Isu Semasa

Pelajar Malaysia dibunuh di Mesir

PUTRAJAYA 14 Jun – Seorang pelajar dari Chendering, Kuala Terengganu mati dibunuh dipercayai oleh seorang rakannya yang juga pelajar dari Malaysia ketika sedang mengulang kaji bersama-sama di sebuah rumah sewa di Mansurah, Mesir, malam semalam.

Mangsa, Mohamad Ishak, 22, pelajar tahun tiga kursus Usuluddin mati setelah dipukul dengan kayu dan ditikam bertalu-talu oleh pelajar dari Selangor yang juga berusia 22 tahun dan mengikuti pengajian bahasa Arab di tahun dua.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Kadir ketika dihubungi hari ini berkata, suspek kini ditahan di balai polis sementara jenazah Mohamad akan dikebumikan di Kaherah setelah mendapat persetujuan keluarganya di Terengganu.

Al- Fatihah dan Tahziah untuk keluarga mangsa.

Jie ~ Kak Jie mula teringat adik² yang sedang belajar/ berkerja kat luar negara… mcm Piah, Mas, Intan, EQ, Sayda, Romeo, Shin, Zack, Kuden, Alif , AJ, Rebina, Wan UK ( mana hilang Wan… lama tak sms ) , DD, Bayu …. korang jaga diri tau.

Selalu sangat tengok message blur….tension…kena puting beliung macam si Piah tu… rumah di masuki pencuri , hilang Visa mcm kes Mas dulu, masuk wad macam EQ… korang dok jejauh dari keluarga tu, kuatkan semangat. Selepas tercapai segala impian dan cita² balik lah ke tanah air dengan bangga untuk bersama keluarga yang setiasa merindui.

=================================================================

Selesai baca berita ini di akhbar pagi tadi, Kak Jie teringat Angah, anak Kak Jie yg ke 2 tu pernah cakap.

Lebih kurang macam ni la …

” Mama tau kenapa skrg ni selalu ada kes bunuh….orang senang² jer bunuh, cincang orang macam yang kita selalu tgok kat tv…selalu baca kat paper? Mama tau….sebab makanan yg kita makan…”

” Ye ke Ngah ? ” Kak Jie tanya saja nak suruh dia bagi pendapat lagi.

” Macam ayam, kat pasar tu orang potong ayam main hentam² tak der belas kasihan …tak macam dulu², kita porong ayam cermat² ikut sendi² .”

” Mana Angah tau , macam la Angah pernah tengok Tok dengan TokWan sembelih ayam kat kampung”

” Cikgu Angah cerita…”

Sampai sekarang kalau dia ikut pergi pasar malam, lalu jer gerai ayam… dia menyorok..takut dan ngilu katanya.

Korang pernah tengok macam mana proses sembelih ayam. Kalau tengok memang simpati dan tak sanggup lagi nak makan ayam. Kak Jie pernah tengok kat Pasar Batang Kali, terus balik tak jadi beli.

Tapi kisah sedih spt di atas tu terjadi kat Mansurah , tu pusat pembelajaran Al Quran. Tak kan kat sana dia orang potong ayam macam kat tempat kita.

Jie ~ Sejak hari tu, sedaya upaya KakJie beli ayam sekor² dan balik potong sendiri kat rumah. Nasib baik masih ada skill lagi nak potong ayam berkat ajaran mak zaman anak dara dulu……….. weiiiiiiiiii….anak² dara sekarang ni…. korang gheti ke potong ayam? Entah² siang ikan pun geli!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Pelajar Malaysia dibunuh di Mesir

  1. Huhu.
    Betul la either suspect tu kena rasuk or over stressed sgt ngan exam. Moga iman kite kuat, n dpt kawal emosi wpun dah rase mcm nk shortcircuit kt dalam ni..

  2. sorry kak kujie. saye baru sempat sinnggah..

    hmm.. tq kak kujie.. iskk.. cuak wehh..

    kat indon pun byk preman(gengster).. ari tu sy pn ampir pernah kena pow. iskk.. cuak wehh kalo ingat blk. haha

    kak kujie pun tc jgk k..

    daa

  3. hehhehe…shaye pun xtau potong or siang ayam..tapi shaye tau masak curry ayam hehehhe…

    Anak Kak Jie tu genius,his/her perceptives tu mmg tepat..smart kid!

  4. owh..setakat ayam..saya x yah siang pon xper..saya sgt handal makan ayam golek sekor2..ngeh ngeh ngeh…
    ikan???huhuhu..saya x sker ikan sgt2, so x nah siang arrr!

    mmm…kisah bunuh ni mungkin ada kaitan ngn tekanan perasaan. Saya pon nyaris nk bunuh org, tp saya xdek pisau la pulok…adeiii

    Salam takziah utk keluarga Allahyarham. Time kasih kat atas doa dan nasihat. InsyaAllah, kami akan jada diri.

    mmmm…pemakanan punca utama mengapa manusia berubah!

