Peribadi

Kawan baik?

BOleh ke lelaki dan perempuan terus menjadi kawan baik – without any feeling deep inside?

Masa bujang dulu pernah ada kawan baik. Nama dia Azizi. Kawan² dalam group beranggapan kami bercinta tetapi hanya saya yang tahu dia dah ada girlfriend tetapi sedang bergolak. Halangan keluarga. Banyak yang kami kongsi. Tetapi kami tetap mengtakrifkan hubungan kami sebagai kawan baik. Dia bukan lelaki yang saya impikan walaupun dia baik.Selepas berkahwin, masing² bawa diri – kena fikir perasaan pasangan masing². Menang kita boleh untuk berterus terang dan tentunya pasangan yang memahami tidak mudah cemburu tapi kedudukan dan status buat saya perlu berhati²…fitnah mudah melanda….mencegah lebih baik dari mengubati.

Bolehlah lelaki dan perempuan terus mengekalkan status kawan baik selepas masing² telah berkahwin?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Kawan baik?

  1. hm.. isu ni rasanya mmg dh lma diperdebatkn..
    laki ngn pompuan bleh x jdi kwn baik?
    kiranya hubungan platonik r tu.
    kwn ngn the opposite gender without any feelings involve..

    skg zati ngah alami bnda ni.. 🙄
    still shocked ble tbe2 kwn laki zati tu kata dy dh ad gf.
    sbab kitorg mmg kwn baik.xprasan plak ble msanya dy usha awek dy tu.

    firstly rasa terancam sbnarnya.hu2.. ye r slama ni kita je kwn pompuan yg rpat ngn dy then suddenly comes this girl.kena set my mind that now, there is a girl yg ad pangkat lbih tggi dr zati dlm idup dy..hu2..

    dok kt uni ni besa r.kwn2 sume expect kitorg akn couple.tp zati je yg tau the truth..

    watever it is i’m hepi 4 him. 😀

    ad sekali tu kitorg ngah belek horoskop.then horoskop zati kata zati ni jenis yg sng wat org jtuh ati.then quote dy yg xleh lupa:”kalau ak xde gf, ak rsa ak pon bleh jtuh hati kat ko..”

    hu2.adui… ❗

  2. chii pun ada gak kawan baik laki..kalo cm kt kampus ni..ada yg pk kitorang ada pape..ahaha..sedangkn kwn chii tu da ada sumone da..tu x bahayanya kwn baik ngn laki yg ada gf :p ihiks..

    pape pun..chii slalu doa dia ngn gf dia lekas kawen :p

  3. kak jie,, MY BODYGUARD is my best friend. kitorg bersahabat from first year dat poliknik.bersahabat tnpa ada rasa kases sayang..tetapi kami ada perasaan since first year kat UPSI.
    hohohooh..tp sara bersyukur kerna dia sgt memahami..sahabatku kekasehku 🙂

  4. kak jie…
    dolu masa kat univ chik pun ada kawan baik lelaki nama dia jalut. selalu chik balik kelas malam dia yg temankan. mmg lah dia penah bg hint sesambil mencurahkan rasa hati (uwekkk!!!) tp chik pesan kat dia klu nak terus kawan ngan chik jgn simpan apa² perasaan selain dr perasaan sbg sorg kawan. sejak tuh kitorg just kawan kawan kawan… habih blajo kat univ terus terputus hubungan!

    skrg chik masih ada kawan baik lelaki. ngan dia ajer chik share sumer… hepi ker sedey ker sbb chik rasa kengkdg lelaki nih mmg bley jd sorg kawan yg baik. diaorg tadak main emosi² nih.

    hmmm hubby ajer kawan baik chik sekarang nih 🙂

  5. kes saya memang lain.. saya memang banyak kawan baik lelaki. nature of my previous work memang ramai lelaki berbanding wanita. 1 : 10. begitu juga suami, tempat keja dia plak banyak wanita. dua2 kami keje di pemaju. cuma saya bhgn technical, dia bhgn kewangan. even masa meeting pun, hanya saya sorang je perempuan.

    so far, siapa kawan saya akan jadi kawan suami, begitu juga sebaliknya. dia takkan segan silu nak bertegur sapa dengan kawan2 saya. jenis peramah. so kami berdua sebenarnya berkawan dengan group yang sama, kawan2 yang sama…

    senang cite.. tak nak jadi fitnah.. jadikanlah kawan kita tu kawan suami jugak.

    kisah atan tu kan.. kak jie.. saya dapat email dari dia. memang betul la tu dia.. tak sesia jadi PI. boleh ngam la tu ngan hubby saya lepas ni.. hihihi

  6. Salam sume…

    Rasa sonok lak nak tambah komen tentang kawan baik antara laki ngan pompuan ni..

    Bagi akulah kan..takde istilah kawan baik antara lelaki dan pompuan ni..lebih byk membinasakan hubungan kita dgn org yg tersayang, tak kisahlah dgn boyfren korang atau lebih2 lagi dgn husband korang. Sebagai jantanlah dia takkan suka kalo gelfren atau istri dia ada orang lain pulak untuk bercerita atau berkongsi masaalah dengan alasan ‘ala kawan baik jer’… apa peranan dia kalau ada orang lain lak nak dengar masaalah gelfren atau wife dia.

    Lebih baik putuskan jer niat nak berkawan baik dgn kaum yang berlawanan jenis ni..bahaya menanti sebenarnya. Bak kata kujie ada caj yang saling menarik… sikit2 lama2 melekit nanti…huakaka

  7. seblom kawen maybe ok la jie..kwn ramai mana pon…
    bila dh kawen..iskkk, susah sket la..byk hal nk fikir. kalu kat ober-c maybe laen la..kat sini, didikan kita lain…n soal hati tu la yg paling berat..nak2 plak kalu dh ari2 mencurah rasa, mau x terasa, sket2 sure ada punyer..so, biorlah en suami tu jd kawan baik kita, mmg selamat..yeehaaa!

