Ini adalah kisah beras yang diinstagramkan tadi. Itu baru taeser, belum full story. Rujuk Instagram kujieins
Kenapa beli beras sebanyak ini? Beli dekat MYdin Kuala Terengganu pula tu.
Ada kisah dan pengajarannya, bukan sekadar beras.
Sewaktu cuti Nuzul Quran lepas, kami melawat suami di Hulu Terengganu. Malam pertama, kami ke Kuala Terengganu. Lepas berbuka puasa hasil memborong juadah di Bazaar Ramadan Batu 6 dan solat Maghrib di surau kecil sebuah kampung selepas bertanya pekerja di 7eleven, kami ke Mydin Hypermarket Kuala Terengganu.
Cadangnya nak beli persiapan raya, maklumlah ini saja kesempatan yang kami ada untuk bersama. Di dalam mall, Angah ke bilik air. Selepas 15-20 minit, dia belum kembali, cuba call dia tak berjaya. Bateri habis kot.
Anak dah dewasa, saya andaikan dia akan menunggu kami di tempat letak kereta. Ramalanku benar belaka, seperti kata Zarul Umbrella, Angah menunggu ditepi taman permainan kanak-kanak di depan kereta kami.
Memang jenis mak-mak… terus dilepaskan soalan bertubi-tubi bertanyakan kenapa dan mengapa.
Dia tunjukkan bungkusan beras. Lagi suspen jadinya. Buat apa nak beli beras sebanyak tu. Nak masak untuk dia seorang pun cukup sekali makan saja. *garu kepala*
Bila dibelek-belek, ada telefon bimbit di dalam bungkusan beras. Owh.. sebab tulah tak dapat dihubungi, tapi pasai pa?
“masa Angah pi tandas tadi, handphone terjatuh dalam air…. ” sambil menunjukkan bungkusan beras.
Tips apabila telefon jatuh ke dalam air
- Cepat-cepat buka, pisahkan bateri dan SIM Kad. JANGAN hidupkan telefon , kebarangkalian terkena litar pintas adalah tinggi.
- Goncangkan telefon untuk menghilangkan air melalui liang-liang yang terbuka. Kalau jatuh dalam air laut, cuci dengan air tawar dahulu
- Masukkan ke dalam beras. Balut beras dengan tisu atau kain. Tutup kejap. Biarkan 24-48 jam.
- Keluarkan dan pasang bateri dan SIM Kad seperti biasa. Hidupkan telefon.
- Jika tak berjaya, masukkan ke dalam beras sekali lagi, ulang beberapa kali. Kalau tak berjaya, beli telefon baru! hiks!
Sebab itulah ada beras sejemput. Salah satu tips yang dicuba dan berjaya sekiranya telefon masuk air adalah dengan merendam telefon tersebut di dalam beras. Tak semestinya beras itu berharga RM 1.11 , itu kebetulan saja. hihihi
Nasib baik dia cepat berfikir dan bertindak. Sekarang telefon Sony Xperia Neo L tu dah kembali sihat walafiat.
Nak keringkan telefon yang dimasuki air boleh juga guna hair dryer, vacuum cleaner atau Silica gel tetapi beras adalah benda paling mudah. Kalau guna silica gel, letakkan bersama telefon di dalam bekas kedap udara- contoh diikat di dalam beg plastik.
Nota : update : hair dryer tidak digalakkan atas faktor suhu panas yang dihasilkan berkemungkinan merosakkan komponen lain.
Sebelum ini, Samsung S2 dia terjatuh dan screen blank ( dark screen ). Bawa ke kedai, perlu kos RM 700 untuk dibaiki. Dia bawa balik rumah, buka sendiri dan ketatkan beberapa skru. BIla dihidupkan, telefon berfungsi seperti biasa. Nasib baik tak hangus RM 700 tu.
