Isu Semasa

Pengarah Yasmin Ahmad meninggal dunia

Kalam Loh Mahfuz mencatat
Dan sesudah mencatat
Lagi mencatat….
Segala doa dan ikhtiar
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi
Biarpun hanya sekerat baris
Pun seberapa banyak air mata
Sepatah pun tidak akan terhakis
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi…..

~ Umar Khayyam ~

©Kujie~ Al-Fatihah , Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmahnya dipinjamkan dikau sekejap di dunia bersama kami . Ampunkan dosa²nya Ya Allah..ampunkan dosa² kami ini…Ya Allah.

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia pada jam 11.25 malam tadi  25 Julai 2009 . Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

EDIT 26/7/2009 : Jenazah pengarah Yasmin Ahmad  dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19, Subang Jaya.     Jenazah Allahyarhamah Yasmin Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum solat Zohor, 26 Julai 2009 .

Gambar-gambar pengebumian Yasmin Ahmad > [sini]

Biodata Yasmin Ahmad:

  • Nama : Yasmin Ahmad
  • Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
  • Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
  • Tarikh Lahir: 1 Julai 1958
  • Meninggal Dunia : 25 Julai 2009
  • Status Perkahwinan: Berkahwin
  • Suami: Abdullah Tan Yew Leong

Akademik

  • Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Profil Kerjaya:

  • Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
  • Pengarah Filem ( 2003-2009 )
  • Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
  • Berlakon Dalam Drama: Tai yang yue (Rain Dogs) (2003-2006)
  • Penerbit:  Raining Amber ( 2005 )

Filem Yang Dihasilkan :

  • Rabun (My Failing Eyesight) (2003)
  • Sepet (Chinese Eye) (2004)
  • Gubra (Anxiety) (2006)
  • Mukhsin (2007)
  • Muallaf (The Convert) (2008)
  • Talentime (2009)

Blog rasmi Yasmin Ahmad : http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

Sumber : Mstar & Wikipedia

p/s – saya terkenang seseorang…. Al -fatihah untukmu juga!

Pergi -Aizat ( OST Talentime )Versi asal I Go oleh Pete Teo – youtube [sini]

gambar kredit : Kosmo
gambar kredit : Kosmo

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “Pengarah Yasmin Ahmad meninggal dunia

  1. yasmin ahmad ni … jantan ke pompan….??? cara mana mereka sempurnakan jenazahnya ikut cara jenazah lelaki or else..kalau wanita yang meninggal di panggil allahyarhamah….kot pasai apa dok panggil allahyarham…comfuse ni.

  2. Innalillah… semoga Allah menempatkannya di sisi orang-orang yg beriman. Amin ..Sad 2 say tat kite dah ilang stu agi berlian yg menyinari industri perfileman Malaysia… 😥

  3. Al-fatihah utk Yasmin Ahmad..kadang-kadang kite lupe nak tengok diri sendiri sebelum menghukum org..kadang-kadang kite keliru bile hanya dgr ckp org tanpa tengok senirik..kadang-kadang kite lebih tengok yg jahat dari yg baik..walau yg jahat tu 10%..yang baik tu 90%…wallahualam..
    .-= kriesz´s last blog ..Yasmin Ahmad =-.

  4. tERKADANG KITE LUPE … BILAKAH WAKTU NYE AKAN TIBE … TAPI YANG PASTI IANYE AKAN TETAP TIBE…BERSEDIAKAH KITE UNTUK MENGHADAPINYE????

  5. kehadiran manusia di dunai ada peranan dan cerita. pastinya cerita kita sebagai hamba tidak pernah tamAt didunia .akhirat penentu segala. kehadiran setiap kita ada warnaya yang tersendiri, dia yang pernah buat kita terfikir , tersedar mungkin kelemahan diri melaui karyanya……………. jika itu membawa kebaikan adalah pahala buatnya.Doakan beliau aman disana, Allah maha penyayang dan pengampun Allah maha mengetahui hati – hati hambanya….ALFATIHAH

  6. shahdu…..
    al-fatihah.

    somoga rohnya ditempatkan disisi orang yg beriman.

    tak dinafikan filem dia mmg lain dari yg lain
    .-= blowie´s last blog ..AL FATIHAH-YASMIN AHMAD =-.

  7. Al-fatihah..
    semoga roh nya dicucuri rahmat amin..

    Pergi -Aizat ( OST Talentime )Versi asal I Go oleh Pete Teo

    ” Hujan lebat mencurah kini
    Bagaikan tiada henti
    Kau pergi.. pergi..
    Sepi tanpa kata ”

    area bangi hujan pagi tadi..
    .-= wan´s last blog ..Help the Children of Gaza =-.

  8. semoga Yasmin tahu kat “sana” tiada apa yg boleh menyamaratakan agama seperti cerita ‘Mualaf” karangannya…..

    1. @nafisa, Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat. Orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan, keredaan serta rahmat Allah swt untuk si mati. Ia juga merupakan penghormatan seorang muslim terhadap saudara seagamanya.

      1. @Kujie,

        kakjie, nak tye..kalau orang yg dah meninggal, ketika hidupnya dia asyik buat kesilapan dan langsung tak mahu menyedari kesilapannya itu. pulak tu bangga dengan dosa yang dia buat.

        akak ade cakap, kita berpeluang untuk memohon keampunan ke atas si mati, tapi berbaloikah?

        just wondering if si mati is worth our prayings..
        .-= cikun-kun´s last blog ..!!事大とっもは末期ぱっや[read from right] =-.

        1. @cikun-kun, Kak Jie tak layak jawap soalan ni..

          itu antara mahkluk dengan PenciptaNya….
          Kerahmatan, Keampunan, Keberkatan milik Allah, kita hanya memohon.

        2. @cikun-kun,
          tiada manusia pun di dunia yang boleh mengadili manusia lain
          Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui
          .-= yati´s last blog ..Destinasi =-.

  9. al-fatihah.

    yang pergi tetap akan pergi. kita yang hidup pula perlu teruskan hidup dan sentiasa perlu perbaiki diri untuk menhadap-NYA kelak.

    terasa diri semakin hampir ke arah tersebut. hu3.
    .-= megat´s last blog ..Yasmin Ahmad, Pengarah Filem Dan Iklan Komersial Meninggal Dunia!? =-.

  10. sama-sama kita sedekahkah alfatihah kat yasmin ahmad
    .-= KampungBoy´s last blog ..Cara Menarik Trafik Dari Nuffnang =-.

  11. Al-fatihah, semoga keluarga beliau lebih tabah.

    saya tersentuh dengan entri ini, berulangkali membacanya.

Comments are closed.