AES Detector Untuk Mengesan Kamera AES
Isu Semasa

AES Detector Untuk Mengesan Kamera AES

Ada satu application untuk Android  dalam Google Play Store yang dipanggil  AES  Detector yang boleh mengesan  Kamera AES .  Saya dah pasang semalam tapi kawasan ini belum ada kamera AES ,  nak kena turun kawasan ‘panas’ untuk mencubanya.

Kepada sesiapa yang pernah mencuba, bolehlah bagi feedback.

AES Detector

 

Selepas klik application ini, AES Detector  akan mula mengesan kamera AES yang terdapat berdekatan.   Anda perlu hidupkan  GPS  untuk memboleh AES Detector ini berfungsi.
Sistem auto akan menghasilkan  bunyi amaran untuk mengingatkan anda apabila mengesan sebarang Kamera AES dalam lingkungan 1000 meter dari titik memandu anda. Pastikan anda menghidupkan pembesar suara telefon bimbit untuk mendengar bunyi amaran.

Nota: Permohonan ini hanya boleh digunakan dalam MALAYSIA sahaja

Application ini dibangunlah oleh Kevin Chua boleh klik di sini [ AES Detector ]

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “AES Detector Untuk Mengesan Kamera AES

  1. Saya pun dah pasang di telefon mudah alih berteknologi separa tinggi saya ni. Cuma belum dapat dicuba di lapangan. Mungkin boleh digunakan semasa balik kampung raya haji nanti.

  2. Masa saya download hari tu( jumaat),masih dalam lingkungan 500 meter jer,sekarang dah 1000m..lagi satu masa tu baru 500 org dah download,sekarang dah lebih 10k..wah betul rakyat msia ni tahu hehehe…

  3. Saya aplikasi ini telah menandakan lokasi AES di peta terlebih dahulu. Apa bila melalui lokasi AES akan diberi amaran. Sama kepada GPS mempunyai sistem amaran untuk kadar kelajuaan di jalan bandaran dan jalan persekutuan.

  4. Terbaik dan inovatif.
    Baru2 ni saya kena snap by AES.
    Rasanya tak ada lah laju sangat bawak.

    Thanks pada Kujie as informer & Kevin Chua as developer 🙂

  5. hah!!wajib download ni..hehehe
    terima kasih kak jie 🙂
    p/s : dekat perak , lebuhraya utara selatan, dari utara menuju selatan dekat dengan susur keluar tol kemunting ada 1. (km berapa tak pasti la plak..huhu) ..hati-hati… 🙂

Comments are closed.