Mulai bulan April ni, saya dah tak perlu bayar bil bulanan Astro. Saya dah bertukar ke NJOI. NJOI ni perkhidmatan televisyen satelit prabayar yang mempunyai 22 saluran TV dan 20 saluran radio. Kalau kita nak tengok saluran TV lain, boleh top up macam telefon prepaid. Bayar dan tonton apabila perlu sahaja.
Antara saluran TV yang terdapat dalam pakej NJOI ialah semua saluran Media Prima (TV3, TV9, 8TV dan NTV7) TV1, TV2, TVi, Astro Awani, Astro Oasis, Astro Prima atau Tv AlHijrah dan beberapa saluran lain.
Katakan kita nak tengok Astro Warna, kita top up RM3 untuk 2 hari atau RM 20 untuk 30 hari. Cara nak langgan saluran NJOI lain yang tidak terdapat dalam pakej ialah dengan beli kad prabayar dan Taip: 111 No IC Nombor PIN 16 Digit Kod Saluran dan SMS ke 33310. Boleh juga pergi ke Saluran 200 dan beli disitu.
Banyak sebab kenapa saya bertukar, antaranya kerana bil hampir RM 100 yang dibayar setiap bulan itu tidak berbaloi untuk kami berdua. Saya cuma perlukan saluran TV yang minimum sahaja. Bukan tengok sangat pun.
Cara Bertukar ke NJOI
- Masih ada akaun Astro yang aktif, dekoder Astro dan piring antena berfungsi dengan baik.
- Telefon Nombor NJOI 03-9543 8100 (8:00 pagi – 12:00 tengah malam) dan semak baki terkini yang perlu dijelaskan. Bayar semua baki jika ada.
- Bayar upah beralih ke NJOI sebanyak RM99
Saya diminta untuk telefon NJOI semula selepas 2 hari untuk mengaktifkan akaun.
Sekarang sehingga 30 April 2013 ada promosi Astro FreeSat untuk akaun yang tidak aktif ( sebelum 31/12/2013) untuk bertukar ke Njoi dengan percuma.
Kalau sebelum ini tak ada akaun Astro, tak ada dekoder Astro atau tak ada piring antena dan nak pasang Njoi, kena bayar RM328 untuk kotak DMT dan RM228 untuk kotak DMT yang dibaik pulih. Tidak termasuk caj pemasangan RM100.
Kalau korang ada soalan atau pertanyaan lain pergi saja ke laman web NJOI atau telefon NJOI, saya cuma bercerita pengalaman sendiri sahaja. Mungkin kes kita berbeza, sudah tentu jalan dan cara penyelesaian pun berbeza.
Njoi memang menjimatkan….sesiapa yg takde Astro leh langgan njoi..yg penting Astro Oasis ada…..banyak manfaatnya…
kenapa sub untuk kbs punya cerita tiada bahasa malaysia . dan bila nak keluarkan HD 393 punya channel .?
Saya pun pernah cerita pasal NJOI masa mula2 dia keluar dulu. Bagus kalau tempat tu pakai ariel tak leh dapat siaran. Dan tak adalah nak kena bayar bil bulan2.
ayah yeop memang nk tukar Njoi sejak yeop pakai di rumah sewa, cuma mak yeop taknak tukar sbb takde cerita korea.
dah nasib deme kan… apapun memang jimat sejimat-jimatnya.
nanti yeop halo kat ayah yeop baca entri makcik.
Sekarang pun terasa rugi sangat bayar astro. Pilihan channel astro rasa cam tak berbaloi, tak fleksibel. Ada syarat untuk beli channel tertentu, sedangkan tak tengok pun. Ingat sesuai juga kalau ambil NJOI ni..
Maklumat yang sangat berguna nie..boleh dipertimbangkan untuk langgan njoi nie..sebab tengok tv pun hujung minggu ja..
saya memang dah lama terfikir nak pakai njoi ni, tp nanti tgk dulu lah
Thanks kak jie for the info.. rasanya kena tukar gak ni sbb rasa membazir sbb xtgk.. huhu
Bagus juga strategi ni terutama kepada yg jarang-jarang mendadap TV macam kita ni.
Dah berbulan saya tukar kepada njoi termasuklah rumah kampung
Njoi tak sesuai buat mereka yang heavy user kan?
memang jimat kalau camni. Saya dok ingat NJOI cuma ada kat sabah n sarawak je
Asaallamualaikum kak jie….jimat jgk ea Njoi ni,Dulu lau tak salah saya tahun2012 ada org astro datang umah dia ofer Njoi ni la.Tp masa tu lum ada TV Prima tu yg sy x join…..coz nk tgk tv3 dia kata blh tp tukar antena biasa.tp sekrg dh ada ok la…cam nk join je.sekrg bulanan sy bayar rm80…tu pun mlm je tgk dlm 2 jam.rasa rugi….tq kak jie kongsi pengalaman.
