Saya akan bercuti lagi…bukan bercuti ke Eropah atau Kemboja atau Vietnam. Hanya ke Kuching, Sarawak.
Kenapa memilih Kuching?
Sebab Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang belum saya jejak.
Orang cakap , bercuti ni gunakan perbelanjaan yang banyak. Sebenarnya kos untuk bercuti bergantung kepada gaya hidup, minat seseorang atau tujuan percutian tersebut.
Kami sekeluarga lebih berminat melawat tempat budaya dan pinggir bandar bukan tempat tumpuan di bandar dan membeli belah. Kebanyakkan kos digunakan untuk pengangkutan, penginapan dan makan minum.
Ada beberapa tips atau cara untuk kita cuba meminimumkan perbelanjaan. Ini adalah beberapa perkara yang saya lakukan apabila merancang percutian kami.
- Beli tiket sewaktu harga murah. Kemudian , selepas sebulan atau seminggu sebelum penerbangan, baru beli add on untuk bagasi.
- Cari tempat untuk menginap. Saya lebih berminat mendapatkan homestay daripada hotel. Tetapi untuk malam pertama di Kuching, kami akan tinggal di hotel di tengah pusat bandar. Tujuannya adalah untuk menjelajah dengan berjalan atau berkenderaan awam. Saya buat tempahan melalui Agoda.com
Ini tips terkini dan terbaru dari seorang blogger!
Saya hubungi 5-6 homestay di Kuching mohon penajaan penginapan dengan menawarkan pengiklanan kepada homestay mereka. Kesemuanya membalas email dengan tawaran diskaun dan ada yang bersetuju menawarkan tajaan penginapan penuh.
Bagaimana nak buat?
Email dan terangkan tujuan dan tawarkan satu entri promosi homestay mereka. Sertakan statistik blog dan terangkan pencapaian dan kedudukan ranking, pelawat blog dan berikan link entri untuk rujukan daripada blog. Saya berikan link Tempat Menarik Yang Dilawati sebagai rujukan saya mempunyai pengalaman bercuti dan menghasilkan entri di blog. Akhirnya saya memilih Santubong Homestay dan Kampung Benuk Homestay yang menawarkan penginapan untuk kami sekeluarga.
Homestay Kampung Benuk adalah antara beberapa rumah panjang Bidayah yang masih ada di Kuching. Bidayuh atau Dayak Tanah adalah salah satu kumpulan pribumi di Borneo. Santubong Homestay terletak di kaki gunung Santubong, lebih kurang 35km atau sejam dari pusat bandar . Di sini ada Taman Budaya Sarawak , Damai atau Pantai Santubong.
Rasa tak sabar nak merasai pengalaman dan berkongsi kisah percutian kami nanti.
- Selepas ada tiket dan tempat penginapan, perlu cari kereta sewa di Kucing. Blogger ada ramai kawan blogger atau kawan kepada kawan blogger, jadi minta jasa baik mereka untuk mencari kereta sewa. Saya mendapat kereta Waja Auto dengan harga RM80 sehari.
Lebih menarik, saya dan keluarga mendapat jemputan ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di DUN Lama ( Dewan Undangan Negeri Lama ) pada pagi 25 Ogos 2013. Tentu seronok dapat merasai suasana sambutan hari raya masyarakat di Sarawak. Peluang yang tak dapat dilepaskan untuk mengenali budaya masyarat tempatan.
- Kos makan minum – gaya hidup kami bukan makan di tempat mahal. Tetapi mesti nak mencuba menu tempatan seperti laksa sarawak , ikan terubuk masin dan kek lapis sarawak.
- Cenderamata – setakat fridge magnet bolehlah. Pergi sana, jelajah kawasan tempatan dan rasai pengalaman tersebut untuk kenangan, cukup. Tak perlu material untuk di kenang diabadikan. Saya bukan jenis kumpul barangan tak perlu. Rumah tak ada hiasan benda-benda macam tu.
- Seminggu sebelum terbang, check in online dan print boarding pass. Kalau check in dan print boarding pass di kaunter kena seorang RM10. Saya dah check in dan print boarding pass untuk perjalanan balik sekali.
- Dua tiga hari sebelum hari bercuti, semak sekali lagi dengan tempat penginapan dan buat pengesahan kedatangan.
- Buat carian tempat menarik di Kuching di internet dan catit maklumat penting seperti lokasi atau harga tiket masuk.
- Akhir sekali, packing….. yang ni malas nak buat, tak nak cerita panjang…huhuhu
#cari penjaga untuk kucing….ini tips baru sejak saya beli Julie Remie
Doakan perjalanan kami ( saya, suami, Angah dan Intan sahaja, Along tak ikut walaupun saya telah booking tiket penerbangan untuk dia ( tak nak ponteng kelas )
wah mcm best je..tringin nk jln2 jao n tgok tmpt2 org..tp xreti la nk rncg..lg2 tmpt tu jao mcm sbh srwk ni..fmly slalu mnta buat tp mmg sies gile xbrani..huwaaaaa
salam. nak kongsi pengalaman bercuti di perth baru baru ni. kami sekeluarga 10 org semuanya menginap di mahira holiday homes. owner org islam malaysia. memang berbaloi dan harga berpatutan sebab saya dah puas survey harga hotel dan semuanya mahal belaka. mereka juga ada car rental. boleh contact 012330098. anak owner ada di kl.
