Isu Semasa

kebebasan

” mama , boleh main basikal kat luar?”

” tak boleh”

Saya teruskan kerja² di dapur. Menang saya sangat sibuk bersenteng lengan di dapur.

5 minit kemudian..

” mama, Intan nak main basikal kat luar…”
” tak boleh……… mama ada keje ni “

Intan berlalu. Sekilas sempat saya tangkap raup wajahnya yang mencuka dan kecewa. Aduhai anakku , hati mama sangat sedih . Kasihan dia kerana keghairahan mencuba basikal yang saya baru repair minggu lepas terbantut.

Kawasan rumah saya memang selamat, sunyi dan tiada orang lalu lalang tetapi itulah yang saya takuti. Saya terpaksa mengecewakan hati anak manis itu demi keselamatannya.

Inikah dilema ibubaba seperti saya. Banyak ruang untuk mereka bebas dan berdikari tertutup . Anak² sedang mengalami zaman ‘ekspress’ yang gagal diimbangi dengan keperluan fizikal mereka.

jie ~ sekitar jam 6.40 pagi tadi saya melihat tahi bintang jatuh dari langit. Itulah kali pertama saya melihatnya seumur hidup. Rasa beruntung dan bersyukur kerana saya diberi kesempatan menikmati salah satu peristiwa indah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “kebebasan

  1. Salam Jie…
    Tak apa. Intan akan faham suatu hari nanti. Sabar ajelah. Bukan kita tak caya kat dia tapi tak caya kat orang di luar sana. Ada manusia yang baik tapi ada yang jahat. Kawasan yang sunyi sepi selalunya lebih memudahkan kerja orang-orang yang berhati binatang ni. Jangan cari fasal… na’uzubillah. Semoga anak-anak kita dilindungi dari segala keburukan dunia ni.

  2. zana

    mmg lah dah buat keputusan mcm tu, kendian rasa sedih pula nengok muka dia mencuka….time bergumbira tu

    muin

    itu saja anak perempuan kakjie muin…he he he

  3. takpa la kak… biar beringat sekarang dr nyesal kendian hari.

    kak… lapa la.. masak pe hari nie? 😀

  4. ye lah jie kan..sian betui..dulu2 bebas nk g main2..la ni dok terkurung dalam gate..kdg2, kna kurung dalam umah je, kuar kat gate pon x bagi..tensen anak2, tp nak wat camner…sume2 dh canggeh la ni…over canggih kot!

  5. muin

    Pada zaman Kak Jie membesar, kami menghabiskan 5 kali lebih byk masa di luar rumah drp budak²skrg. Masa tu tak de ‘gangguan’ lain. Televisyen belum ada, apa lagi internet atau permainan komputer.

    kami membesar sebagai sebahagian daripada proses bermasyarakat.

    Hari ini, peranan anggota masyarakat menjadi kacau bilau oleh pelbagai elemen dan pengaruh luar. Globalisasi, dunia tanpa sempadan, pengaruh teknologi maklumat dan kecanggihan peralatan moden mengubah cara manusia berinteraksi dan bermasyarakat. Manusia menjadi individualistik.

    Di tambah lagi dengan semakin ramai orang yang mengalami masalah jiwa, akibat dari gagal menyerap segala perubahan mendadak dan kualiti hidup mereka….meraka yang inilah menjadi musuh dalam senyap.

  6. zouls

    Anak² skrg main bola guna jari je…kat ps2!

    Kita dulu g mancing pun buat sendiri, umpan cangkul sendiri, jatuh basikal tu dah berpuluh2 kali….petang2 main baling selipar, main getah..bila musim guli main guli..bila musim buah getah..main lawan buah getah…masuk hutan cari buah sentul, buah rotan..hahahah…bestnya masa tu. Masa tu kawan2 dgn geng budak2 lelaki tak rasa apa2…tak macam budak2 skrg ni…umur 12 tahun pun dah boleh ada perasaan suka , cinta dsbnya..he he he

    Anak² saya sekarang cari kawan melalui Myspace..he he he..tak kenal hati budi, nak percaya pun susah!

    lily

    Kak jie ckp mcm tu, tapi kak jie susah hati juga sebab ajar dia berprasangka buruk dengan orang..issshhh….ustazah cakap tak baik berprasangka buruk …:p

