Merujuk kepada entri saya yang lepas – Cuti Am Malaysia 2014 seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, negeri-negeri yang bercuti pada Thaipusam 2014 ialah
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekuturan Putrajaya
- Johor
- Negeri Sembilan
- Perak
- Pulau Pinang
- Selangor
Tetapi daripada sumber Laman Web Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Negeri Kedah akan bercuti pada hari Thaipusam ( 17 Januari 2014 ) sebagaiย Cuti Peristiwa.
Peringatan :
- Apabila Hari Kelepasan itu jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat/ Ahad) atau hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya, dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
- Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari REHAT SABTU, ianya tidak diganti pada hari berikutnya.
- Cuti Peristiwa – Jika Hari Thaipusam itu jatuh pada hari Cuti Am/Cuti Umum yang lain, maka cuti berkenaan tidak akan diganti.
Baru tahu, setiap negar bagian punya hari cutinya masing2 dan belum tentu sama tu
Selamat bercuti buat masyarakat Kedah di tanggal 17 januari nanti
Seronok la boleh cuti ๐ Rindu lak saya nak balik kampung di Jitra ๐
johor tak cuti kan..tapi johor pun dah cuti jumaat sabtu.. jadi tak cuti jugak lah kalau diorang ambik cuti thaipusam pun..
PM dah biasa kerja pada public holiday kecuali pada Hari Raya Aidilfitri jer…=)
Yeay K.L cuti hehehe..
pahang tak cuti, berkojolah kito sekueknyo..
baru tau kedah pon dapat cuti gak thaipusam nie..
Johor pon cuti gak.
Tp keje asyik terganggu je sbb byk benor cuti.haha
Nak kena update kalendar nih.