Setelah berbulan-bulan kami tidak pernah dapat bersama selengkapnya satu keluarga, semalam semua ada di rumah. Pagi tadi dapat bersarapan berlima.
Balik dari sarapan, sambung operasi keliling rumah. Pohon manga jiran saya ini perlu di cantas kerana dauhnya akan jatuh ke dalam kolam ikan sehingga menyebabkan pencemaran air yang teruk. Masalah utama adalah kerengga.
Saya tak mampu nak buat kerja-kerja macam ni, kenalah tunggu suami yang balik seminggu sekali untuk selesaikan.
Anak-anak lelaki saya juga kena kerahan tenaga dalam operasi ini. Buat bersama-sama bukan saja lebih cepat siap tetapi salah satu cara mengeratkan hubungan adik beradik dan belajar lebih memahami antara satu sama lain.
Selesai operasi anak beranak, saya sediakan menu kegemaran keluarga – pucuk ubi masak lemak, ikan goreng dan sambal kicap. Seronoknya bila semua ahli keluarga berkumpul bersama. Menu ringkas, masing² berselera.
Sebulan lagilah dapat macam ni lagi…. hari raya , mungkin . Tiga tahun sebelum ini kami berhari raya jarak jauh ( suami di Algeria ), tahun ini dia dah cakap….cuti tak cuti, nak cuti juga!
Malam ini Angah dah nak balik Kedah, bersahurlah dia di dalam bas. Tak sempat pun bersahur dan berbuka bersama keluarga. Lepas hantar dia ke Hentian Duta, saya akan terus balik ke kampung mertua di Sabak Bernam. Bersahur dan berbuka awal Ramadan dan kembali pada malamnya.
Ahad malam Along perlu balik ke kolej dan awal pagi Isnin suami pula akan balik ke Terengganu .
Bertebaran mereka utara, selatan dan timur – kembali ditinggalkan.
Walau hanya sebentar bisa berkumpul ini patut disyukuri Kak Jie soalnya masih banyak orang yang dapat berkumpul setelah Idul Fitri tiba
Selamat berpuasa, semoga puasa kali ini bisa sangat lancar dijalankan
Kami sekeluarga hanya dapat operasi yasinan dan tahlilan di kampung saja.
selamat menunaikan ibadah puasa kak jie..tu makanan dalam gambar tu nmpk mcm sayur pucuk paku…betul ke??wahh bestnya sayur pucuk paku mc tu..hehe
wa! seronok apabila kesemua dapat berkumpul sekali, buat aktiviti bersama-sama, makan bersama-sama .. entri ini sungguh menginspirasikan. Thanks kak!
bagi kami yang ahli keluarga bertebaran sana sini ( mcm lah ramai sgt…3 org saja pun )
dapat berkumpul dan buat sesuatu bersama-sama , mmg seronok
nanti-nanti, diorang baliklah..
Sekejap je berjumpa dan berpisah balik..
memang sunyi le , patut kakjie cakap makan pun tk menentu ..
begitulah perasaan seorang ibu kan bila anak2 nyer pergi belajar…sunyi jadi nyer kan kak…huhu
selamat berpuaso yer kak…
selamat berpuasa kak jie
wow sedapnye.selamat berpuasa!
Salam Ramadan Al-Mubarak….Semoga dpt ganjaran pahala melimpah-ruah.
Pucuk ubi masak lemak,
Daun sawi buat sayur air,
Salam Ramadan Al-Mubarak,
Berpuasa sebulan hinggalah ke akhir.
Ikan goreng dibuat kicap,
Ayam panggang dimasak percik,
Berpuasa itu banyak tersirap,
Seribu kelebihan perlulah diambik.
Sambal kicap asam pedas,
Ikan bilis dibuat tumis,
Gunakan waktu dengan aktiviti cergas,
Bila berpuasa tidaklah terasa terjejas.
Aktiviti keluarga sentiasa diadakan,
Untuk mengeratkan sesama keluarga,
Kasih sayang pasti berpanjangan,
Kekal abadi hingga ke akhir usia.
Selamat berpuasa untuk Kak Jie Sekeluarga,
Semoga amalan diterima Allah Taala,
Solat Terawaih serta baca Al-Quran jangan dilupa,
Itulah pekerjaan yang digalakkan oleh nabi kita.
Pucuk ubi masak lemak….ohh tidak..one of my favourite…
Selamat berpuasa kak jie…
selamat berpuasa…seronok dapat bebuka puasa beramai-ramai dengan family
Salam Ramadhan Kak Jie… Semoga dapat menyempurnakan Ramadhan kali ini dengan penuh kesederhanaan… Tahun ni dira sambut Ramadhan dengan semut je.. weehee… first time merasa sambut Ramadhan sorang2.. hehehe
memang seronok bila dapat berkumpul kesemua keluarga..
selamat menjalani ibadah ramadhan buat kak jie sekeluarga
Bertebaran mencari ilmu dan rezeki tu.. Hehe
Eh, jelasnya no pendaftaran kereta tu… privasi ni kak.. haha~
Perenggan ketiga, ayat seminggu sekali tu macam salah je 🙂
meriah walaupun sekejap cuma.
p/s: clear sungguh no plate tu 🙂
eh plat :p
Meriah pula bila membacanya. Esok saya mau pulang ke Jengka. Ambil peluang puasa bersama keluarga sambil mau cari durian belakang rumah.
Alhamdulillah kami satu keluarga dapat berpuasa dan berbuka bersama di hari pertama. Ahad anak2 akan balik semula ke madrasah. Tahun sekali je lah dapat berbuka puasa semua lepas ni tak ada peluang lagi sehingga akhir Ramadhan.
alamak!
maza pun nak balik ke kampung sana..
mau menyambut ramadan bersama keluarga
untung2 dapat makan masakan emak…. heheheh
Selamat menyambut ramadhan almubarak kakjie and family. 😀
Assalamualaikum,
Nasib baik ada Intan teman kak jie…
Selamat menjalani ibadah puasa kak Jie, moga puasa tahun ni lebih baik dr puasa tahun2 sudah…
Ini sudah operasi kerehan tenaga semua tidak dapat lari. Bagaimana pula tugasan untuk si Intan. Hee..menyibuk pula tanya perihal anak dara orang.
Selamta menjalani ibadah puasa kakkujie
wah ada kolam ikan ke kak gie… kolam ikan kak gie ke?
adoi…bila anak2 dah besar ek…
🙂