  7. reez

    Dari satu segi mereka akan kehilangan saat²indah penuh keriangan…zaman yg memberi mereka memori indah yg tak luput…kegiatan di luar rumah salah satunya untuk memberi kekuatan berdikari dan belajar bersosial…

    combi

    aku wish nak dapatkan kereta ‘wish’

    ha ha ha…

  8. ziana

    Itulah..selalu memang temankan dia , tapi dah lama basikal tu rosak..kakjie baru je baiki….ghairah betul dia nak main…tak sanggup nak biarkan dia kat luar sorang²

    atiesya

    biar derang menangis skrg dari kita yang menangis kendian hari kan? Bukan tak sayang..tetapi itulah…anak²dah hilang kebebasan dia org utk menikmati zaman indah kanak²..kesian kan…

    tak macam zaman kita dulu…

  9. mama risau kot2 akan terjadi apa2 pada intan .. sekarang nih macam2 boleh terjadi …

    betol tindakan akak tuh .. keselamatan anak2 lagi penting kan kak

    🙂

  10. Cuba bandingkan kehidupan kita masa kecik dengan kehidupan anak anak kita pada masa kini…amat jauh bezanya. Kita akui kehidupan anak2 kita amat beruntung sekarang…ambil sahaja permainan mereka, x-box,ps3,psp,gameboy dll…tak macam kita dulu,kalau nak main kena kumpul teman2 terlebih dahulu,permainan nya simple ajer tapi memerlukan kederat spt main bola kaki tiga,bola awal,kunada kundi,bermain ‘choh’ dll…tetapi anak2 kita telah hilang kebebasan dan daya berdikari mereka akibat kehidupan kita yang semakin moden dan sophisticated…itulah harga yang perlu mereka bayar untuk kesenangan ini. Keadaan sekitar semakin tidak selamat hatta dihadapan rumah kita sendiri…setiap pergerakan anak2 kita perlu pengawasan sepenuhnya dari ibubapa tak mcm ibubapa kita dahulu…lantaklah ko orang nak main apa dan dimana asalkan balik rumah…

    Dunnia kita dahulu dgn dunia anak2 kita sekarang amat jauh beza rupa rupanya…

  11. tahi bintang..waaa…menarik tu..x pernah lgik berpeluang jumpa tahi bintang..insya Allah satu hr nnt..

    hurm..sabar eh intan..biar mama settelakn keje dulu..br leh men beskal..ihiks..

  12. Ermmm…

    Kalau nak di ikutkan skarang ni, mane2 kawasan kat rumah pun dah tak selamat… Banyak orang jahat kat luar tu… Jadi, sebagai ibubapa, eloklah kita beringat sebelum terkena…

    Macam kes Sharlinie yang femes skarang, budak tu hilang sebab bermain kat taman permainan la… Sampai skarang tak jumpa2…

    Sekadar peringatan buat kita….

    Budak kecik mmg akan memberontak bila kemahuan mereka tidak tercapai.. Tapi apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan mereka…

    Macam Reez kecik2 dulu, sampai skarang Reez masih ingat macam mane ibubapa Reez mengajar kami adik beradik supaya menuruti perintah mereka… Hasilnya, inilah Reez yang sekarang!… Sampaikan nak pergi jauh dengan mak pun tak sanggup!… Hehehee..

  13. ada gak tengok iklan yg kat tv1 tu..kartun animasi…tp sonok gak tengk iklan tu..mak dia duk masak anak dia nangis nak gi main kat taman dekat dengan rumah dia..tp mak dia kata x leh gak dia pun nangis uwaaaaaaaaa…..xpe biar anak nangis kat umah jangan kita yg nangis kelak……kalu nak gi gak temanlah anak2…jgn lepas tangan bimbang sesangat…tgok ler adik sharlinie sampai ke hari ni x jumpa2 gak..siannya kat mak ayah dia…

  14. demi keselamatan…
    xpe laa kot tepaksa kecewakan intan buat seketika..

    and mayb kak jie leh temankan/jengokkan dia bile kak jie dh x bz..
    kan kan??
    🙂

Comments are closed.