Dah lama tak gunakan perkhidmatan pos untuk mengirimkan surat. Dulu harga setem hanya 30 sen. Bila dekat-dekat musimperlu menjejak kaki ke pejabat pos untuk kirimkan kad selamat hari raya, tercari-cari juga harga setem untuk surat biasa dan kad raya.
Maklumat dari pos.com.my, surat biasa dan kad raya adalah dalam kategori ‘mel standard’ yang bermaksud suatu surat yang bersampul yang boleh dilentur dan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Berat Maksimum sehingga 50gm.
Saiz
- Minimum :140 mm (panjang) x 90 mm (lebar)
- Maksimum: 250 mm (panjang) x 165 mm (lebar)
Ketebalan
- Ketebalan Minimum : 0.25 mm
- Maksimum: 6.00 mm
Ketebalan
- Kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau mempunyai ton warna yang lembut di bahagian hadapan sampul
- Tidak dicetak timbul dan tidak mengandungi apa-apa tebukan
- Dilekatkan sepenuhnya
Harga setem untuk surat standard ( termasuk kad raya )
- Sehingga 20gm 0.60 sen
- Lebih 20gm – 50gm 0.70 sen
Pejabat pos dibuka setiap hari
- Isnin – Jumaat : 8.30 pagi to 8.00 malam
- Sabtu: 8:30 pagi to 5:00 ptg
( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum )
Ini lagi satu maklumat, sampul surat berwarna terang tidak dibenarkan.
Surat yang digam atau tidak, harga setem adalah sama iaitu 60 sen.
Oktober 2010 kali terakhir saya pos surat menggunakan sampul surat panjang biasa yang berwarna cokelat yang diisikan sekeping cek,Β dikenakan setemΒ 0.80 sen.
Harga setem terkini EDIT 23/7/2012 –Β Harga setem untuk semua kad perayaan sehingga 13 Februari 2013 ialah 50 sen
Pos Malaysia mengumumkan kadar rata 50 sen bagi pengeposan kad ucapan perayaan-perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina ke mana-mana destinasi seluruh Malaysia.
Kadar ini boleh digunakan untuk menghantar kad ucapan dalam pelbagai saiz, dengan berat tidak melebihi 50 gram.
yang ukuran sm tu mcm maner plak
11sm x 22sm
kalau nak hantar surat ke luar negara camne plak?
Kalau sampul surat size 114mm X 248 berapa pulak harga setem nak dilekat kn?
saya na tanya.klau saya hantar surat yang berukuran A4,dlm ye ada 12 helai kertas untuk dihantar dari johor ke shah alam. agak ye berapa harga setem yang patut saya beli?
biasenye bape hari surat biase utk smpi ke destinasi? cth dr jhr ke pahang..baru2 ni sy ad pos surat melebihi 50g dgn setem rm1….boleh sampai x?
assalam kak jie π
terima kasih for sharing this info. saya memang tengah berfikir berapa harga setem ni. nak hantar giveaway π then find out kak jie blog ada mention bout this setem. tak tahu pun harga setem da naik . huhu. search dekat pos web, ah’ah la da naik rupanya. dulu rm0.30 je setahu saya π
slm, nk tnya. kalau dah TERpost surat size A4 dgn stem 50sen, apa yg akan TERjadi? haha. surat tu akan dihantar jgak ke?
Sebenarnya harga setem untuk tahun ni (2012) berapa? 50 sen ke? Saya ada beli setem 50 sen. Kalau nak hantar surat boleh lekatkan ke tidak? Atau terus hantar macam tu je tanpa lekatkan dia. Ada orang kata 60 sen. Pening kepala.
harga standard ikut surat biasa 60 sen tetapi selepas entri ini dikeluarkan, lihat edit di bahagian bawah dengan tarikhnya – setem kad raya ialah 50 sen , promosi khas
Kalau nak hantar surat sekali gus pakai sampul besar harga dia selalu berapa ea? sampul surat saiz A4
saiz standard maksimum 250mm, selain dari saiz tu dipanggil bukan saiz standard. Harga setem mengikut berat
Sehingga 50gm – RM 0.80
Lebih 50gm – 100gm – RM 0.90
Lebih 100gm – 250gm – RM 1.00
Lebih 250gm – 500gm – RM 2.00
Lebih 500gm – 1kg – RM 3.50
Lebih 1kg – 2kg – RM 5.50
60 sen harga setem sekarang..tapi tradisi menghantar kad raya haruss diteruskan.. ehehe. tapinya kena kurangkan kuantitilah gamaknya…huhu..
tau tak bila boleh pos kad raya last untuk raya tahun nie??
