Kisahnya bermula seperti ini.
Saya nak beli food compartment bulat yang selalu penjual isi tau fu fa. Dekat rak barangan tersebut ditulis ” Buy One Get One Free “. RM 5.90 untuk satu. Kalau 2 dah RM 11.80. Kalau tanpa promosi pun itulah harganya.
Mestilah belikan, sapa tak nak. Lagi pun memang saya perlukan barang tersebut bukan nak beli kerana ada promosi.
Untuk pastikan tawaran yang dipamerkan adalan benar sebenar benarnya dan tiada yang lain melainkan kebenaran, saya bertanya staff lelaki yang bertugas di tempat tersebut. Dia mengesahkan food compartment bulat tersebut memang ada tawaran seperti yang dinyatakan.
Sampai di kaunter bayaran , saya memang berniat untuk buat double check . Bila pekerja kaunter scan harga barang tersebut, saya tanya sama ada barang tersebut adalah percuma . Memang saya dah duga, macam tergerak hati . Food compartment tersebut di scan dua kali tanpa ada potongan.
Staff di kaunter panggil supervisor untuk menyelesaikan masalah ini. Sementara supervisor buat semakan di rak, dia tolak harga dua barang tersebut dan saya cuma bayar harga barangan lain.
Saya menanti di kaunter.
Kemudian supervisor datang dan beritahu staff di kaunter untuk scan satu sahaja!
Ini buktinya, saya dapat ‘ Buy One Get One Free’
Untuk puan puan dan tuan tuan, sila semak sewaktu pekerja di kaunter scan barang yang kita beli. Dia tak salah, tetapi sistem yang tidak diupdate. Buat promosi tetapi tidak dilakukan dengan betul. Keadaan ini menyebabkan satu bentuk penipuan berlaku.
Sila perhati papan harga di komputer setiap kali barangan discan dan semak resit selepas diterima.
Selalunya barang macam ni saya beli di kedai perkakasan dapur, lebih murah tetapi kalau dah malam, kedai pun dah tutup. Esok pagi dah nak guna, terpaksalah beli.
p/s – saya bawa ‘green bag kaler biru’ bukan saja hari Sabtu!
Nota : Nasiblah Tesco, saya blogger, mesti update !
promosi yang sudah tidak update bisa mengecoh kita, setiap beli di supermarket memang kudu kritis kalau bisa tanya harga promosi tersebut apakah masih berlaku..
sayapun juga harus berhati2 dalam membeli sesuatu terutama hal2 yang berbau promosi.
trims, postingannya bisa jadi referensi saya
Betul. Kena double check, terutama bila waktu ramai orang. Tapi kalau penuh troli, mmg susah nak double check.
buat promosi, tapi harga kira cam biasa..untung laa 😀
Kerap pulak dengar kes salah / terlebih charge nie… tapi saya lebih concern kalau makan kat restoran… kalau service lembap dan tak efisien memang saya berkeras tak akan bayar…. dan berhasil siap dapat FOC lagi sekali tue
hehe…lupa nak cakap…ayat kak jie paling last tu paling best! =)
Satu tabiat yg wajib kita buat macam yg kak jie cakap. Bila barang discan, tgk elok2, sama ke tak harganya dgn yg dipapar di rak…
Dapat resit, check lagi sekali..biar puas hati..
p.s. pernah jugak ‘tertipu’ diri sendiri masa beli barang kat Jusco, tak perasan diskaun hanya utk ahli j-card…hohohoho
MJ penah terkena kat TESCO gak..
Harga dipamer berlainan dengan yang dibayar..
Masa tu kalut lepas bayar terus masuk kereta.. sampai rumah baru tengok harga tak sama.. huhuu
hak p’guna mesti ditegakkan tak gitu kjie 😉
Selalu jugak kes tidak update harga macam ni kan kak jie. Dekat rak tulis lain, tapi masa scan lain pulak yang keluar.
pernah juga terkena macam ni..tapi lupa dah di tesco atau jusco..
Kena perhati dan teliti betul-betul lepas nie, kalau tidak, x pasal2 bayar lebih
bukan setakat kat pasaraya besar. dekat kedai buku pun sama kalau beli buku banyak2. Sebab pernah terjadi harga beratus. Bila suruh dia cek balik baru dapat harga betul. Kadang2 bukan lah saja staff tu buat camtu tapi sebab banyak pelanggan kan. Jadi deme kadang2 leh tersilap.. hehe
perkhh ini pesanan yg amat berguna..
lazimnya maza kalau berbelanja banyak di pusat beli belah, selalunya resit itu direndam ke dlm tong sampah aje..
lepas ini perlu berhati2.. setiap sen punyai makna dan nilai tersendiri… jhehhee
Betul tu.
Saya akan pastikan harga yg discan tu betul sekiranya ada diskaun.
