Peribadi

Kisah Mertuaku lagi

Kisah Mak Mertuaku lagi….

Memandangkan suami sibuk, saya menawarkan diri menghantar mak mertua balik kampung semalam. Saya siapkan bekal Intan untuk rehat pagi dan makan tenghari ( tak perlu hantar waktu tenghari ) dan siapkan segala pesanan kunci rumah letak di mana  – tempat rahsia ni – bukan bawah pasu bunga ye .

Perjalanan balik ke Sabak Bernam ( nota : Denaihati – Jalan Sultan, Sg Tengar ) 3 jam. Mak mertua dok di sebelah, saya memandu control ayu dan sopan santun. Lagi pun saya bawa Encik Pajero tua yang syarikat insurans pun tidak mahu memberikan perlindungan , kesian bergoyang melompat-lompat emak mertua saya di sepanajang jalan Kuala Selangor – Sabak Bernam yang beralun seperti ombak  Laut China Selatan itu.

Bila balik, saya sendirian – cepat 30 minit walaupun hujan lebat sepanjang jalan dari Kota Puteri hingga ke Tasik Puteri.

Dalam perjalanan, mak ajak singgah bershopping di Sungai Besar. Nak tengok-tengok katanya…nak beli tikar buluh . Orang cakap kat Nilai 3 murah tapi cuba campur segala kos perjalanan, sama juga harganya. Lainlah kalau ada orang Nilai tu ( sapa tu..angkat mouse ) tolong belikan.

Beli belah dengan orang tua ni seronok ( merTUA – saya belum jadi merTUA lagi ) ,  letak harga sebesar² gajah pun, dia tetap akan tawar menawar. Orang muda macam kita ni ( erk….awak pun ) malu nak tawar menawar, nanti nampak macam tak reti baca. Dah tulis sekian sekian harga, kita pilih terus bayar.

Tikar buluh RM 65 tu, mak  saya tawar menawar sampai dapat RM 150 untuk 3 keping.  Sekeping dapat diskaun RM 15!  Asalnya memang mak nak beli 2 tapi bila dia offer 3 keping RM 150, terus dibelinya 3.

” mak bagi kamu satu..hadiah..jangan bagitahu orang lain…”

ehem…..utk anak² saudara silent readers tu…jgn bgtau org lain…Embah dan pesan tu…kalau bagitau gak..nanti Mak Uda off wireless internet kat sini, tak pun Mak Uda tukar password wireless…muahahaha…. pesanan ikhlas dari Mak Uda Jalan 5D utk anak² saudara di  Jalan 5

Ada yang bertanya serapat mana hubungan saya dan mertua.    Sejak menjadi menantu selama 18 tahun ini, tidak sekali pun atau secubit pun tindak tanduk atau percakapan mak mertua saya yang boleh menyakitkan hati.

Semua kelahiran, mak mertua saya yang datang jaga.    Kalau dia datang rumah saya, dia boleh pakai baju saya dan saya semalam balik kampung sehelai sepinggan boleh pakai t-shirt mak  .

Sambil saya baring di bawah kipas, mak mertua di hujung kepala berkongsi bantal.  Bercerita hal anak-anak yang lain , cucu dan menantu.  Bukan mengumpat tetapi saya rasa lebih kepada pendapat peribadi.  Saya pendengar dan penyimpan mohor besar rahsia kerajaan.:mrgreen:

Nak petua jadi menantu ?

Jangan menyusahkan suami. Jangan meminta sesuatu yang diluar kemampuannya. Tiap orang berbeza rezekinya, jangan banding dengan orang lain. Walaupun saya tidak bersependapat dengan suami, saya tidak akan sekali-kali “berusaha untuk menang” di depan mertua. Emak mertua saya tidak pernah sekali pun bercakap yang tidak elok mengenai anak-anak menantunya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

55 thoughts on “Kisah Mertuaku lagi

  1. ok la klu dpt mertua mcm tu,sporting n understanding….
    tp mcm mna klu mertua yg suka memburukkan anak menantu??depan baik,tp blkg bkn main lg kutukannya..bkn stkt menantu,tp anak juga.kdg2 rsa tension..pantang silap,panjangla muncungnya…dn bergunung la kutukannya.huh!!

  2. 😛 ira nak tanya rahsia kakjie macamana nak amik hati bagi mak mertua suka kat kita
    ek..

  3. zana takyah ckp, mak mertuaku tau dulu…sbb dia tau anak dia cemane. paling2 pun dia sound anak dia dulu. tehehehe….

    er… zana pun byk gak take dr gift. rasanya la kot… huhuhu.. teruk menantu dia nie.. ekekeke..
    .-= Zana´s last blog ..Arin la nie… :p =-.

    1. @Kak Long, semua mak tak suka anak dia diperkecilkan…kita perlu faham . lagi pun bukan dapat piala pun kalau menang…. :mrgreen:

    1. @ira, eeemm..nak jadi mertua atau menantu juga perlu ada ilmu…ilmu pengurusan sesama manusia.. 😆

      syukur….moga mak sentiasa dilindungi Allah selalu

  4. dah lama tak ke sabak… jalan pun dah besar dan boleh merempet tapi bahaya sungguh.. kesian orang kampong sukar nak melintas.. jalan besar tanpa pembahagi.. hati2 dengan motor…
    .-= zino´s last blog ..uji minda anda… =-.