Moral of the story – Tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.
salam sis.
uwaaa tenkiu bg tips ni. Blekberi saya anak baling dlm mangkuk jamban baru kejap ni td..dah buka bateri semua, husband lap n vacuum ckit .. google2 sampai kt page ni. skrg henpon dok dlm beras.minta2 lah elok balikkkkk,….sobsob
Nak cuba kajilah macam mana beras berfungsi sebagai silica gel..hihi
Ada kawan blogger pun bagi tips mcm ni….
Blackberry saya masuk wash machine. Terbaiklah. Lepas buka semua, letak dalam beras. Hmm tapi nampaknya tak menjadi juga setelah di biarkan. Maka hp baru la nampaknya …
nana, masuk dalam mesin basuh tu 30 saat atau 30 minit? ada beza tu… kalau dah lama terendam, peluang untuk baik memang tipis
hikmah tersembunyi…dapat hp baru..kehkeh
Hehe lama gak dlm mesin basuh tu. Ada 10 minit lebih rasa saya. Perasan pun sebab suami tanya, mana hp. Cari punya cari, alamak suspek dalam mesin basuh. Adoi.. Waaa…mmg abih lencun hp tu..
bikin suspen ja..ehhehe..terbaik la admin…
tips terbaik yang saya pernah dengar, pernah jatuh handphone dalam toilet guna hairdryer jer…….huhu
ok balik ye?
guna hair dryer pun boleh..kalau ada
beras ni kebanyakkan rumah ada
pernah gak ada member bagitau. Tapi tak pernah cuba. Dulu..bila jatuh betul dalam air..memang terus buka komponen dalam satu-satu..dan keringkan..pastu guna tisu lap air je..
beras bagi haba….dia keringkan secara dalaman
tapi kalau tisu pun boleh, ok dah tu
takutnya masih ada wap air yg akan muncul selepas tu
bagus jugak tips ni…murah dan sempoi..
masalah , kalau teringat
kadang² kita ni panik, terus lupa semua tips dan petua
kak Jie.. kalau TV terendam dalam air.. leh letak dalam beras tak? hehehee
boh dalam peti sejuk 48 jam boleh kot…amboiiiii
adehhh… terkena balik.. kui kui kui…
yes… pernah dgr dah tips ni 😉
Jimat!! laptop saya tertumpah air kopi, leh guna tips ni tak? huhuhu…….
uik…. mcm masalah seriuh je air kopi
kalau dah lama tu, payah kot
Salam. Ini ilmu baru bagi saya tak pernah tahu taktik ni. Boleh amalkan selepas ini. TK berkongsi.
Tips paling penting sebenarnya… hati-hati jaga telefon, jangan bawa masuk dalam bilik air…hihi
tak terfikir pulak akan kaedah nih , akan dicuba selepas nih jika keadaan memerlukan…:)
kadang2 …bila jadi keadaan tu, kita ni mudah panik
habis lupa segala petua tok nenek
Biasanya letakkan buah sahaja dalam tong beras bagi cepat masak…
baru saya tahu kak pasal beras ni.
terima kasih berkongsi.
orang lama-lama warga emas macam kak jie memang biasa guna beras untuk tujuan mcm ni…
pernah gunakan tips nie, memang berkesan..
kan… cuma risau habuk halus juga…kalau ada benda lain mcm Silica gel tu elok juga
memang selalu pon kalau henpon masuk air, pi letak je dalam beras. petua zaman sekolah sebab jam selalu masuk air. aruah mak bubuh dalam bekas beras. lepas sejam.. air disejat.. boleh pakai jam.
tak yah beli drybox or cabinet tuk simpan lens and kamera.
beli bekas toyogo..isi beras dalamnya..simpan lens dalam tu.hehe…
beras ni ada habuk halus ni,
bahaya juga untuk part yang sensitif
Elok tak lama lepas tu, lens pon ade kulat seba habuk nasi masuk dalam lens. Hahhaha
kulat tu kita petik buat lauk makan dengan nasi dari beras yang dalam bekas tu.hahaha…
bijak bijak. meh lens dengan kamera hang. aku nak buat tukun ternak kulat. hahaha.
