Akhirnya Raya Juga!
Peribadi

Akhirnya Raya Juga!

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri.

raya pertama
Raya Pertama

Akhirnya selepas menempuh perjalanan raya hampir 1020 KM, saya kembali ke rumah. Hari raya pertama saya berada di Baling, Kedah, hari raya kedua di Sabak Bernam dan hari ketiga kembali ke rumah di Serendah.

Kami bergerak di waktu malam, lalulintas tiada masalah, lancar.

raya kedua
Raya Kedua

Main dengan pet salah seorang cucu embah

ular sawa
Ular sawa ini namnya Bobby

Pagi hari raya ketiga, ahli keluarga kami adakan perlawanan persahabatan futsal seawal jam 7 pagi.

main futsal
Perlawanan Futsal Keluarga Haji Daud

Membakat lemak rendang dan ketupat yang terkumpul sepanjang dua hari lepas.

main futsal
Lahir bulan 1-7 Team A, lahir bulan 8-12 Team B
main futsal
Keputusan akhir Team A – Team B ( 8-13 )

Jangan keliru, yang bersorak sakan tu sebenarnya team yang kalah akhirnya…hihihi

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Pukul 12.30 saya dah selamat kembali ke rumah. Ttutup pintu, memasak untuk tenghari sambil membasuh sebumbun pakaian dan berharap tak ada orang yang datang bertandang. ย Perlukan tidur dan rehat selepas mengharungi perjalanan beribu kilometer dan berjaga malam.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Akhirnya Raya Juga!

    1. suami dan angah adalah author blog ni. dia org bila-bila masa saja boleh login dan update. sebab tu aktiviti blogging bagi kak jie lebih santai kerana ini aktiviti keluarga. apalagi bila suami memang kerja out station, macam terapi untuk dia mengetahui halยฒ kak jie dan anak-anak dari jarak jauh.

    1. rancang last minute je tu… lagi pun anak cucu ramai lelaki,
      hari tu ada lebih 14 orang, sebang2 je boleh create team

      1. Iya Kak Jie…lama benar x blogging…ni nak start balik la ni hehehehe
        Semoga Kak Jie sekeluarga sihat walafiat ๐Ÿ™‚

        angrianiworld.blogspot.com

    1. Keluarga kami ramai – ini sebelah suami ada 11 adik beradik ( 6 lelaki ), bila dah cucu pun lelaki lagi ramai..dah remaja semua memang boleh create team.

      kebanyakkan tinggal di lembah klang, memang selalu berkumpul sepupu sepapat tu

    1. selalu ni… semua adik beradik , anak cucu duduk di lembah klang, bulan puasa pun sepupu sepupu tu boleh join berbuka bersama.

    1. zaman skrg ni… adik beradik senang nak berkomunikasi
      grup di wassap, grup di facebook….senang nak plan
      lagi pun kami semua tinggal di lembah klang, kerap berjumpa

    1. kebetulan padang dekat dgn rumah
      mak mak bz siapkan sarapan, lelaki macho pergi main game
      keluarkan peluh , bakar lemak ๐Ÿ˜›

    1. perjalanan kami jauh… lebih selesa malam
      sejuk dan lalu lintas tak sesak.
      lagi pun 4 daripada penumpang kereta ada lesen, semua orang boleh berganti-ganti

Comments are closed.