Panduan Arah Kiblat
Pengetahuan Am

Panduan Arah Kiblat

Assalamualaikum kawan-kawan,

SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAHย  28 MEI ( kira-kira jam 5.16 petang )ย  & 16 JULAI (5.28 petang ) waktu Malaysia.

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.

Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor
Maklumat tambahan :Wikipedia- Kiblat
Nota – Ka’bah terletak pada koordinat 39o 49′ 34″ BT; 21o 25′ 21″ LU)

p/s – Entri 28 mei 2007 yang dikitar semula untuk diulangkaji.


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

52 thoughts on “Panduan Arah Kiblat

  1. Penyempurnaan Arah Kiblat dilakukan koreksi massal dengan panduan bayangan matahari pada saat matahari berada di atas Mekkah atau dengan panduan arah kiblat berbasis internet Google Earth/Qiblalocator. Setelah arah kiblat diketahui, tidak harus bangunannya yang diubah, cukup arah shafnya.

  2. Perbincangan mengenai arah kiblat masjid di Indonesia akhir-akhir ini terus mencuat. Pemicunya, banyak masjid yang ditengarai arah kiblatnya melenceng dari arah kaโ€™bah. Ketua Umum Asosiasi Dosen Falak Indonesia (ADFI) Ahmad Izzuddin menyatakan untuk mendapatkan keyakinan dan kemantapan amal ibadah maka harus berusaha agar arah kiblat sholat mendekati persis kepada arah Baitullah.

  3. macam mana nak update entry yg sgt2 berinformasi dan semua org boleh share???? T_____________T asyik2 hati dan perasaan ja HAHAHAHA

    terima kasih mama!
    .-= Post terbaru yonna ..Hati Tisu =-.

  4. hem bagus ni thanks kak jie…..
    .-= Post terbaru ishak ..I love you juliana evans =-.

  5. yap. kita kena tahu tentang benda nih. Penting.
    .-= Post terbaru titan ..Wise of Shikamaru Nara =-.

  6. nak try wat gak esok ah… thanks kak berkongsi info..
    .-= Post terbaru Mummy Dasy ..Tibaยฒ =-.

    1. Ni sorang lagi…. 28hb lah sayang oiii
      buat apa kak jie post benda yg dah lepas
      sebab tu post hari ni…..esok korang cuti

      take a note…!

      1. alamak sorry la kak jie, tersilap tgk…tarikhnya..pastu lepas komen baru tgk balik komen tu, huhuhuh

        dah komen dah pun..so tak leh nak edit

        ok take note…harap2 malam ni dpt balik dari KKB…
        .-= Post terbaru mijie ..Cara install plugin top commentators =-.

    1. hari ni kan 27hb…….erk…..

      sebab tu entri ni dischedulekan 27hb sebab esok 28hb

      pening ke pagi2 ni, atau kak jie yg mabuk silap date?

  7. Hati rindu nak pergi ke Mekah, Jie. Apa maknanya? ๐Ÿ˜ฅ

    ODs last blog post..H1N1 Betul!!!

  8. Ha ha…. nanti bila tiba harinya, ingatkan tau…

    Tie nak pacakkan tiang kat belakang rumah ni, he he he………..

      1. @Kujie,

        Adoi mak…!!

        Tie dah tak ingat hari……… hu hu…

        Memang minggu ni Tie kebingungan…….. rasa lemas, rasa nak pitam………

        Nanti esok pagi2 Tie nak pacak tiang… Harap2 si H1N1 utan kat belakang rumah tu tak serbu pulak.. Tentu terpapar mokcik tintong berebut tiang dengannya, ekekekeke…….

        1. @Tie, suami sy cakap….pacak satu kayu…..kat hujung bayang tu pacak lagi satu…jadi kita ada 2 titik ( point )

          letak kompas di salah satu titik, kita boleh baca darjah ( sudut )

          ni amatur juru ukur lah… utk main2 dgn anak2 :mrgreen:

          hahaha…. si H1N1 tu cuti esok :mrgreen:

    1. @kruel74, boleh guna kompas kan….tapi setahun 2 kali kalau nak check secara traditional ni apa salahnya…gunakan pengetahuan yg ada buat praktikel sikit

  9. saya mmg ‘fail’ bab2 koordinat ni..
    tapi kena ambil tahu gak, kan.. manaa tau, klu tersesat nanti.. errr… hrp2 tak tersesat.. takuuutt..

    thanx for the info

    1. @kutaksempurna, entri 2 tahun dulu…tapi rasanya sesuai untuk dikitar semula ( alasan sibuk hihihi… )

  10. Info yg sgt berguna…dah pernah dgr tentang benda nie…tp tak pernah buat lagi ๐Ÿ™‚ nnt boleh la cuba ๐Ÿ™‚

    Active Bloggers last blog post..Seven Tag Game – My First Tag Game

      1. @Kujie, hehe…2 tahun lepas…sy belum kenal apa itu blog ๐Ÿ™‚

        1. @Active Blogger, owh…masih belia lah ye dlm dunia blog… :mrgreen: nasib baik kak jie kitar semula entri ni..tujuan asal memang utk ulangkaji ..sebab tarik tu hanya 2 kali je setahun…28 Mei ( esok ) dan 16 Julai

  11. sayda ada kompas kiblat.senang.nk travel pun senang.paham2 la kan duk tpt org ni.

  12. mz >> Ini adalah salah satu kaedah tradisional yang boleh dilakukan hanya 2 kali setahun.

    Zura >> Kadangยฒ tau , tapi tak yakin …mcm dengar cakap pihak ketiga…ilmu dikongsi bersama lebih berkat.

    Noushy >> ye cara moden lebih mudah tetapi setahun untuk 2 kali kita menempuh tarikh istimewa macam ni…

    chii >> uhuhu..dah hantar laporan ya..bagusยฒ

  13. hehhehe..cara moden dan mudah as ABC, guna kompass kiblat!! Pasti tepat, insyaallah…

    Tapi info kak jie tu bagus utk yang xpunyai kompass..:)

  14. sometimes jgn terlalu berkira sangat. as long as dada menghadap ke kiblat … but to be precise also is veri the veri gud! ๐Ÿ˜€

Comments are closed.