kalau buat lemak kulat sisir tu, jgn lupa bagi kak jie semangkuk noo…lama dah tak jumpa batang pokok getah nak kutip kulat ni 🙂
Soalan: Beras yang tak digunakan dah tu buat apa? 😀
masak nasi lah cek oiiiii… sapa kata beras tu tak digunakan?
boleh buat 3-4 ketul ketupat tau
Bijak2…kalau tak ratus2 gak kos tu.Kita ni asyik kena kelentong jer dengan pekedai hp.
bab dia dok usung plastik beras tu agak kelakar..hihi
rupanya ada hp dlm tu…dan nasib baik xperiment berjaya, boleh juga share kat sini
Ic…Ini rahsianya rupanya..Ingatkan dapat special offer beli beras…
memanglah pelik… beli beras sejemput tu, sekali tanak pun tak cukup
rupanya ada gunanya
ini petua lama. saya dah tau pasal petua ni sekitar 30 tahun yg lalu.
kalau jam yg dimasuki airpun boleh guna petua ni 🙂
sebab itulah internet di panggil perkongsian maklumat..berkongsi maklumat dari pengalaman.
anak saya yang beli beras 0.370kg tu baru berumur 18 tahun. 🙂
*ehem*19*ehem*
ni lah budak yang tak sabar nak jadi orang tu…. belum 19 dah nak tambah, kalau mama pula kalau boleh nak jadi kurang…hahahaha
tak terpikir pulak pasal benda ni. ingatkan ramai yg dah tau 🙂
apa-apapun terima kasih sebab berkongsi. teruskan usaha.
Tips padu ni Kak Jie..x penah tau pasal keupayaan beras ni boleh serap kelembapan hp yg dimasuki air..thanx byk sbb share
ooo…banyak gunanya beras ni, salah satunya kalau tangan pijar-pijar lepas alahan sambal ( tumbuk sambal ), rendam dalam beras juga.
tapi ada juga kerisauan rendam hp dalam beras, habuk² halus yang mungkin memasuki hp…tapi kalau ini saja pilihan yang kita ada, tawakal aje lah.. hihi
oooo… baru tau caranya. selalu tangan pijar kena cili, tak tau nak hilangkan camana. lepas ni bolehlah rendam dalam beras. hehe
yup.. kak jie buat gini, rendam tangan dlm beras
biasanya kalau tumbuk cili api
Betul-betul hi-tech tips ni. Terfikir-fikir jugak, apa tindakbalas beras dengan air dalam phone tu?
beras adalah bijirin kering yang akan menyerap kelembapan –
dulu-dulu kami nak peram buah ciku biar cepat masak pun boh dalam bekas beras… kekadang bila dah anak2 nak masak, buka² tengok dah tak ada buah..orang lain yang kebas dulu :p
Hahaha yg peram buah ciku tuh pernah buat 🙂
o… Nokia lm sy pernah jatuh juga dlm tandas tp wassalam… lesap la… terpaksa beli yg baru. Now C3, pernah juga termasuk dlm washing machine terus blank screen. Lebur RM450 kos baiki. sobar je la… lambat jumpa tips ni. Takpe, next time tau dah. Thanks Datin ats tips berguna ni 🙂
tu jatuh dalam posisi kritikal tu, CPR pun dah tak boleh diselamatkan lagi. :p
ini kalau terjatuh dan cepat2 kita capai…
hehe… terima kasih beritahu dh balas komen ke dlm e-mel sy. Menarik la ruang komen kak Kujie ni
ieta ni comel je…ramai juga blogger yang ada sistem macam ni.
belum pernah jumpa ye…
Lah…ahaha! Suspen je… tapi klau zana tak terpk pun nak beli beras kot. Paling2 keringkan kat dryer toilet. 🙂
kalau ada dryer dalam toilet…nasib baik kat pasaraya jual beras…
tak dapat nak bayangkan macam mana rupa cashier tu terima duit rm 1.11 Angah semata-mata beli beras. Entah apa yang dia fikir, kan?
Muka dia cam buat dek jr time tu
Haha…beras ni dah selamat dalam perut belum selepas dah berjasa?