Dalam perjalanan hantar Intan ke sekolah, dipersimpangan Telaga Tujuh {klik} nampak pemandangan kekuningan yang tak selalu dilihat. Lepas hantar Intan, balik ke rumah dan ambil kamera,
Angah tak berapa pandai ambil gambar tetapi ingin berkongsi moment hari Sabtu yang cantik ini .
Selalu pakcik-pakcik warga emas duduk-duduk di sini.
Laluan redup ini sering menjadi lokasi outdoor photography kepada pasangan pengantin.
Pakcik ni dah sampai untuk ke port lepak dia.
Taburan bunga berwana kuning berguguran jatuh lembut ditiup angin.
Nota : saya tak tahu nama pokok ini, sesiapa yang tahu, boleh berkonsi.
Di Jakarta jarang ada pepohonan hijau seperti ini … 🙁
kat mana ni kak ?
2 km dari rumah, kawasan Telaga 7, Serendah.. pernah dtg Air Terjun Serendah?
dekat simpang ke Kg Orang Asli tu
tak pernah sampai lg kak jie. haha. haritu nampak intan masa 1 mei. saya juga cashier nya. esok nya saya last bekerja. lepas ni kalau pergi tak nampak dah la saya kat sana.
Sudah lama saya tidak menikmati hujau pohon dan bunga2 bertaburan seperti diatas
sangat menarik 🙂
Seingat saya kak jie… pokok ni saya hanya jumpa di sekolah rendah dulu…
tengok gambar-gambar ni mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak… kami lepak ramai-ramai makan kropok lekor bawah pokok ni..
Thank angah kongsikan gambar nostalgia ni..
Pokok yg menjadi idaman mak kat kampung..sbb bunganya yg mmg cantik bila musim berbunga dan luruh…
suasana kampung yang damai dan menarik untuk lepaking…
cantik scene ni..masa sekolah dulu..ada jugak pokok ni..kalau musim bunga mmg banyak yang luruh.
Kenapa kat kampung saya tak ada suasana mcm ni..hehe..kalau boleh lepak kat sini memang tertidur lah dibelainya..hehe
pun tak tahu nama pokok ni.. tapi scene yg sgt cantik.. nice
eh..macam selipar sy yang hilang kat masjid masa solat jumaat aritu la..jauhnya dia pegi sampai ke sana..
mmg sangat sesuai nak buat tempat shoot outdoor
suka tengok… cantik..kat kawasan rumah ada satu pokok camtu..tapi dah kena tebang..
hari minggu lepas baru balik dari kampung..perjalanan dari kuantan nampak di tepi2 jalan pokok yang berbunga lebat berwarna pink…ala2 sakura.. cakap kat suami… kalaulah ada yang sudi tanam pokok2 tu..buat macam kat korea tu..mesti cantik.. 🙂
indahnya suasana..
nampak nyaman dan mengasyikkan kak..
kekadang kita tak perasan kecantikan alam di sekeliling kita
yang kuning yang cerah dan ceria 😀
Cantik…bolehla bergambar di sini suatu hari nanti.
Huh…lawa..lawa..
wah….cantiknya… 🙂
autumn in malaya 😀
kalo edit2x skit mesti lawa nie…
pemandangan yg indah disertai taburan kuning 🙂
mesti pelik nama pokok tu..
pokok angsana nama dia..
Permandangan indahkan. boleh tenangkan diri hari minggu..
Kalau rendahkan sikit camera sejengkal dengan tanah,lagi menarik gambar ni 🙂
Kalau tak salah Acacia namanya..
lawanya. dah macam dekat oversea je kak ^_^
bunga kuning ni macam bunga kertas je ..
Memang seronok. Boleh main lambung-lambung bunga kuning ini. 🙂
Cantik… Dekat kawasan rumah saya pun ada 1 port pokok ni.. Bila tiba dia gugur, memang cantik.. 🙂
nampak macam.. Pterocarpus indicus. cewah. angsana.
yup betul tu 🙂