  5. emmm nak wat cam mana mama..shin pun terkejut gak bila dapat tahu berita tuh.dengar kata si pembunuh tu nak bunuh org lain tapi org berkenaan takde.so dia lepaskan geram kat org lain.dia sekarang di dok di spital sakit jiwa kat sini.moga dia dapat balasan yang setimpalnya..alfatihah buat arwah…berita dalam utusan tu ade sedikit kesilapan..

  6. kaklong,
    ok la tu kalo dah boleh siang ikan ayam..nnt kakjie msk kan kaklong dalam senarai erk..top ten! hehe he

    pB >> org sezaman dgn kita ni masih lagi dpt cabut bulu ayam..budak skrg ni…tgok² ayam dah togel kat pasar tu.

    Shay >> dunia akhir zaman..

    ira >> ye lah , jadi darah daging kita.

    Nadzeem >> huhuhu..sowi…maaf banyak2..nnt kakjie edit letak nama dia beso²..tak sempat fly ke sana tadi.

    Nanti kakjie belanja ayam KFC ye

  7. hahahha, saye da dpt msuk tuk komen….

    kak jie xtau… kt cni mmg tensi kalo bab2 xm nih…no wonder la kalo mende tuh leh jadi…

    pressure sgt tau..
    nih tgh cuti kan, lagik la boring ya amek… leh naek gile dibuat nyer+result xm nyer… memacam leh terjadi….

    **dlm ramai adeq2 yg disebut… saye xder pon kan.. sedey mode**

  8. Betul cakap anak mama tu. Makananlah punca segala-galanya.
    Perangai manusia pun berpunca dari makanan yg kita makan malah penyakit pun dtg dari makanan yg kita makan.

  9. alahai sian budak tu… agak2nya dia tu harapan keluarga hancur musnah macam tu jerk… sesuka ati je nak ambik nyawa orang, tak tahu ke nyawa dia tu buat ALLAH yang bagi… dia tak de hak nak buat orang lain macam tu… Kalau ye pun tension cuba la berfikiran waras… patutnya dia sendiri tahu, bila marah apa yang perlu dia buat, sebagai seorang islam…

  10. Setakat ni, nak siang ayam tu boleh la lagi.
    Cabut bulu ayam ,pun boleh.

    Jangan suruh sembelih ayam , sudah lah …

    Kesian pada keluarga si mati tu.

    Moga rohnya ditempatkan dikalangan roh org2 yang beriman…

  11. kak Jie…kak long siang ikan ,ayam boleh walaupun potong ayan tu tak terror. tp bab sembelih tu ..isk iskk tak sanggup …kesiann

  12. zura dgn syada dok ranking atas sekali ni utk pilihan jadi menantu…erk…..bkn menantu kakjie….menantu sapa2 la..nnt la kakjie cari2kan..he he he

    lestat pun calon top 5 ni..best kan kalo di latih dr awal buat keje mcm tu..nnt boleh tolong isteri kat dapo

    Indah >> amin…kita berserah pada Allah.

  13. Hai Kak Jie..im back..

    walaupun i ni lelaki..tapi i pandai siang ayam tau..ikan apa lagi..mmg expert..mak ajar dulu..dia kata ko kena wat..kang ko duk bujang ko makan kat kedai je..hehe.

  14. Salam Kak Jie

    Semakin maju dunia, semakin ramai pula manusia yang hilang pedoman dan mungkin juga hilang ingatan.

    Minta dijauhkan dari kita semua.

  15. angkat tgn. yeah. sayda tau cane nk potong ayam yg sekor2 tu. huhu. at least.reti la sket dr x reti langsung kan.huhu..

    owh.just read about the news. xsangka.

  16. erk..erk..alamak, x reti siang ayam le kak jie..suh abang kedai je siangkan..hiksss…pasar malam pun buley gak..hikss…erm, tp mengikut pendapat ramai, sbb2 kejadian skarang yg dasat..berasaskan pemakanan yg dh jd darah daging..pandai anak kak jie..:D

  17. Risau gak nengok avatar si pof ni, nak klik takut ke web entah apa2 pula…heheheh…tiba2 pagi jumaat yg indah ini, muncul dia..entah dia Search apa kat Yahoo…:)

    pokcik > org kena fitnah sakit dlm hati tak nampak darahnya pokcik..tapi kalo cukup bukti segala bagai..bawa ke mahkamah pun boleh.

    pakcik nak selotep? meh nk balut hati tu…

    kak red > mak hayam tak gheti siang ayah?????
    ha ha ha ……patut laaaaaaaa..hiks…

  18. to be honest, aku tak geti siang ayam. mak dulu ajar tp aku buat dek jer..last2 akak ngan adik aku yg take over.

    tp kalo takat siang ikan, kalo ko leh buat 10 ekor, while ko ngah menyiang yg ikan ke 10, aku dah siap yg ke 20 ekor. tu aku handal lah kak…tp kalo ayam, aku pi pasar malam ‘bang, siang terus!’

    lagi satu – budak yg bunuh budak kat mesir tu kan, ngah mental ke masa kejadian tuh??

    wah kak..prof howdy tu kawan baru ko ke..

  19. tu lah. bunuh membunuh … luka melukai.
    tahukah … memfitnah itu lagi dahsyat dari membunuh …
    baper ramai yg pernah membunuh dan terbunuh?

Comments are closed.