Kisahnya sebulan lepas.
Suatu petang ayah telefon
” kawan hang masa kherja kat Shah Alam tu cari…. nama dia Noridah Selamat. “
“Dia mai ghumah kita ka? Lagu mana ayah tau…?”
“Dak aihh… kawan ayah jumpa dia kat Shah Alam, salin nomboq telepon ni… “
Terkejtu? Ye sebab beberapa bulan sebelum itu saya sering menyebut-nyebut mengenai kawan-kawan lama bila bersembang petang dengan suami.
20 tahun bukan tempoh yang singkat. Nak cari rumah mereka pun saya dah tak ingat jalan, apalagi bila zaman anak dara yang hanya menyewa beramai-ramai. Saya pula berpindah randah mengikut suami.
Noridah kawan paling rapat kerana kami adalah Line Leader untuk satu line production. Dia berasal dari Tapah Road, Perak. Dalam line production yang kami jaga, adalah lebih kurang 10-20 orang operator bergantung kepada produk yang dihasilkan pada masa-masa tertentu.
BIla dapat nombor telefon dia, saya terus buat panggilan dan dan tu juga. Seronok sangat bercerita zaman anak dara minah kilang kami. Saya yang zaman anak dara minah kilang, dia dah berkahwin masa tu.
“lagu mana hang chaghi aku?”
“Aku la ni dah dok Shah Alam seksyen 18, dah tak dok Klang lagi… aku jaga kedai kat bawah flat ni. Satu hari tu kan ada sorang pakcik mai kedai aku dengan cucu dia… aku nampak dua tiga hari dia mai. Satu hari tu aku tanya dia..pakcik mai dari mana. Dia kata dia mai dari Baling.”
“Aku bagitau lah dia.. aku ada kawan kat Baling. Aku tanyalah pakcik tu kot-kot dia kenai ayah hang… aku tak tanya nama hang pasai aku tau hang bukan dok kat kampung….orang tak kenai hang..”
“Bila pakcik tu kata dia kenai ayah hang, seronoknya aku… Hang tau.. pakcik tu kata dia tau hang kahwin dengan orang Sabak Bernam…. dan tu juga aku tau memang orang yang samalah yang aku cari pasai masa hang kahwin aku pi kenduri hang di Sabak tu…”
“Aku bagilah no telefon aku kat pakcik tu, suruh dia bagi kat ayah hang…. Pakcik tu kata dua hari lagi dia nak balik Baling dah…”
Zaman moden ini kebanyakkan orang bertemu rakan lama melalui social media terutamanya Facebook tetapi saya bertemu kawan lama masih dengan cara klasik. Manisnya kerana sikap ringan mulut dan saling sapa menyapa dalam masyarakat masih berkesan untuk menjejak kasih.
Kami sekarang berhubung melalui telefon , belum bertemu. Mungkin selepas Hari Raya Haji. Dia perlu ambil cuti kalau saya nak ke rumahnya.
Selepas kami dapat berhubung, saya juga dapat mencari beberapa kawan-kawan lama yang lain. Mereka masih di Shah Alam. InsyaAllah… dalam masa terdekat kami akan bertemu.
Saya baru menghubungi seorang lagi kawan serumah zaman anak dara dulu. Dia cuma tinggal di Rawang tak sampai 10 kilometer jaraknya. Entah kami pernah bersama-sama berselisih di Tesco, makan di KFC pada masa yang sama atau beratur di ATM bersama-sama.
“hampa jangan terkejut tau…aku la ni saiz XXL bukan S macam dulu…” tapi malangnya saya tak boleh berkongsi gambar² lama waktu saiz S. hiks!
Jawatan terkahir sebagai kerani production
*mode buka album belek gambar-gambar lama*
Pasti teramat senang bisa berjumpa lagi dengan kawan lama, bisa sharing sharing pengalaman dan berbagi cerita terutama cerita masa lalu
Kak Jie buka album lama sambil senyum2 ek?
Aina jenis yang bila dah terpisah tu cam dah segan nak contact bagai. Senyap. Sepi. Biasanya kawan2 le yg cari Aina tapi la ni sejak dah nak masuk 4 series ni dah berubah pulak. Mulut makin becok.
Ini foto saat masih muda ya ? cantik benar.. 🙂
memang klasik sungguh caranya. sapa sangka kan…
salam,
ha! yg ni bukan nak membodek ye, 🙂
cerita kakjee mcm cite ieda lah!
cuma yg bezanya ieda yg meninggalkan pesan dekat org sekampung teman baik ieda tu..
betullah kata kakjee, sikap ringan mulut menyapa berkesan untuk menjejak kasih!
Alhamdulillah,ieda dapat bertemu dgn kawan karib masa sekolah,setelah hampir berbelas tahun tak berjumpa..
zaman anak dara memang best, banyak kenangan manis .. tu yg ingat sampai bila-bila. Seronok kalau dapat jumpa rakan-rakan masa tu, sekarang .. mesti sembang panjang .. =)
Kak Jie terkenang-kenang zaman anak dara dahulu. Maklumlah anak dara kilang memang hot ketika itu. Antara sebab saya menolak tawaran kerja kilang dahulu kerana terlalu dekat dirumah bahaya line tak clear. Ha..ha..
tengah imagine kak jie cakap kedah..haha
klasik tu yang mahal..bukan senang nak jumpa rakan lama melalui cara tu
saya pun pening gak memula baca…rupa2 nya
“kawan ayah kak jie jumpa kawan kak jie…”
hehehe…….tp seronok gak bila dpt berckp ngn kawan lama.. banyak kenangan dn cerita nak di imbas kembali.hik3
kalau tak difahamkan betul-betul boleh jadi pening ni kak jie..nasib baik faham…
kawan ayah kak jie jumpa kawan kak jie…
tu belum kak jie tulis utagha betoi2….
seronok dapat jumpa kawan2 lama.. teringat zaman2 masa anak teruna dulu.. ehh 😛
ini bukan lama..sangat sangat lama… 20 tahun
masa tu Shah Alam tu bkn mcm skrg… nak pi KL naik bas Sri Jaya 337B
Sri Muda tu… bas pun payah nak dpat…terpaksa jalan kaki sampai ke trafik lite depan seksyen 19