    1. @zino, ye lah..jalan besar…. masa 5-6 tahun dulu…seksa nak balik kampung tapi kami ada banyak jalan alternative 😆

    1. @Mindaku Di Sini, baca juga selepas isu ini ditimbulkan..rasanya kenderaan baru lagi tinggi risiko kehilangan…

    1. @kruel74, hehe.. dah boleh share, kita sharelah… tu lah untungnya rumah dekat2… yg tak tahan asik Buzz YM je… 😆

      yg ni goreng cempedak pun dpt :mrgreen:

  5. thumbs up untuk akak!
    .-= woodstacker´s last blog ..fmb18- hati akal nafsu berbicara, beradu kata =-.

  6. la..k.jie wong sungai tengar rupa ne. iso ngomong jowo rak ki. umah eh seng nang di yo. cedek nang ILDAS kono.
    kalau k.jie tak faham saya cakap apa, kena call embah la translate kan.hehe..
    k.jie beli kat kedai mana tu. apsal dapat murah sangat. ni yang nak beli gak. kedai tu kat area billion tu ke?
    .-= azwan´s last blog ..Mari Menari Poco Poco =-.

    1. @azwan, kak jie menantu wong jowo, orak iso ngomongjowo…kak jie org Kedah. iso pahem boso jowo wak…sitik-sitik waey paham

    1. @Kaseh Esmiralda, ni yg susah ni…mmg ada skrip boleh letak tapi tetap ada juga cara lain utk copy…

  7. Entry yang best… boleh buat rujukan untuk masa depan 😳

    Mertua baik, menantu baik wujudlah harmoni. Kalau dah usaha atau dah berikan yg terbaik tetapi tak harmoni jugak, mungkin ujian atas kesabaran si fulan lah pulak. Kan Kak Jie. Wah macam pandai jer huhuhu 😀

    150 hengget dapat 3…erk kalau ramai terer cam mak kak jie, tutup ler nilai 3 – sebab depa tak yah mai serbu sopping tang ni :mrgreen:
    .-= iza´s last blog ..Selamat Ulang Tahun… =-.

    1. @iza, sonok pula p soping dgn mak mertua..hehehe…pandai pula tu dia tawaQ..ada la peluang nak ajak p nilai 3 tu..hehehe

  8. salam…wahhh panduan berguna….byk juga memerhati, my mum dulu pun menjadi menantu ‘favourite’, bertimbang rasa, hormat menghormati amat penting dalam menjaga perhubungan agaknya
    .-= arsaili´s last blog .. =-.

  9. “Walaupun saya tidak bersependapat dengan suami, saya tidak akan sekali-kali “berusaha untuk menang” di depan mertua. Emak mertua saya tidak pernah sekali pun bercakap yang tidak elok mengenai anak-anak menantunya.” … ayat ni memang best…

    heheheh

    menarik.. tertarik.. engkaulah de boom! erk! kuih bom pun boleh!

    waaaakakakakkaka

      1. @maza, baru nak kata..tulis lek lok..yg lelain sy dah edit…wahhh..berpuluh2 komen sy edit url awak tau…

        lepas ni betulkan laaaaaa

        mcm mana org lain nk melawat rumah dia kalau bagi alamat salah 😀

  10. betul tuh kak jie..tapi setelah usaha tangga kejayaan telah dilakukan..tetapi masih ader suara2 di belakang..kita hanya mampu berdoa.. 🙂
    .-= arin´s last blog ..Akhir nya =-.

    1. @arin, kak jie dah faham situasi arin….berdoa je la arin
      dlm semua perhubungan kena ada kedua belah pihak yang saling memahami..saling mengerti..tak mngk berjaya kalau satu pihak saja yang berusaha

      sabar ye arin

    1. @Bb Hussain, kadang2 dia akan dtg dgn sendiri..kita akan ejas diri sendiri ikut keperluan dan persekitaran kita nnt :mrgreen:

  11. aku pn tgh fikir nk cari tikar buluh ganti karpet… tak larat nak achem achem lagi.

    pssstttt IZA… ada pesanan khidmat masyrkat la sini… hehehe..
    .-= kuina´s last blog ..Kuina itu adalah aku =-.

    1. @kuina, meh ramai2 kita pakai tikar buluh pula

      p/s – dia tgh celebrate bufday tu

      tgh bilang lilin atas kek 😆

      1. @Kujie, Kak Jie awat mouse Iza floating ni :mrgreen:

        Kak Ina, “boley boley mau order brapa keping kakak manis.. nanti sayyy sindri boleh kasi hantar juga.. mana alamat pun boleh. Bila raya balik ..kereta kosong juga” :mrgreen:
        .-= iza´s last blog ..Selamat Ulang Tahun… =-.

  12. syokkan soping kt sg besar.. lame dah tak menyinggah sebab skang klu balik kg ikut bagan terap.

    sebab tak lalu, mcm2 alasan en suami bila kita ajak beli barang kat sane huhu nak tikar buluh jugak!

  13. eh ada petua yg bagus utk masa dpn. Copy dlm notepad save print out ..failkan TIma kasih kak jie..:D

      1. @Kujie, hehhe… calon pilihanraya ker calon apa ni ohhh calon Anugerah Planet Muzikk 😆
        .-= yati´s last blog ..Teh dan Nescafe =-.

Comments are closed.