Dapat email dari Yahoo untuk upgrade akaun?
Rasanya ramai rakan pembaca saya yang mendapat email pengesahan dari Yahoo untuk menutup akaun Yahoo sekiranya kita tidak verify email yang dikirimkan. Benda ni sama saja dengan email dari pihak bank yang meminta untuk disahkan akaun melalui email.
Paling kerapa saya dapar email dari RHB Bank sedangkan saya tak ada pun akaun dengan RHB. Email menang hadiah dari Air Asia dan Firefly pun ada. Kalau semua tu belum, dah kaya raya tak perlu mengadap blog untuk dapatkan duit. ha ha ha…
Pleaselah jangan cepat sangat percaya dan klik link yang diberikan.
Idea scam ini mungkin datang dari pihak Google yang sedang menghantar email meminta pemilik akaun mengaktifkan Custom URL Google+. Email yang Google hantar untuk verify Custom URL Google+ tu memang betul, saya sendiri telah melakukannya. Baca di sini – Tukar Custom URL Google+
Letak cursor kat link tersebut ( Click Here To Upgrade ) dah lihat status bar kat bawah… itu link yang diragui.
Kalau baca email melalui telefon, penerima email yang dipaparkan tu kita dah boleh nampak email ini adalah palsu. Satu perangkap.
Perkara email palsu ini berlaku berkali kali , dari dulu kini dan …………….
Saya tahu ramai pengguna internet yang celik dengan perkara ini tetapi jangan lupa setiap hari kita MASIH melihat ada juga yang terkena jerat tersebut.
Jangan percayakan email palsu ini dari Yahoo. Hapuskan terus.
Selamat berhujung minggu!
terimakasih kak jie… atas informasinya, memang kita harus hati-hati dengan penipuan itu jangan sampai kita terjerat…
Tu belum cerita lagi email palsu maybank2u, cimb, paypal dan yang best tu kekadang dapat email warning akaun bank anda akan ditutup jika tak update data sedangkan kita tak ada pun akaun bank yg disebut … tapi masih ramai yg terkena pun
setiap emel rasmi sesuatu company tu mesti nama dia ada hubung kait dengan company mereka.
selalu berlaku kepada mana mana orang,setiap dari kita kena celik it,jangan sekadar online hanya bukak facebook dan cari gadis/lelaki untuk bercinta
buka youtube sekadar menonton cerita korea
tu sebab saya lebih rela guna gmail dari yahoo
gmail lebih selamat walaupun ada majoriti kata yahoo lebih selamat ,tapi dari pengamatan saya gmail lebih selamat…
banyak kali dah benda ni, kena sebarkan 🙂
Terima kasih kak jie.
Kadang2, ada masa kita hampir2 tertekan utk verify…perlu sentiasa peka dan ada rasa curiga
Memang tak boleh percaya email sembarangan ni…
email yg bakal memerangkap kita..hati2
Zaman sekarang ini kena berhati-hati penuh dengan tipu muslihat. Kalau menipu orang tu ligat jer ideanya.
Memang akalnya sentiasa bergerak cari idea utk pekena org lain..wanau’zubillah
beringat juga supaya tak terkena, kalau jumpa spam email memang terus delete….
macam macam email lagi yang scam.. bukan sahaja dari yahoo.. macam2 dah sekarang.. kan..
Terima kasih atas informasinya..
emel spam memang banyak kat situ. Sy sendiri tengok kat spam. Mujur tak klik.
Surat layang takde plak. Hehe
kalu yg dr bank rhb tuh berlambak2 wlpun kita bukan guna rhb… huhu..
Bahaya juga ni, tapi dah lama tak buka emel yahoo
Memang banyak dapat benda begitu sejak dulu lagi. Kalau tak berhati-hati memang nahas.
sebagai staf bank, saya sentiasa menasihatkan kawan-kawan, sanak sedara saya supaya jangan mempercayai email-email bank yang dihantar ke email kita. pihak bank akan sentiasa berurusan dengan kita sama ada melalui telefon (kadang-kadang kena berhati-hati juga) dan juga surat berdaftar
Jerat tak sekali-kali melupakan pelanduk..
Walau ramai yg dah celik it, peringatan2 macam ni sangat perlu.
biasa dapat email dari MAYBANK PENIPU…
lebih baik berhati-hati. hoho..
Kata kunci di sini, jangan mudah percaya dengan email yang diterima.Selidik terlebih dahulu sebelum verify
aku memang dah lama xguna email yahoo urusan penting
tak layan sangat dengan yahoo. Guna hotmail je. Jangan cepat percaya sangat dengan benda macam nie…
ya betul, ada yang mungkin celik, tapi kurang alert pasal isu scam, spam, hoaxes dan seumpamanya ni
Ehh nasib baik akak uo entry nih.. kalau tak makcik yg tak tau apa mcm dyh ni mesti dah kena..!
^_^
Makin sayang kak jie*ini bodek..sekian..
mujurlah sekarang ni dah ramai celik IT. dah kurang yang tertipu. tapi masih juga yang terkena. hati-hati.
sekali pandang dan tengok. mungkin ada yang gelabah.
selalu kena check sapa pengirim, baru baca isi kandungan
Saya selalu dpt dari rhb dan public bank. Biasa saya tak layan emel suruh kemaskini maklumat peribadi. Secara asasnya perubahan maklumat kita yg maklumkan perubahan bukan arahan dari bank atau seumpamanya.