Cuti Ganti Aidilfitri 2012 Pada 17hb Ogos
Pengetahuan Am

Cuti Ganti Aidilfitri 2012 Pada 17hb Ogos

Rujuk entri sebelum ini –  Jadual Persekolah  2012 dan Cuti Ganti Hari raya .

cuti ganti raya 17hb ogos

Takwin asal yang dikeluarkan , tiada cuti berganti kerana Hari Raya AidilFitri 2012 dijangka pada 19 & 20hb Ogos sewaktu Cuti Pertengahan Penggal Ke 2.

Cuti Pertenggahan Penggal ke 2 bermula pada 17hb Ogos 2012 bagi sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu ( Kumpulan A ) .

18hb ogos 2012  pula bagi sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya ( Kumpulan B )

Atas permintaan sekolah-sekolah Kumpulan B yang hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan perkeliling bertarikh 31 Julai 2012 dengan membenarkan sekolah-sekolah dalam Kumpulan B diberi cuti berganti pada 17hb Ogos 2012 ( Jumaat ).

Tapi jangan lupa makcik-makcik ye, anak kita perlu ke sekolah pada hari Sabtu 22hb September 2012 untuk mengantikannya.

Tahun lepas saya ada anak yang belajar di sekolah dalam Kumpulan A dan B. Tahun ini hanya Intan yang dalam Kumpulan B.   Saya dah beli tiket balik  ke KL untuk Angah  ( 16 Ogos ) dan tiket kembali semula ke Kolej Kuala Nerang pada 24 Ogos .  Bila dah beli tiket awal-awal, senanglah kita nak merancang ke mana di mana masa berhari raya nanti.

tiket bas raya balik kampung

 

Selamat merancang percutian – jangan nak gaduh² nak balik beraya ke rumah siapa dulu.  Tu drama zaman dulu , orang sekarang dah tak guna skrip macam tu lagi.   Tak perlu nak menyambut Syawal dengan bermasam muka laki bini.

 

Nota : 06-08-2012  ialah  hari Nuzul Quran hanya negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu sahaja yang bercuti

 

EDIT :  10/08/201216 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri . Cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.  Pekeliling bertarikh 31 Julai terbatal di ganti pekeliling baru.

Nota mak bapa yang dah beli tiket bas tiket keretapi tiket balik asrama anak-anak –  diajar dididik suruh merancang, bila kita merancang macam ini pula jadinya..   Tiket bas tak boleh nak ubah lagi dah.   Kena redha sebab   “Kita merancang Allah yang menentukan”

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Cuti Ganti Aidilfitri 2012 Pada 17hb Ogos

  1. Yaaa betul tu..hati-hati semasa memandu..ingtlah orang tersayang..hehe..selamat bercuta untuk keluarga kak jie..tak pe kan nk ucap selamat hari raya..rasanya elok dah diberi ucapan skarang ni..hehe

  2. memang patut pun bagi awal sikit cuti tu..sian kat orang yang nak balik kampung terpaksa tunggu anak abis sekolah..atau yang tak kesah pelajaran sangat tu mungkin kasi anak ponteng je terus..

    1. kami yang ratus ratus laung pun tak pernah bergaduh. memang ikut giliran tetapi ada sesekali tidak – ikut keadaan semasa contoh tahun pertama arwah bapa mertua meninggal, sepatutnya giliran kak jie tapi menyokong suami utk menemani emak mertua terlebih dahulu.

  3. saya jumaat masih lagi kerja sampai 11.30pm. sabtu baru balik raya. akak balik sabak bernam raya ke berapa?

    1. raya pertama sambut di sabak bernam tak pasti bile balik sebab suami dari terengganu pun belum tau dia cuti bila. anak sorang di kedah, sorang di KL..nak kena tunggu lengkap :p

      hari ke dua dah sampai Kedah.

      raya ke 3 balik rumah sendiri , sebab suami kak jie dah 2 tahun raya kat Algeria, tahun ni dia nak raya kat rumah.

  4. salam kakjie,
    tahun ni giliran beraya dekat kelantan, jadi ambil cuti awal, rabu 15hb dah cuti..mula2 igt nak ambil cuti 17 je tapi risau jalan jem tu yang ambil 15, berbaloi juga ambil awal
    at least hari rabu dah boleh balik untuk elak jalan jem

    1. anak belum sekolah, kan…………. cutilah sesedap rasa sebelum sampai masanya…hehehe

      pernah dok Bentong 3 tahun, time raya mmg kami tersepit..itu laluan utama ke pantai timur terutamanya Kelantan, skrg ada dua tiga pilihan

  5. bila tgk tiket bas tu teringat la kenangan zaman2 naik bas n ketapi balik raya..

    1. betul tu..zaman saya bujang dulu, minggu pertama puasa dah kena pergi beratur kat Puduraya nak beli tiket bas.
      Dah dapat tiket, mulalah mood merayau teringat nak balik kampung pulak…hihihi

      sekarang masa beli utk anak-anak pula

    1. rasanya cerita bergaduh laki bini tu ada, tapi peratusnya sikit sajalah

      kadang2 mcm terlalu diheboh2kan …. zaman dulu ye lah…. jalanraya utk kesesuatu tempat tu payah..skrg ni kedah -johor senang je nak sampai.

      masalah lain… time raya jalan jem teruk! hihihi

  6. Saya boleh merancang cuti kalau macam ni,ingat nak balik kg hari sabtu sebab anak masih sekolah,kalau macam nih boleh balik awal lah sikit,tapii……..dalam mesti jam hari tu..

    1. bagi negeri yang cuti penggal bermula hari jumaat tak apa, sebab ptg khamis tu anak2 dah balik dari asrama… kalau tempat kita, sabtu baru nak cuti…. murid2 kat asrama tu nak berebut2 dgn org lain nak dptkan tiket lah…

      adalah masa utk merancang balik awal….sesak tak sesak
      itulah yg kita akan tempuh tiap tahun, bayar tol kemudian bawa je 20k/h kat highway :p

    1. hahahaha…. selagi anak tak habis sekolah, kalender kuda tu kena ada
      senang nak tengok bahagian yang kaler kuning….

      orang kerja lain, cuti bergantung dengan boss…anak² sekolah ni, kita kena ejas cuti bergantung pada jadual dia orang

Comments are closed.