Edit : 09/01/2015 – 41 buah sekolah iaitu 4 buah di negeri Kelantan, 18 buah di negeri Pahang dan 19 buah di negeri Perak akan ditunda sesi permulaan persekolahan 2015 selama seminggu lagi.
Bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Kelantan, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 18 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Perak dan Pahang, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 19 Januari 2015 (Isnin).
Penundaan ini akan melibatkan sejumlah 5 hari persekolahan pada 11 hingga 15 Januari 2015 (Kelantan) dan pada 12 hingga 16 Januari 2015 (Perak dan Pahang). KPM juga ingin memaklumkan bahawa jumlah 5 hari tersebut adalah merupakan jumlahhari persekolahan yang perlu diganti oleh sekolah berkenaan.
Senarai sekolah yang dilanjutkan cuti seminggu lagi.
PERAK
- SK BANDAR
- SK BANDAR TUA
- SK PULAU TIGA KIRI
- SK TOK PELITA
- SK LAMBOR KANAN
- SK TANJUNG BIDARA
- SK PASIR PANJANG HULU
- SK PULAU JUAR
- SK SELAT PULAU
- SK CHANGKAT BANJAR
- SK PASIR KUBU
- SMK SULTAN MUZAFFAR SHAH 1
- SMK SUNGAI RANGGAM
- SK TELUK KEPAYANG
- SMK DATO MAHARAJALELA
- SABK EHYAK DINIAH
- SMK LAMBOR KIRI
- SK KAYAN
- SJK(T) KAYAN
KELANTAN
- SMK DABONG
- SK DABONG
- SK KEMUBU
- SK LELA JASA
PAHANG
- SMK PULAU TAWAR
- SK KAMPUNG PAGI
- SK GINTONG
- SMK PALOH HINAI
- SMK DATO MAHMUD MAT
- SK MAMBANG
- SK LANGGAR
- SK TEMAI
- SK KAMPUNG ACHEH
- SK PULAU RUSA
- SK PULAU MANIS
- SK GANCHONG
- SK KINCHIR
- SK TANJUNG MEDANG
- SK SRI MUALANA
- SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH PEKAN
- SMK LEPAR
- SK UBAI, PEKAN
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu.
Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
musim cuti sekolah ni bolehlah ambil perluang pegi melancong
Jom terjah post menarik dari mus ..Luxury Transparent Bubble Hotel Set SouthGate Bath
masa cuti ada yang duduk rumah, ada yang berjalan jalan.
Jom terjah post menarik dari ikhwan ..Cara Menempah DVD BBMA Basic Live Trade
alhamdulillah…byk urusan yang perlu dilakukan bagi mereka yang terlibat dengan banjir
Jom terjah post menarik dari norehan saad ..FAKTA TENTANG DIABETES YANG PERLU ANDA TAHU
Lega juga bila dilanjutkan ni. Tahun ni saya dah start ada anak yang sekolah tahun 1.
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Alpha Lipid Bee Venom
Dengar kata cuti sekolah nak sambung sampai sebulan pula.. Februari baru naik.. Tengok berita malam ni.. Hehe..
Jom terjah post menarik dari Nyz ..Promosi Shaklee | Januari 2015 – Vivix, Alfalfa & Chewable Vita-Lea For Children
Kita yang tak terlibat banjir ni pun lega sekolah lewat dibuka, dapatlah shopping baju anak lewat2 sedikit 🙂
Jom terjah post menarik dari Noor Azlin @ Bizznurse ..Ramalan 2015 : Antara Matlamat, Jangkaan dan Tawakkal
tak sabar nak sekolah ,haha
Jom terjah post menarik dari Aaizaatt azhar ..Azam Tahun Baru
Semoga dapat bagi ruang untuk mangsa2 banjir membuat semula persiapan sekolah..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Apa Itu Affiliate
mmg perlu dianjakkan sebab kawasan2 yg teruk mcm di pantai timur perlu masa untuk receovery..brg2 persiapan sekolah anak2 mesti sudah rosak..
Jom terjah post menarik dari Vimax Malaysia Original ..Vimax 3D Izon Hologram
biarlah….tempoh utk bertenang tu…
semoga Allah mudahkan urusan mereka yg terjejas tu…
Jom terjah post menarik dari chekguBH ..Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood
Harap penangguhan memberi ruang untuk mangsa-mangsa banjir menguruskan hal keluarga masing-masing. Semoga semua sumbangan yang dihulurkan mampu membantu mereka untuk kehidupan sekarang dan akan datang
Jom terjah post menarik dari Ani Haryani ..Seorang Ayah Pasti Risau Akan Anak Perempuannya Kan!
alhamdulillah baguslah, memang ramai terjejas akibat banjir
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..9 Langkah Kekal Cantik Bagi Ibu Hamil
Pasti setiap perkara ada hikmahnya.
Masa utk ubah tarikh cuti anak sulung nak masuk sekolah 🙂
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
nnati masuk sekolah,, murid2 kne bersihkan sekolah haha – kedaionlinemy.com
Jom terjah post menarik dari KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com ..Juara Pop Krew 2014 Kumpulan Novemboys
Ya perlukan masa untuk membuka sekolah kerana perlu mengenal pasti jumlah kos kerosakkan dan pembersihan.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Bila anak dara dapat kasut gedik merah jambu
Setuju tu. Terutama di pantai timur. Semoga diberi kekuatan utk para pendidik dan ibubapa juga.
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Firesale Amal Banjir 2014: 14 Ebook Hanya RM97!
Kiranya dah sahlah berita ni yer.. Terima kasih di atas perkongsian info…
Jom terjah post menarik dari Anuar ..Rezeki daripada Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana