Maafkan Mak Ye Nak….
Peribadi

Maafkan Mak Ye Nak….

Angah dah balik bercuti buat pertama kali selepas ke kolej.   Genap-genap dua bulan . Seronoknya hati  menggebu-gebu.

Dua bulan berpisah, nampak dia dah dewasa. Dah nampak rangka lelaki dewasa.  Oh! anak..kejapnya masa berlalu.

Dua tahun di maktab, setiap kali balik bercuti akan ketara sangat badan yang makin kurus, tetapi kali ini nampak elok macam cukup makan.

“makanan kat kolej sedap ma….. tak macam kat maktab.  Makanan kat maktab tak sedap….”

Lega hati.  Mak-mak memang akan fikir keperluan cukup makan anak-anak.

 

Malam nanti Along pula balik.  Dia memang balik tiap minggu.  Untung juga dia tak jauh.

embun

Ini kisah anak bujang saya yang saya yakin sama saja dengan kehidupan remaja lain seusia mereka.

Tetapi…..

Bila anak-anak saya balik, saya pula yang terpaksa keluar daerah malam ini. Saya dah berjanji lebih awal. Saya akan ikuti program Tourism Malaysia ke Raub Pahang malam ini dan pulang keesokkan harinya.

Bila anak-anak dah berkumpul, mak pula yang keluar…adeih….maafkan mama ye! Tak sangka pula kerja blogger macam ni..hiks!

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Maafkan Mak Ye Nak….

  1. Masa pantas berlalu.. nanti kak kujie dapat cucu lak hehe.. kesinambungan kujie2 dot com tetap mendapat sokongan anak cucu nanti hehe

  2. Anak saya yg 5 tahun tuh kalau masuk hari sabtu ahad, mesti akan cakap dengan saya… papa cuti… 2 hari tau….

  3. saya rasa pasti anak2 k kujie faham & berbangga dengan k kujie..bukan senang nak dapat mak blogger tau;-)

  4. Fortunately, cume sehari Kak Jie out station… LAgi menambahkan rindu & syg dari anak2 skali skale K jie takde.. =)

  5. tidak apa, biasanya anak-anak faham, tapi dapat kumpul bersama-sama lagi bagus..

  6. anak kakjie faham punya tuh, kakjie takde pun rasanya mesti ada komunikasi anak beranak dgn teknologi.

Comments are closed.