Nasib baik..banyak kali juga pernah jadi kes camni..bukan setakat tesco,…Aeon, carrefour, dan macam2 shopping complex lagi.kadang2 terfikir juga, tidak disengajakan, or disengajakan?
pernah kena harga barang barcode tak sama dengan sistem di kaunter dan sistem TESCO kekadang tak agresif untuk update nie….so kita sebagai pengguna kena alert bila cashier scan barcode barangan……
RM 1 pun saya tuntut! 🙂
perkara yg berlaku dekat tesco rawang juga…suami cakap tak payahlah… memenglah kalau dikira setakat rm 1 apalah sangat….tapi kalau tambah lagi RM1 dah boleh bagi belanja anak sekolah tau 🙂
saya fikir itu adalah hak kita sebagai pengguna..lagi satu jika dikira kalau dalam sehari tu 10 pelanggan kena macam saya..10 org dah RM10…kalau 3 hari RM 30..kalaulah mereka(pelanggan) ni tak tuntut….kan kita juga yang rugi! 😉
kat sini green bag kena bawa hari2… kalau tak 20 sen
Saya memang akan check. Bukan sahaja tesco tapi giant dan juga mydin. Semua dh saya terkena. Lagi 1 sila check number card tesco. Pastikan sama dengan resit
kat Econsave Alam Jaya pun selalu macam ni. Kat price tag di rak harga lain, bila scan harga lain. Saya memang aware about harga ni. Pernah beli buaian, harga di rak RM98.00, bila scan di kaunter jadi RM110.00, beza RM12. Last2 dia bagi juga price RM98.00 sebab kalau kita report kepada KPDNKK, surely dorang kena warning letter.
Apa-apapun, kita kena aware. Paling mudah scan terlebih dahulu di tiang2 yang disediakan pemeriksa harga.
nasib baik check kan kak jie..kalau tak mesti rugi rm5.90..hehe
assalamualaikum kujie…betul tu kena cek kalau ada harga promosi mcm ni kalau x mmg kena tipu je…:)
adeyh pasaraya besar macam ni pun sistem fail..payah jugak nak perasan kadang2 bila belanja banyak2,sampai kaunter da lupa mna satu yang diskaun..
ada jugak kena ..memang kena selalu check..pastu selalu tanya betul tak promosi tu promosi ni..
rasanya tak ramai yang alert, lagi² yang sekali beli penuh troli
hampir terkena juga, tapi nasib isteri double cek resit..
Biasa kalau beli barang banyak memang mcmni.kekadang kita malas nak tengok diorang scan..ambik duit bayar je..biasa teman kakak pegi beli barang pun, bkn teliti sangat..main bayar je..pasni kena ikut cara Kak Kujie..
sy memang cerewet sikit bila nak beli barang kat memana tempat..mesti tengok betul2 kalo diorang scan harga barang kita amik tu..hehehe..
tu le kadang2 kita tak semak betul2 lepas bayar terutama beli barang banyak2
Pernah berlaku pada diri sendiri walaupun cuba memberi tahu dikaunter khidmat pelanggan. Saya tidak kisah kalau ia adalah kesilapan sistem yang tidak di kemas kini. Cuma agak sedih ketika menunggu kakitangan Supermarket XXXX buat semakan sempat tukar tak harga dengan harga sebenar dan menuduh saya yang silap. 🙁
memang akan selalu double check dan fokus pada barang yang buy one free one..
Selalu jugak kena,hehehehe..agak angin gak la,tapi bila ada jalan penyelesaian hati sejuk dah. 🙂
Nasib baiklah kalau tak memang dah kena tipu..
first time dengar kes pasal tesco.. selama ni banyak terbaca pasal giant je
sy pernah jadi cashier tesco, sebenarnya bukan salah cashier tu, tapi system dia. Sy penah hadapi ni, bila brang beli satu percuma satu kena scan 2-2 tp die akan automatik tolak penghujung total belian kita sebb nak kira product sold, tp bila sistem tak betul ginilah jadi cam kak kujie. Tesco “Customer is always right” sebb tu supervisor mrah/tegur cashier tu
apa2 pun double check selepas pembelian mmg di galakkan
OK. ini satu ingatan bersama. saya pun nak kena check lepas ni..
So..bekas tu nak isi apa? nak masak pa sok.hehe… 🙂
Saya kadang2 tengok jugak bila dia scan barang2 yg nak dibayar.. Tapi kadang2 tak tengok langsung.. Ikut mood.. Tapi lepas bayar memang akan check resit pembelian dan kira balik.. Setakat ni tak pernah berlaku penipuan lagi..
nasib la tesco…
kes berlaku pada blogger..
–>blogger ikan jerung pulak tu…
hehe……..
tapi kalau berlaku kat blogger ikan bilis macam dayah nih rasanya masuk ke blog jugak ye dak…hekhek..
betul, kena lebih berhati-hati.
biasa sangat ni.. masa kijer super market. kalau sistem tu tak override… pengguna ade hak untuk komplen. dan harga yang kita patut dapat as per advertise. kalau tarikh promosi dia dah abis.. tapi masih tak cabut advertise.. pengguna patut dapat harga promosi gak. sebab kebanyakkan retail, pay as you’ve seen its cheap.
ni mesti IT tesco tak update sistem ni.. haaayoookkkk… kene warning letter. tak tauu…
saya pernah berlaku di Giant. Dia scan barang sama 2 kali. Lepas saya sampai rumah baru perasan dalam resit. Memang tak boleh buat apa la. Lain kali kena perhatikan betul-betul apa yang discan. Kalau silap, habis la kena bayar apa yang kita tak beli
Nasib baiklah pekerja Tesco tu tak tahu Kak Jie blogger femes mcm artis.
haaaaa.. nasib akak perasan,., kalau jenis bayar aje.. habuuukk laaa kat Tesco tu..
sebagai consumer, kita mesti tahu hak kita.
Hahaha. Malang sungguh tesco. Dah lah blogger popular! 😀
sepatutnya kak jie masuk semula, tangkap gambar banner promosi kat rak tu… dah dalam kereta baru teringat, malas dah nak patah balik, dah malam