Beberapa bulan lepas, saya ada berkongsi cerita tentang tangan kiri yang kerap rasa kebas-kebas atau semut-semut. Saya dah buat medical check up dan doktor sahkan tiada masalah serius ( kencing manis, darah tinggi, lemah jantung )
Baca entri tersebut di sini – Kebas Tangan Atau Semut-semut
Seminggu selepas buat medical check up saya terjumpa jiran di majlis akikah seorang jiran lain. Saya berkongsilah masalah tersebut tambahan lagi kaki dan lutut saya juga sakit. Sejak bulan Ramadan, waktu bertadarus duduk lama lebih 4 jam lutut saya kerap sakit. Duduk tak boleh diam, kejap nak alih ke kiri , kejap nak ubah ke kanan.
Dia syorkan saya ambil supplement habbatus sauda atau Jintan Hitam dan dalam bahasa Inggeris di panggil Nigella Sativa, Ennel Flower atau Black Cumin.
Cerita pengalaman dia sendiri, selepas bersalin dia alami sakit kaki yang amat teruk. Bersolat pun atas kerusi. Dia ambil habbatus sauda 2 biji pagi dan 2 biji petang dan minum minyak zaiton. Alhamdulillah dia sekarang dah sembuh dan boleh mengajar seperti biasa.
Sejak hari itu , saya terus dapatkan habbatus sauda setiap hari.
Saya guna Baraka Habbatus Sauda. Harganya RM 10.00 dan setiap pek mengandungi 24 softgel capsul. Kalau beli di kedai Arab, sekotak Baraka Habbatus Sauda berharga RM11.00 tetapi saya beli dengan ustaz saya.
Alhamdulillah, dalam masa tersebut saya habiskan 5 kotak Baraka Habbatus Sauda dan kesihatan semakin baik. Kebas-kebas dah semkain jarang berlaku dan sakit lutut telah hilang sepenuhnya. Antara kebaikan habbatus sauda ialah meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit) , mengurangkan kdar.
Entri ini adalah pengalaman sendiri bukan promosi produk atau tajaan. Gunalah apa jenis jenama habbatus sauda pun, kesembuhan datangnya dari Allah S.W.T. Lagi satu, ambil secara konsisten dan teratur. Bukan ambil hari ni esok dah sembuh.
Ohh saya beli di kedai arab di ampang ni RM17 .. Belasah je lah . asal ada kan ..
Setuju kak jie. sy pun mula amalkan habbatus sauda tetapi jenama minsyam. alhamdulillah tak mudah pening kepala macam dulu lagi.
Salam Kak Jie.
Betul sangat kak Jie.
Saya mula mengamalkan habbatus sauda ketika sedang stress teramat hingga tak boleh tidur dan asyik angin penuh satu badan…sampai semput.
Ambil habbatus sauda 2 biji…selepas 3 hari…proses detox.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. yang penting pengambilan adalah konsisten dan istiqamah. setuju ngan ayat kak jie yang last tu, Bukan ambil hari ni esok dah sembuh.
🙂
Dengar kata untuk pesakit kencing manis pun bagus. Ada kawan syorkan, tapi belum cuba lagi. Kalau tak salah dalam Hadis Nabi pun ada disebut pasal Habatus Sauda ni.
Boleh cuba ni.. kena makan berterusan ye?
Alhamdulillah. Moga kak jie sefamili sihat2 ajer =)
Saya sendiri beramal dgn minyak habbatus sauda..dulu makan yg kak jie makan ni jugaklah…apapun, mmg kena konsisten..insyaAllah Allah berikan kesihatan yg baik utk kita beramal…ameen
thanks kak jie berkongsi pengalaman
Alhamdulillah dah semakin sihat yer. Terima kasih atas perkongsian info. Pasti bermanfaat untuk orang lain nanti nih 🙂
penah juga makan suatu masa…pastu sampai lani berenti dah…
mungkin akan diulangi semula kot…. ada resdung…
boleh bagi emak nih..
Obat herbal ini cukup terkenal juga di Indonesia karena khasiat dan keampuhannya ..
suami saya amalkan dan alhamdulillah lelah semakin kurang menyerang.
tak pernah makan lagi..rasanya pernah rasa jus ke, teh ke..memang sedap rasanya 😀
Ada ambil tetapi tidak konsisten. Petua sakit lutut mungkin boleh ikhtiar minum teh halia.
saya makan yang biji biji tu kak.. tapi tak berapa istiqamah.. asyik lupa je.. hehe..
memang terbaik dan berkesan… tapi saya guna jenama lain bukan seperti gambar di atas… walau apapun jenama amalkanlah… insya Allah
Memang bagus habbatus sauda ni
aminnnn….dah sembuh.
saya memang dah lama mengamalkan Habbatus Sauda niat ikut sunnah nabi