so , sampul warna putih dan coklat boleh kan ?
hahaha..kak jie update jugak pasla harga ni..lama dah tak main setem..hampir lupa harga utk setiap saiz setem tu..maybe lepas ni post dekat blog jer la ucapan hari raya..mana tahu lebih bermakna..haha
boleh tak kalau saya gune setem yang 20 cents? sebab saya ada banyak setem 20cents yang belom digunakan lagi?
boleh…lekatkan pada sampul surat tu 3 keping = 60 sen
sekarang ada promosi dari Pos Malaysia untuk setem kad raya , 50 sen saja. Letak setem 20 sen 2 keping dan beli sen 10 sen sekeping lagi, cukupkan nilainya 50 sen
tak semestinya setem yang dilekatkan itu dalam bentuk sekeping…beberapa keping setem pun boleh asalkan nilainya mencukupi
Oh, promosi untuk raya ye? Menarik tu… Rasanya boleh pos kad raya banyak-banyak.. Jom buat kad raya untuk orang tersayang.. π
thanks!! sangat membantu.. =)
kalau dulu..setem 20 sen pun..sampai untuk satu malaysia..
tu zaman bila tuuuu…. hihi
Zaman saya masih sekolah rendah kot… hehe
hmm..last PM hantar surat/kad ialah kad kahwin PM lebih kurang 3 tahun yang lepas…setem naik harga nih pun baru tau ni ha…huhu
yup…dulu dalam tahun 2006/2008 kerap pos surat
setem 30 sen
sekali ganda, naiknya
Mase baru2 naik dulu, adik tengah sebuk nak hantar kad kawin. Kad kawin harge dpt 70 sen sekeping..tp nak hantar 80 sen setemnye… rase rugi pun ade..tp nak wat mcm ne… huhuhu
Tp mendadak gak naik nye…trus 2 kali gande…hehe
lagi jarang org guna, lagi mahal setemnya
sekarang ni hanya dapat surat rasmi saja cth bil
dah tak pernah dapat surat peribadi lagi
Walaupun banyak teknologi terkini, saya masih gemar menggunakan perkhidmatan pos. Dira suka pos kepingan-kepingan kad / poskad yang Dira beli semasa bercuti untuk orang-orang tersayang… Terasa kelainan bila mengutus kad sebegitu… Pernah juga terasa ingin terbang ke sisi penerima mendengar penghargaan daripada mereka.. ^_^
oooo menariknya
biasanya kami pos untuk diri sendiri kalau ke luar daerah
tapi memang jarang dapat surat peribadi sekarang ni
Betul tu.. Tak ramai yang suka menghantar pos peribadi.. Seingat Dira, surat peribadi terakhir yang Dira dapat adalah masa di sekolah menengah. Itu pun kiriman surat daripada saudara yang sedang merantau di Kemboja-Vietnam-Laos untuk sesi pembelajaran fotografi di sana. Lepas tu, memang tak ada lagi dah..
Walaupun rajin mengutus kad / poskad, tapi nak mendapat balasan kiriman tu, humangai…. orang kata, bak menunggu bulan jatuh ke riba.. hiks!
punya la lama tak guna perkhidmatan posmen sebab asyik guna email je..sekali tu hantar surat lekat setem 30sen..katanya tak sampai2..lalu dihantar semula masih menggunakan setem 30sen..tetap tak sampai2 jugak..selepas bersoal jawab dengan kerani kaunter pejabat pos (setelah menunggu giliran hampir sejam semata-mata untuk bertanyakan masalah surat yang tak sampai tu), rupanya ianya kesilapan diri sendiri yang tak updated dengan isu setem..
cuma yang jadi persoalannya, kemana agaknya dua surat yang tidak dihantar tu pegi ye ?
la…. ada pengalaman menarik juga ni
tak pastilah mana perginya surat tu, tapi kalau dah terjadi mcm ni mesti kita akan alert lain kali. takut terjadi lagi.
urusan surat menyurat dengan pos malaysia ni dilakukan hanya untuk hantar borang contest saja sebelum ni… tp bila dh nak puasa ni, kad raya tetap dihantar kepada kenalan cuma kad yg di hantar tu tak sebanyak dulu…. kos setem skrg boleh tahan harganya…. π
betul betul…. bercadang juga nak pos dua tiga keping kad raya
Sudah lama tidak menghantar poskad melainkan poskad pemberian syarikat untuk dihantar kepada pelanggan.
