Awal tahun 2013 saya Unsubscribe Package Astro , Channel Sport. Kat rumah, hanya tinggal kami berdua dengan Intan, masa menonton TV berkurangan. Kalau Along balik hujung minggu pun, dia tetap nak keluar tengok bola kat kedai mamak. Baik dipotong dari bayar tapi tak tengok.
Sekarang saya hanya hanya ada Family Package , Package Learning yang ada National Geographic, History , Discovery, Animal Planet dan satu lagi package KIDs yang ada Astro Ceria, Nickelodean, Disney XD , Cartoon Network.
Kalau ikutkan , saya cuma nak Family Package dan Learning tetapi mini package tak boleh ambil 1, kena ambil 2 mini package. Pakcage Kids saja yang sesauai.
Cara unsubscribe package Astro
Telefon Astro – 1300 82 3838 (8:00 am – 12midnight) cakap saja package mana yang tak nak. Sediakan nombor akaun astro. Kalau nama orang lain ( contoh tuan rumah, suami atau makayah) dapatkan nombor kad pengenalan waktu pendaftaran akaun tersebut.
Nak upgrade package boleh buat online tapi nak unsubcribe kena telefon. Proses ini akan dikenakan charge RM10. Tak sampai 30 minit, channel yang kita unsubscribe tersebut akan hilang dari kaca TV. Sekejap aje pun kena bayar RM10!
Alang-alang dah on website Astro, saya register Astro On The Go. Asyik tertangguh saja nak buat ni.
Cara Daftar Astro On The Go
- Pergi ke laman web Astro – http://www.astro.com.my/onthego/
- Register Astro ID . Kalau dah ada, terus login.
- Step 1 -Isi saja borang yang disediakan. Pastikan kad pengenalan sama dengan akaun astro. Masukkan nombor smart card dan security code.
- Step 2 – create username dan password
- Step 3 – Aktifkan email validation dari link yang diterima.
Bila dah login, download application di telefon , tablet atau kat komputer. Saya install dari Play Store.
Dapatlah tengok Kdrama kat CH 393. Boleh besarkan skrin.
Nota :
- Buat masa sekarang Astro On The Go masih tidak boleh digunakan pada Android 4.2. dan 4.2.1
- Astro On The Go masih percuma, tak pasti sampai bila.
Kepuasan Astro On The Go ini bergantung kepada capaian kelajuan internet. Kalau tak perlu sangat, tidaklah saya nak mengadap skrin kecik Galaxy S3 ni.
p/s – sebelum awak komen saya nak bagi tau, kawasan saya tak ada Unifi. Sekian
I’ve find out many good stuff right here. Undoubtedly price bookmarking regarding returning to. My partner and i delight the way a whole lot test you put for making such a superb helpful site.
tutorial yang sangat bermanfaat sekali bu..
nice share 🙂
Terimakasih atas entri ini…sayapun mengambil langkah yang sama, cancelkan sport channel dan ambil package learning..cuma, still tak puas hati kenapa perlu ada switching fees rm10
Saya dah dua kali switching sekali downgrade then sekali sama nilai. Bila diaorg nak caj saya minta waiver
Oh gitew.. jawabnya kalau nak register dan main Astro on the go, kenalah ada banyak Gigabyte-nya.. hehehe
on the go akan jadi free kalau ada langgan pakej super… yg rm125 starting…
kelebihannya kita boleh tgk astro kat mana2 saje yg ada line internet
masih guna astro biasa.. takde on the go, get set go..
baru ingat nak tanya, bape kena bayar… tapi free pun, internet de quota.. dia macam streaming ke kak jie? lau habis quota internet, tak leh pakai la ek?
antara perkhidmatan pelanggan (melalui panggilan telefon) yang terbaik..tak perlu tunggu lama, masalah cepat selesai dan kalau tak selesai tak perlu susah payah nak call semula sebab pihak astro akan call kita dalam hari yang sama jugak..
bukan sebab nak cari duit semata ye… hehee.. setakat ni belum de masalah dgn astro.. so, tak pernah telefon pun.. hahaa
Baru tahu apa guna Astro on the go – baru subscribe hari nie… 🙂 Tq 4 this enteri 🙂
Rumah sewa sy nie x ada astro…
PM nak unsubscribe tak boleh…masih dalam kontrak….
wahh..layan cerita korea ye..
Dan kalau silap Astro on the go nie…. tak lama kena bayar jugakk… skang nie diorang kasi FREE lagi….
betul betul… register nak test
tak tengok sangat pun.. pc ni dok depan tv
saja nak rasa urban mcm muda mudi lain..hakhak
remote astro rosak lah kak. Macam mana ye. tukar bateri pun tak boleh. ='(
beli baru.. tak sampai rm 20,
baru² kak jie balik kampung, bawa recoder, smart card tapi terlupa bawa remote ( astro rumah mak yg biasa, remote lama, recorder kak jie guna Beyond, remote putih ) terpaksa beli remote lagi… tapi remote putih ( Beyond ) tu lebih mahal dari remote hitam.. kena pastikan kita guna yang mana
kena beli dekat astro punya kedai atau barang elektronik ada jual gak. Takut tak ngam je nanti.
kalau pelanggan beyond, boleh tukar percuma je remote tu..just pegi kat astro centre bwk remote tu mintak tukar..
kalau nak cepat, baru la beli kat kedai..
kat pasar malampun kadang2 ada…hehe
Pakai Njoy la kak..free je channel dia..hehehe
recorder , kena buka akaun baru….
sbb dah ada… lagi pun ada beberapa ch yg nak tengok. Njoy tak de media prima, kan.. ke dah ada. tak pernah check lepas baca dulu
astro prima ke maksud kak jie?? latest saya tengok ada.. media prima saya tak tau pulak.. lepas samsung beli harga pakej dia akan naik.. ada 19 siaran yang dia tawarkan sekarang.. NJOI bukan Njoy..salah tulis pulak..hehe
media prima – tv3 , ntv7 , tv9
oh yang tu semua dah ada kak jie..
waaa… makin canggih nampak kak jie… 😉
Tak ada perancangan hendak melanggan Astro On The GO kerana dirumah juga tidak perkhidmatan UniFi. Saya mengunakan wireless broadband terpaksa berjimat bandwith hendak menonton video pun berkira. 🙂
Dulu semua pakej saya subcribe,la ni dah tinggal pakej 39.90 jer hehehehe…sebab anak hanya suka tgk astro ceria jek,disney2 ni dorang tak minat.Bagus sgt lah tu,jimat duit bapaknya.
woahhh macam best, tapi takleh untuk 4.2.1
Dah lama guna Astro On The Go, tapi masih tak faham macam mana nak tengok channel lain, apa yang kena bayar kalau nak beli yang on demand tu. Bola pula kadang-kadang ada channel, kadang-kadang tak de On The Go.
Samalah kak jie.. kat rumah, banyak channel sport tapi xda orang tengok..hehe.. so unsubscribe gak…
Baru aku faham astro on the go ni.. tapi boleh tak multiple login? contohnya, adik, kakak, abang, mak, ayah.. semua nak tengok di handphone masing-masing?
kak jie baru nak mengetes.. baru nak suruh anak kak jie login.
nanti kak jie bagi tau ye