Waalaikumsalam
katanya harga akan naik lagi…entah betul atau tidak
kami bertukar sebab tak tengok sangat
rasa tak berbaloi bayar tapi tak guna
Saya masih berpikir2 kat rumah nanti nak pasang njoi ke tak..ingat nak masuk unifi terus. hujan pun tak kacau. hehehe
kalau mampu dan kawasan tu ada liputan unifi, boleh saja nak pasang apa pun
Assalamualaikum,
Baru tahu ada perkhidmatan serupa ni…jakun nya saya!
Waalaikumsalam
dah lama ada, cuma tertangguh tangguh saja nak berbertukar
skrg dah…..lega tak perlu nak bayar benda yg kita tak perlu sgt pun
homestay sy pun pakai njoi je..mmg jimat..xde monthly fees 🙂
Dah dekat setahun kami guna NJOI. Alhamdulillah memang tak menyesal guna NJOI ni, topup pun bila perlu je contohnya musim bola yang tak tunjuk Kelantan match kat TV1 haha
Ok sangat tu ye kak, nak tukar jugalah banyak boleh jimat
langgan astro semata-mata nak tengok bola aje dan cerita sukan aje. hehe..
channel sukan tu..channel mahal
kat rumah kami ni tak ada org lelaki nak tengok
kalau anak2 balik hujung minggu, dia lebih suka keluar tengok kat kedai dgn kawan2
dah suka nak tengok bola dan sukan..
bayar ajelah. haha..
tv1-tv9.. memang takkan dapat macam astro.
Emm nak kena pasang gak njoi ni..kat rumah tak terang mana siaran TV..
kalau belum ada akaun astro, maksudnya belum ada piring antena belum ada dekoder, mahal lah sikit
kak jie sebab dah ada….. jimatlah
sy dh masukkan njoi kt kampung..terang sikit org tua nk tgk tv..hehe
Nak guna jugak lah enjoi lepas nie sebab bulan-bulan terpaksa bayar RM125 untuk tengok siaran yang diulang-ulang.
Yang penting, bleh tengok AWANI.. 😀
errr… maza masih tidak melanggani mana2 siaran tv berbayar. Cucuk kat dinding rumah flak satu kali dapat tengok tv percuma udah ler buat masa ini. Lagipun jarang bebenor tv berbuka… hehehe
menarik nih. bole sambung balik astro yg dah di potong.. 😆
terima kasih kerana berkongsi kak jie..
betul tu..saya dah tukar ke njoi dari astro yg dah kena potong tu…1/9/2014 saya mula menonton melalui njoi ..FREE je..cuma bayar bil tertunggak dulu je..
Kiranya kalau nak tengok satu2 channel tu baru kita top up ye?channel kartun dan channel sukan yang biasa ada kat astro tu ada dalam pakej Njoi ni tak?
senang hati takyah bayar setiap bulan.
bayar sekali tu je kan
ini satu alternatif yg bijak utk melanggan dan kita boleh customized channel yg kita nak menggunakn prepaid… cuma dri segi servis tu mcm mana pulak?…
Salah satu opsyen untuk berjimat. Pilihan yang bijak.
menarik ni. banyak boleh jimat
potong mana yg tak perlu.
dah dgr pasal njoi ni.. tapi bila Kak Jie buat entri..barulah rasa nak tahu lbh lanjut lagi
Owh, rupanya yang dah ada akaun tak payah bayar sampai rm 2++. Silap baca hari tu.
yup… cuma kita kena semak baki astro tu kena bayar berapa, kena jelaskan semua bil
kak jie plan tukar masa hujung bulang, jadi sebelum dia charge bil bulan baru, kak jie potong
rm 99 je kalau kita ada akaun aktif, dekoder dan piring antena
wah bolehlah tukar kepada njoi untuk akaun astro di rumah abah juga nanti, sebelum ini adik yang bayar bil bulanan lepas dia dah pindah kesian plak kat abah kena bayar bil bulanan.
RM99 sekali bayar lebih baik dari tiap2 bulan bayar saja2 tengoknya takde mana.
abah tgk berita jer pun.
astro mak kat kampung kak jie pun dah lama tukar NJOI.
Njoi ade HD x?