Edit 02/01/2015 : Minggu ni viral kat Whatsapp tentang punca banjir di Kelantan disebabkan projek Kenyir 2 ( Projek Empangan Hidroelektrik Tasik Kenyir ) – baca info lengkap di sini untuk menjawap tuduhan tersebut di sini – Kenali Empangan Kenyir 2 – Empangan Puah & Empangan Sungai Tembat
Masih cerita sempena cuti 2 minggu…
Suami bawa kami melawat tempat kerja, Projek pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir bertempat di Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu. Terengganu mempunyai satu lagi empangan iaitu Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.
Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir
Dengan pacuan empat roda melalui jalan berbatu dan bergerigil, kami dibawa menjelajah dan melihat projek berskala besar ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini.
Tak banyak yang boleh saya cerita.. lihat saja gambar-gambar sekitar empangan yang sedang dalam pembinaan ini. 3 Tahun lagi, keadaan tentu tidak seperti ini lagi.
projek yang menelan belanja kira-kira RM1.6 bilion itu dimulakan dua tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya penghujung 2015.
Empangan ini dibina di kawasan Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu
Proposed Project are as follows:
- Two reservoirs known as Puah Reservoir (6,000 ha) and Tembat Reservoir (130 ha);
- Two dams; one a 78 m high earth-fill dam (Puah) on the upper Sg. Terengganu Mati just downstream of its confluence with the Sg. Puah and the other a 30 m high roller compacted concrete (RCC) dam on Sg. Tembat;
- An underground powerhouse having 212 MW (2 x 106MW) turbine/generator units.
- Two intakes, one each at Tembat Reservoir and Puah Reservoir;
- Two unlined low pressure diversion tunnels to carry flows from the Tembat reservoir to Puah reservoir (802 m) and Puah reservoir (450 m) to the drop shaft;
- Two surge shafts near the top of the drop shaft;
- Two high pressure, steel lined penstock tunnels to carry flows from the drop shafts to the powerhouse;
- A 1.3 km long, concrete lined, free flow tailrace tunnel to carry flows downstream from the powerhouse to the Tasik Kenyir;
- A 600m long access tunnel to the powerhouse;
- A switchyard located above ground near the access tunnel portal;
- Approximately 10 km (estimated based on the existing roads) of new access road to the dam sites, access tunnel and power house; and
- A 2.2 km long transmission line, which will connect the power station to the existing Kenyir-Tanah Merah line.
Dua buah terowong dengan setiap satu berukuran 398 meter panjang dan bergaris pusat 9.2 meter yang dibina di dasar Empangan Puah
Project Location
The proposed Project area is located at the north of existing Kenyir Dam in Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu, Negeri Terengganu Darul Iman. It is about 50km from Bandar Gua Musang – Hulu Terengganu roadway, and about 65km west of Kuala Terengganu. The coordinates of Puah and Tembat dams are N 05o 09’ 6.1”, E 102o 35’ 9.8” and N 05o 13’ 7.0”,E 102o 36’ 6.8” respectively. The project area is located about 20 km away from Saddle Dam A of Tasik Kenyir which is situated to the North-West of Kenyir dam.
Lawatan hampir 30 minit ini sungguh mengkagumkan – nak diceritakan mudah mudah. Tengok sajalah gambar-gambar ini, kalau dipanjangkan umur, setahun dua tahun tiga tahun kemungkinan saya menjejak kawasan ini lagi. Yang pasti keadaan tidak akan sama.
p/s – malas nak alihbahasa.
macam mane ek nk contact number in charge utk bhagian lawatan untuk belajar ke empangan tasik kenyir??ade contact tlg2 la kasi..
projek ini milik TNB, hubungi pihak TNB
baru balik dr kenyir 2 hari lepas..best dpt memancing n 1st experienced tido dlm house boat…best dpt terjun ke dalm tasik kenyir….plan nk ke sana ag bln 6 ni….
assalamualaikum. 🙂
ana pelajar UNIMAP dalam kos environmental engneering. Lec ana bg tugasan PBL pasal dams for water supply & hydroelectric scheme. apa yang ana tau, projek ini akan dibina di kawasan biodiversiti yang tinggi so, ana perlu membuat kajian yang relevan untuk memastikan bahawa kesan buruk yang berpotensi meminimumkan. bantuan dari kakak sedikit sebanyak boleh membantu ana. 🙂 terima kasih
waalaikumsalam… kak jie cadngkn ana berhubung terus dengn pemilik projek TNB atau contraktor utama Loh & Loh.
assalamualaikum akak..saya nak tanya ,kalau nak buata lawatan ke empangan tasik kenyir ni boleh x? an academic trip from uitm..can or not? if yes, boleh tau mcm mana?
waalaikumsalam
berhubung dengan pemilik projek TNB tau kontraktor utama Loh & Loh. Ada byk info yng kak jie tk dpt nak kongsi di sini kerana lawatan kami adalah bersifat peribadi.