  8. muadz– jgn sampai suami terasa dia jadi no 2 udah, kan…

    kadan2 bukan apa..ramai sgt yg tergelincir…sbb mencurah segala rasa..biasanya mengadu hal2 rumahtangga pada kawan baik yg berlainan jenis..takut jadi simpati..kendian tumbuh kasih..berkembang sayang..hahahaha

    org matang tahu membezakan semua ni..

    arin – bertahun kawan..berjuta kata…hanya sebaris ayat tu yg paling menyentuh hari…rasa mcm jatuh cinta..rasa mcm..erk…drama korea..hahahaha

    jiji – erk..apasal kakjie pula…

    dia yg kawan dgn jantan tu… cite lama tu buat sempadan..pedoman..yg diulang kesilapan ..

    kan…kan..

  9. Kita ada sorang kawan .. dulu laa masa Form 5…

    Dia kata “kalo aku ada dua hati nak jaga, galfren aku ngn ko.. aku lebih rela jaga ati ko”

    cececeh@!~

    Aaaaaaaaaaaa jantannnnnnnnn ckp mcm tak cukup huruf. Semuanya dostaaaaaaa@!~

    Ceh sensitip pulak mengenang ceta lama@!~

    Kak Jie laaa neh@!~

  10. saya ada kawan baik lelaki..mmg sgt rapat..
    saya di kl dia di jb…
    kawan dr tahun 1987…

    baik sehingga sekarang…

    last mth br bertemu keluarga sy..

    sy mmg selesa berbicara dgn dia..tanpa ada rasa lain kerna dihati sy cuma ada suami sy..dan suami sy tahu…

  11. rasanya kalau dedua bujang belum terikat , itu tak de masalah..biasalah kawan baik boleh jadi kekaasih…

    kalau kawan mmg tak de halangan sgt..tak de perasaan..tetapi kawan baik… sikit atau banyak kita mesti ada tersentuh ada terjeles dgn kawan baik….

    kalo dua2 tu ada pasangan..sikit sebanyak hubungan tu berubah dr kita zaman bujang….sbb wife dia atau husben kita org luar dr hidup dia…yg baru dtg..belum tentu dpt memahami persahabatan lama kita tu..situasi mudah goyah.

    lagi satu…semulajadi..pompuan dgn lelaki ada cas tarikan tersendiri…mesti ade…..

  12. kawan baik boleh aje lelaki ngan perempuan..xde nafsu pun tgk drg kak..hehe

  13. Kak Jie

    Sy tk pasti ttg org lain tp ini pendpt sy lah.

    Lelaki dan perempuan mmg tk boleh jd kawan baik (KB). No matter camna baik & rapat sekalipun kita…pasti sedikit sebyk ada menyimpan perasaan terhdp KB kita tu.

    Mungkin u r in denial but cuba kita kaji perasaan kita sebaik dpt tahu bhw KB kita tu ada bf/gf.

    For sure kita try to avoid bila KB ajak keluar sekali dgn pasangannya…and tak mustahil kita mungkin mendoakan agar dia breakoff dgn pasangan dia.

    Sy lebih prefer kawan dgn lelaki lembut sbb to me they are true friend. Diorg terlalu memahami perasaan seorg perempuan & paling penting dia tak menyimpan perasaan terhadap sy & vice versa.

  14. Saya setuju.Mencegah lebih baik dari mengubati.Byk yg kita baca,bila kaum adam dan hawa ni berkawan rapat,ramai yg tersasar dari landasan walaupun pada mulanya hanya sekadar kawan biasa.Akhirnya suami/isteri dibuang ke tepi asalkan dapat bersama si buahati.

  15. jie… saya suka kopi jantan yang dibancuh dengan telor, madu dan halia. terangkat ke kubur…. Mana msjbox Jie…?

  16. sedih bila cerita pasal bestfren lelaki ni…I dah terkena sekali…sedih….dah kawin ni..tak bleh lah ada kawan lelaki…..betul..mudah jadi fitnah….

  17. rasanya payah nk jadikan lelaki kawan baik kita bila berstatus isteri.
    Tambah pulak, kalau kawan baik (lelaki) kita tu ex-boyfriend kita coz masing2 dulu pernah ada perasaan antara satu sama lain.

    kalau mama ayat nescafe jadi subjeknya…ira lain pulak…dia ckp “awak tetap dalam hati saya”…aduh geli la mak cik…baik angkat kaki…cabutttttt..hiiiii

  18. K. Jie,

    Kawan baik saya si nyenyeh tuh lelaki…so far kami kawan takder masalah pon, tak pernah gaduh, asyik happy jerk…

    saya senang berkawan ngan dia, dia pon cakap camtuh gak…

    yang penting pandai kontrol feeling la, so far takder nak feeling2 nih… gelak2 jer kawan ngan dia…

    lagipon asben tahu saya kawan baik ngan dia, dan awek dia tahu dia kawan baik saya….

  19. sy pernah ada kwn baik lelaki, seronok, sebab tak ada cemburu-mencemburui

  20. K.Jie,

    Sesekali mengimbas nostalgia lama…Indah bila di kenang 😉

    psstt nescaffe pulak yg jadi subjek…huhu

  21. iya .. the keyword is ‘jauhkan diri dari perkara2 yang boleh membawa fitnah …’

Comments are closed.