Skrin S3 yang menggunakan ‘kaca gorilla’ ini pecah atau retak atau apa saja yang sewaktu dengannya. Gambar diambil menggunakan Samsung Galaxy SL (GT-I9003) yang tak berfunsi, tak boleh baca SIM Kad. Beli di Algeria, kedai telefon cakap tak boleh repair.
Saya akan ke Samsung Service Centre untuk dapatkan Screen Replacement memandangkan telefon ini masih ada jaminan . Kalau dapatlah, kan… Telefon Samsung Service Centre 1-800-88-9999 pun boleh, tapi saya ada urusan lain-lain kat sana.
- Macam mana nak tahu telefon kita masih ada warranty atau tidak?
Hangar SMS , contoh saya gunakan talian Celcom
PC<space>IMEI number ke 33802
33802 – Celcom
62002 – Digi / Maxis
- Macam mana nak dapatkan IMEI NUMBER?
Setting – About Device – Status
Nota : Apa jenis pun, tahan rosak bukan bererti tak mungkin rosak.
Nota : Skrin pecah atau retak tak ada warranty
Servis tukar screen Samsung S3 RM85. PM
Bagi detail. Macam mana nak pm kalau x bagi info tentang diri.
sangat disayangkan skrin pecah atau retak tak ada warranty
berapa kos utk tukar skrin s3?pecah sebab jatuh…skang dok usha kos untuk tukar skrin tu
Oooo baru tahu..hehe..kena hati-hati lah lepas ni..kalau tak melayang duit pket tu..hehe
hari tu motherboard s3 rosak.. sekejap jer dorang tukar baru.. FOC krn masih ada warranty
pecah/retak cermin, retak sekali hati ni kan kjie…
sy pulak, lain kesss… no service manjang… tak pasti simkad bermasalah atau tepon sudah rosak… mmg baru terjatuh pun
dah masa tukar ke S4
nampaknya, dah smpai masa tukar skrin baru =)
kalau ada warranty tak per..kalau tak der menangis tuh….huhu
walaupun ada warranty kalau disebabkan kecuaian pengguna memang kena bayar juga la. nasib baik tab samsung saya ok. dah ler letak merata-rata. risau adik terpijak huhu
ala sayangnya…
aah memang kalau retak tak cover kan..
adakah S4 sebagai teman pengganti?
wahhh sygnya……
kak jie..
kalau screen retak disebabkan kecuaian pengguna, mmg warranty x cover.. saya tahu sebab samsung note 2 saya retak seribu dan pergi service center bertanya kalau nak tukar screen kena bayar rm600+ dan penukaran amik masa 3-5 hari.. harga tu untuk note 2 tu lah.. utk siri lain tak tahu pula..
Boleh tahan harga kos alat ganti belum lagi harga upah.
sayangnya, kena tanya diorang terus tuh utk dapatkan kepastian.
kak jie, Samsung Galaxy SL tuh bg saya godek2 sepam dua..kot2 nanti leh pakai kat sini ke…hehe
boleh pakai kt sini sebelum ni, tapi 3-4 bulan lepas, sim kad tak detect, skrg ni guna kalau ada wifi je
nanti bila kita jumpa, kak jie bagi tengok ye
hmm…sim kad tak detect or takleh detect telco..2 benda berbeza tuh..hehe
Tak pasti la kak kujie.. sebab pernah dulu pakai Samsung Galaxy ACE.. tapi bila screen pecah memang takde warranty.. susah nak jaga hp touchscreen ni.. memang sensetif..
Boleh pecah jugak rupanya Gorilla Glass.. Kata susah nak pecah sebab glass dia jenis liat..
mintak tukar S4 tu kak kujie 🙂
takziah yer kak…jangan mengamuk plak hehe.
macam mana boleh pecah? kak jie gigit ke apa
saya rasa kena beli .. skrin samsung mahal ! byk $$$ kena keluar . saya ada 2 bulan lagi jaminan …
haduh..kalau saya dah moral down ni..ehehe
samalah aku pun akan stress, skrg tgh stress sebab hp rosak susah nak caj…tunggu dana masuk utk repair…hehe
U-mobile punya no takdak?
Kak Kujie beli baru lah.
or ..
Hadiahkan pada orang memerlukan saja. hihihi …
tak silap saya skrin takde…
susah sikit kalau screen retak ni..
takleh nak buat helah..
kalau bahagian dalam problem, dan luar nice je, boleh la jugak auta sikit.. hehehe..
rasanya memang takkan dapat warranty. hoho..
Skrin retak tak ada ganti,tapi dorang ada stok dan kena beli.
kalau kecuaian sendiri tak dapat waranty..
skrin ada jaminan ek? hari tu kakak ipar saya punya crack sebab jatuh, mmg ganti kena bayar, baru pakai 2 bulan kot….huhu
tak tau, nak pi service tanya