Selepas balik bercuti sakan seminggu, saya tak berapa sihat. Baru semalam pergi ke kelas semula dan ditegur oleh seorang kawan ( pelajar baru)
Kawan : ” hari tu.. suami ke?
Saya : ” A’aha…
Kawan : ” Romantiknya….” diiringi gelak kawan-kawan yang lain.
Bab romantik tu saya taklah terkejut sangat, kami biasa-biasa saja. Hubungan romantik atau perlakuan suami isteri yang kita anggap biasa sebagai satu perjalanan rutin atau cara hidup mungkin tidak bagi orang lain.
Mungkin seperti lirik lagu 150 Juta oleh Fynn Jamal
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kataBaju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Saya agak terkejut bila dia tanya ‘ suami ke? ‘ seolah-olah saya ni ‘berani nak mampos’ untuk keluar bersarapan berdua-duaan di gerai roti canai di taman perumahan kami sendiri dengan lelaki lain.
Bahaya betul soalan macam ni, maklumlah saya ni sedang jalani PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh ).
Suami saya anak mak. Sangat rapat dengan mak dan sangat take care dengan mak mertua saya. Lelaki yang rapat dan menunjukkan tanggungjawap dan ambil berat terhadap ibunya biasanya seorang yang memanjakan dan menjaga isteri dan anak perempuannya.
Nota : Saya tak pernah menulis tips rumahtangga secara formal, tetapi saya sering selitkan dalam entri secara tanpa sedar kerana saya yakin pembaca blog ini adalah orang dewasa yang ‘faham’ dan boleh menilai bukan hanya sekadar tulisan.
romantis sekali ni… jadi buat iri kita semua 🙂
Bila baca benda-benda sweet ni, demand saya terhadap bakal imam saya makin tinggi. Hihi.
Kena tinggikan nilai dalam diri sendiri dulu la ni gamaknya 🙂
suami sy pun anak mak!
dan yess… dia memang tahu manjakan sy walaupun taklah manja sgttt… at least sgt memahami jiwa seorg isteri/wanita…. 😉
so sweett… potong kuku kaki….. 😉
Seronok, walaupun dah 21 tahun berkahwin tapi masih romantik.. Mudah-mudahan Aya pun boleh jadi macam tu. Amin
tips secara selitan dan membuatkan pembaca berfikir lebih baik dari tips yang diletakkan secara formal..ala, benda formal kan kat mana-mana pun boleh jumpa..hhehe..
Tip-tip yang diselit secara santai kadang-kadang lebih terkesan kepada pembaca
Kalau boleh kak jie banyakkan lagi tip-tip rumah tangga utk manfaat semua. Lagipun cabaran rumah tangga dalam dunia serba canggih ini lebih hebat.
tersentuh hati saya membaca artikel ini. Thanks kak. Perasaan gembira, bersyukur, hiba semua bercampur menjadi satu.
Share lagi tips romantik2 dalam rumahtangga. Nak belajar. Hee..
mmg manja ni, baik mak baik anak ni.. hehe.. terbaik..
bercinta masa kahwin ..sweet 🙂
Kehidupan terkini kekadang mencabar institusi kekeluargaan terutama kepada yg ikut nafsu material kerana itu agama sahaja jalan terbaik utk menyatukan walaupun jauh di mana. yg dekat pun belum tentu bahagia.
pasangan bahagia..kakjie sambung belajar lagi ke?
cuba klik kat Biodata atas tu
pasangan romantis ni…
haha..dari twitter bersambung ke sini dengan isi yang lebih padat 😉
waaahhhh.. sgt romatik la kak.. so sweet! pasni saya nak potong kuku kaki sayang saya jugak la.. hahaha
lagu ni memang sesuaila kak jie…comel
assalamualaikum akak..tersentuh hati sy baca post ni..rasa sebak..mungkin kerana sy pernah melalui nya dan skang ni dah x da lg mcm ni..semoga akak sekeluarga kekal bsama hingga ke syurga..
beri inspirasi kepada saya. =’)
Semoga satu hari nanti saya lebih romatik dari ini. amin.
Mungkin jarang- jarang en.hubby dirumah mungkin orang sangka ada jejaka hensem.:-)
“Suami saya anak mak. Sangat rapat dengan mak dan sangat take care dengan mak mertua saya. Lelaki yang rapat dan menunjukkan tanggungjawap dan ambil berat terhadap ibunya biasanya seorang yang memanjakan dan menjaga isteri dan anak perempuannya.”
huhuhu…. kesian kat anak lelaki, macam maza ni kan… nak merajuk lah.. uhuk!
hehehe
Isteri selalu manjakan saya,potong kuku dan sebagainya.Mak ai…best nyer dimanjakan suami. 🙂 Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,cicit.
hehe..agaknye suaminya tak seromantis itu kot? =)
dapat sesuatu dari entri kak jie ni…hehe..thanks kak jie
Romatisme dalam keluarga perlu dipertahankan.
Karena hal itu akan menjadi bumbu penyedap dalam mengarungi bahtera kehidupan
SY PUN SUKA LAGU TUH.. HANYA SAYANG SAYA YG KENAL SAYANG DIA.. KIKI
Yang last tu menarik perhatian saya 😛 “Lelaki yang rapat dan menunjukkan tanggungjawap dan ambil berat terhadap ibunya biasanya seorang yang memanjakan dan menjaga isteri dan anak perempuannya.” – terbukti! HAHA
ok. Ambe pun nak cakap, ianya terbukti ada benarnya =)