hantarlah kad raya…. tradisi utk memeriahkan aidilfitri
Info penting untuk sahabat blogger Malaysia ni.. π
waktu musim perayaan lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan pengeposan berbanding waktu lain
lame rasenyer tak hantar kad raya..time2 remaja dulu jer last..rindu plk asenyer
cubalah hantar pada kawan terdekat
mesti dapat balasan nanti… tapi kena letak ayat
‘pecah kata pecah gelas, lepas baca harap balas’
hehehehe
bertahun tahun tak guna setem. kalau nak hantar surat atau apa apa pun, mesti guna poslaju atau mana2 yg laju. x yakin dgn setem2 nie.
uik..tak yakin?
pernah ada masalah sebelum ni ke?
surat biasa, selalu guna mel biasa, lekat setem…kerap hantar cek kepada bank
kalau surat penting, memang guna poslaju atau pos ekspress
saban hari dah ramai yg lupakan perkara ini…jom kengkawan kita hidupkn kembali, dok asyk mms ja ucapan raya
cuba hantar kt kawan lama yang masih ada alamat
mesti dia terharu…..
owh begitu rupanya thanks atas info.jarang guna setem.hehe
kalau jarang jarang guna, kena tanya kerani pos dulu sebelum beli setem ni, takut harga dah berubah
saya pun terkejut pos voucher kfc aritu..beratnya tak seberapa tapi setem RM0.60..ada tu yg berat sikit kena caj RM0.70..hoho..
sepatutnya kerajaan bagilah subsidi lebih sikit :))
hehehe….. kak jie pun baru tau setemnya 60 sen
sebab kali terakhir pos surat biasa hanya ada sekeping cek di dalamnya , kerani pos tu cakap 80 sen
Ohh, dah 60 sen! rasenye 2 tahun lepas 30 sen jer.. tapi seronok kan kalau dapat kad raye.. hati berbunga2 gitu..hehe
Mungkin satu masa nnti kad raya tinggal nostalgia aje.. btw, sy masih excited nak beri kad raya pd family dn member2 sekerja.. Kak Jie pula..? : )
Salam Ramadhan & selamat berpuasa buat Kak Jie dan sahabat semua..
kak jie tiap tahun masih lagi menghantar kad raya
tahun lepas ada beberapa blogger yang menerimanya
masin ada simpan alamat mereka sejak dulu….
ila kalau guna pos nie htr borang contest je hihi
Dah jarang terima kad raya .. Bila pos kad raya pun depa balas guna sms … MUngkin kerana itu semangat Raya bagi generasi skrg atau zaman skrg dah tak macam dulu2 …
hu mahal, naik jugak setem nih rupanya. biasa letak rm0.30 nampaknya kali nih kena tambah lagi rmo.30.
Dah lama harga setem naik 60 sen DIK ….
saya baru je pos surat tadi, memang selalu tersasul tampal setem 30 sen sekeping je. Rupa-rupanya kena ada dua kepinglah sebab nak jadikan 60 sen.
Nasib baik setem cantik, gambar bunga kertas bougenvilla.
dah berzaman tak dapat kad raya dari kawan2
ada takde dari agent insurance, kontraktor, consultants.. yang dalamnya dah memang siap print
‘selamat hari raya, maaf zahir batin’
bila rege setem dah naik lagila orang malas nak antar kad raya dah..
Salam Alaiyka.
Baru hari ni ada berkira-kira nak hantar kad raya. Nasib baik Kak Jie buat entri ni, jadi boleh la tahu.
Tulis kad raya ni memang lambat sikit banding anta sms atau mms, tapi stail ucap via sms, mms dan FB macam kurang sikit. Sebab senang je, lepas tu tag tag dan like like kalau kat FB tu. Hehe.
Selamat Hari Khamis Kak Jie : D
harga 60sen tu kira mahal gak.. so alternative terbaik email ke ecard raya hihi..
Tips terbaik. Lily dah lama tak hantar surat kat kawan2. Mungkin bulan ni adalah masa terbaik untuk mencubanya. Lily akui cara mengepos surat adalah sesuatu yang lebih berharga buat penerima ucapan daripada SMS. cuma tak sangka kadar bayaran pos agak mahal jugak untuk sesampul.
Harga stem mmg dah naik..Pos Malaysia mesti meningkatkan mutu perhidmatan…dah lama tak pos kad raya hehehe..
Satu penjelasan yang sangat baik dari Kak Jie. Harap lepas ni nak hantar kad raya boleh rujuk entri kak jie tak perlu call atau terus ke pejabat pos tanya satu per satu
Sudah lama tak menggunakan perkhidmatan Surat menyurat untuk menghantar Kad Raya ni. Teringin juga nak berikan Kad Raya buat Rakan Blogger.