saya ambil fullboard pakej dari mereka. memang servis bagus. semuanya diuruskan. kita cuma naik kapal terbang dan jumpa org yang akan jemput kita di airport perth. pakej pun murah sahaja. puas saya survey., memang ni yg paling berbaloi.
rasanya diaorg ada buat lagi full board pakej untuk tahun 2014. cubalah tanya .
brp rate homestay tu ye? number phone yg utk sewa kereta tu yg ni ke? sbb call x dpt.. 🙂
Boleh kongsikan dgn saya tentang cara ke Sarawak bagi bukan warganegara?
terima kasih sebab kasi tip yg best.
insyaAllah, nanti kalau nak bercuti..bolehlah mintak tajaan macam ni
nis pegi ketika sarat mengandung 2 thn lepas… mmg letih berjalan :p
terbaiklah kak jie!
dapat jugak baca tips2 terbaik camni…best2
melihat dan merasai sendiri pasti dah cukup utk menjadi kenangan abadi dalam diri =)
fuh! selamat bercuti kak jie sekeluarga!
SA akan ke Sarawak November nanti menghadiri majlis konvo adik bongsu SA…x ramai pun yang dapat pergi….tp kami akan gunakan sepenuhnya masa di sana nanti…
Ikan terubuk masin Serawak memang terbaik.. ada saudara menetap di Kuching, entah lah bila hendak ke sana.. Barang di sana pun dengar cerita berpatutan.. Lebih murah dari kita ni di semenanjung..
Ikan Terubuk masin wajib beli dan dibawa balik. Tikar Sarawak pun antara buah tangan yang harus dibeli.
Semoga perjalanannya lancar sampai ke tujuan kak Jie…
Nice blog, perkongsian yg menarik..teruskan berkongsi dgn kami semua…
Bolehlah merancang untuk akhir tahun nanti.. 🙂
Untuk capai macam kak jie. Sekurang-kurangnya blog perlu ada nilai. Bila sudah ada nilai baru mudah 🙂
perghhh..untung betol jadi blogger hebat ni..heheh
Wah bestnya Kak Jie nak p Sarawak pula…Emm, bab nak tawarkan balasan review utk dapatkan homestay murah, rasanya saya belum layak lg. Jauh sgt lg, sebab blog x popular huhuhu…
Selamat bercuti 🙂
wah..ada jugak terpikir nak buat entry promosi tempat yg di lawati atau resort yg akan menginap tp belum ada keyakinan lagi..saya pun kali pertama pergi sarawak under malindo air tu pun kerana saya blogger boleh lah bercuti free…
Nice jugak cara tawarkan pengiklanan percuma in return of full sponsorship utk penajaan. Dulu pnh ke Kuching, untuk PLKN. Tapi takde masa sangat jalan-jalan di bandar, bila outing sempat lah.
Jangan lupa mee kolok, kek lapis sarawak dan terubuk ikan masin.
Bercakap pasal Bidayuh. Dulu masa PLKN ramai kawan Bidayuh dan Iban.
Bidayuh – muka macam Melayu
Iban – muka macam Cina
Memang handal kakak buat sales n marketing. Trade services macam ni memang bagus. Win/win situation. Trip yang tak budgetpun boleh buat ni!
Owh ini rupanya rahsianya macam mana nak dapat diskaun tempat penginapan. Saya baru terfikir. Patutlah ada ruangan khas pasal percutian. Rupanya inilah gunanya. Good idea.
masa buat tu belum terfikir pun tapi masa nak submit testimonial pasal travelling baru terfikir elok juga buat link macam tu
Selamat bercuti kakak! 🙂
Bestnya jalan2 Kak Jie, Tips beli tiket awal tu boleh la buat. Tak pernah lagi naik Flight takut gayat eiiii!!!
Selamat bercuti kak Jie..
seronok banyak tip dan kemudahan dari blogger popular mendapatkan banyak kemudahan dan keperluan di suatu tempat baru…….
nak tiket murah selalu2x lah tgk laman web, komfom ada tawaran murah..parent saya selalu check, dan kebetulan ada tawaran tiket murah ke yogjakarta. Bulan 12 nnti ke sana. Samalah kak ji, bukan beli barang sangat pun, beli fridge mangnet pastu baju sehelai buat kenangan, masa jalan2x banyak ambil gambar je. Tak tahu lah pulak boleh email untuk mintak penajaan daripada pihak mereka..dapat ilmu baru.haha. kena pandai buat ayat la pasni. Selamat berjalan2x kak ki. Have fun!
Seronoknya bercuti sebagai blogger popular..kena usaha lagi untuk jadi macam kak jie..btw, selamat bercuti ye kak jie.
kuching adalah tempat yang best..
ada share kat blog pasal trip to Kuching di bahagian “Kuching, Aku Datang”..
laksa sarawak mesti try
kek lapis boleh beli di dayang salhah takpun myra
selamat melancong kak jie dan famili
Selamat bercuti Kak Jie,snap gambar banyak terutama perkampungan tradisonal di sana.
seronoknya kak jie..kitorang selalau tak dapat tiket murah
pilihan yang ada cuti sekolah je..
syoknya ditaja, penangan kehebatan blog sampai 2 bagi penginapan..hehe
krim FM satuuuuuu
usaha itu tangga kejayaan. hoho..