnnnn@~

    Kujie ~ amboiiii mak buyung ni…sakan tu berguni2… ๐Ÿ˜‰

Comments are closed.