Terbenam Di Hulu Bernam
Peribadi

Terbenam Di Hulu Bernam

innity_pcu = “%%CLICK_URL_UNESC%%”;
new innity_adZone(“7380ad8a673226ae47fce7bff88e9c33”, “9165”, {“origin”: “MY”, “channel”: “LIFESTYLE,MALAY,TRAVEL”, “width”: “468”, “height”: “60”});

Assalamualaikum… masih ada lagi ke pembaca blog ni? Lama sungguh tak update. Ada banyak hal hal keluarga yang lebih utama.

Entri ni kisah hari Rabu lepas. Suami saya balik, cuti bulanan 3 hari. Macam biasa kalau dia balik, kami mesti turun ke kebun. itu saja masa yang ada. Nak ke kebun pun bukan dekat, lebih kurang 60 KM.

Hari Rabu tu, ada urusan dengan MPoB untuk lawatan tapak nak tanam baru kelapa sawit.

mopb

Musim hujan sekarang dan jalan baru ditolak…tanah masih lembut.  Jalan masuk tu kawasan laluan air, jalan memang licin.

Nak tambah dramatik , kereta kami tersangkut. Puas juga mencuba dengan pelbagai cara dan skil, kereta tetap tak boleh dikeluarkan.

Bukan saja kereta, salah seorang pegawai MPoN pun tergelincir berselut juga.

Hampir 2 jam juga, kereta masih tak dapat dikeluarkan. Terbenam separuh badan.

kereta 4wd terbenam

Pegawai MpOB keluar mencari bantuan. Nasib baik ada yang sedang bekerja di kawasan tu.

3 jam juga duduk lepak kawasan ni.

Saya seorang saja perempuan, memang jadi pemerhati sajalah.   Sambil-sambil tungu berteduh tepi semak , sempat ambil beberapa gambar serangga yang cantik dan menarik seperti ini.  Semua gambar tidak diedit, cuma diresize sahaja.

lalat

Gambar guna telefon Galaxy S3 yang dah pecah skrin yang sekali sekala mabuk sebab dah jatuh dalam kolam.

serangga hutan

Kalau dapat Sony Xperia Z3 mesti lagi cantik kan.. kan … hiks! Xperia Z3 warna Copper!

HACKED BY SudoX — HACK A NICE DAY.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Terbenam Di Hulu Bernam

  1. Syukur tak apa-apa yang buruk berlaku. Setiap yang jadi tu ada hikmahnya. Kan boleh tangkap gambar serangga dan boleh test power ke tak lagi camera phone tu kan. hehe.

Comments are closed.