buat pengetahuan semua yang disini termasuk yang mengampu kerajaan atau tidak.dan saya adalah seorang ngo bukan penyokokg parti politik.kerajaan terengganu, sarawak dan kerajaan pusat memang dah gilakan buat empangan hidro elektrik.tak cukup dengan kenyir empangan bakun kat sarawak seluas negara singapura.you all tak baca kat internet pasal projek bakun tu?air sungai rajang jadi cetek, orang asli hilang hak ke atas tanah nenek moyang mereka.mereka juga tidak lagi dapat cari rezeki sebab pembinaan empangan menjejaskan semua hidupan dan tumbuhan.semua tu dah terjadi kat terengganu ni.dulu sungai terengganu dalam dan banyak ikan.tanah kat terengganu ni juga subur.sekarang ni buktinya jelas sebab saya orang terengganu dan tinggal kat terengganu dan merasai sendiri yang tanah kat terengganu makin lama makin tak subur sebabnya empangan kenyir yang seluas hampir singapura itu terbesar di asia tenggara dan separuh besarnya danau toba.tanam padi tak menjadi, tanam pisang tak menjadi semua tanaman pun tak menjadi dan hasil yang diperolehi tak setimpal dengan keringat.cuaca makin panas, hujan sedikit turun macam mana tanaman nak subur?semuanya kerana empangan jadah yang besar tu yang telah dibina semasa saya sekolah rendah lagi dan kini saya terkejut sebab nak bina satu lagi dengan keluasan 6000 ha.memang kerajaan terengganu ni dah gila elektrik selama ni pun dah lebih dari cukup kenapa cara macam ni juga mereka gunakan?kuasa solar ada dan kuasa biomass pun ada semua tu sikit pun tak merosakkan alam sekitar.dah lama saya buat kajian kesan buruk pembinaan empangan yang sangat besar kalau kecil tu takpelah jugak ni ribu hektar dah melampau tamakkan harta.tak dengar rintihan orang asli kat sarawak mengenai pembinaan empangan bakun tu mereka cakap we can.t eat road.kita tak boleh makan jalan maknanya terbinanya empangan besar menyebabkan banyak jalan dapat eksess ke pedalaman tetapi jalan itu merosakkan hutan dan hidupan yang mereka perolehi hasilnya selama ini tanpa bayaran.nak makan cari aje kat hutan nak rumah cari je kayukat hutan semua percuma.sekarang semuanya kena bayar.yang jadi kaya adalah kuncu-kuncu jurutera empangan dan kontraktor serta kerajaan.orang tempatan seperti saya dan orang asli sarawak hanya boleh tumpang tengok empangan tu siap dan menenggelamkan bukit bukau tanpa belas kasihan.
saya benci dan tak setuju dengan pembinaan empangan semua yang ada di malaysia tambah lagi kat terengganu.semua empangan telah memusnahkan hidupan haiwan dan tumbuhan serta masyarakat orang asli.empangan juga menyebabkan tanah di terengganu menjadi kering dan tidak subur untuk aktiviti pertanian.menyebabkan kemarau panjang pada musim tak hujan sebab air dah banyak hilang ditakung oleh empangan.cara lain untuk menjana elektrik ialah dengan cara yang boleh diperbaharui iaitu kuasa solar angin dan ombak.bukan cara begini dengan memusnahkan kawasan hutan dan jadikan tasik yang bukan kecil tetapi tersangat besar.sungguh merugikan negara kerana hutan adalah khazanah paling bernilai terutama sekali hutan negara kita.orang yang bersubahat ambil untung buat projek empangan ni memang sama tak elok perangai mereka kerana pentingkan diri nak kaya sedangkan apa yang orang lain dapat hasil daripada empangan yang besar itu?nak makan kena bayar, nak rumah kena bayar, semua kena bayar.yang kaya cuma orang yang terlibat dengan projek dan makan rasuah aje.orang lain hanya dapat tengok projek tu bukan dapat apa-apa pun.
puah = bosan hahahaha…sian orang asli kene pindah rumah flat lak pasni..
Husbnd kak org TNB or kontraktor?
hmmm, tak tau pulak Terengganu dah mulakan projek kedua utk Empangan ni.. pasal saya rasa ia ada hubung kait dengan penyaluran bekalan air di Selangor menjelang 2015 ni.. ini apa yang saya dapat sumber dari KeTTHA, mereka tengah bina terowong air di bahagian Pahang bagi bekalan air ke Selangor menjeloang 2015..
terowong 44.6km Sungai Semantan di Pahang ke Sungai Hulu Langat di Selangor
besarnya empangan.. ni mesti cukup untuk jana elektrik negeri terengganu ni
sebenarnya nak menjana elektrik mudah saja tak perlu buat dam,arang batu atau tenaga nuklear
tetapi tnb telah di cucuk hidung macam lembu terpaksalah buat
kalau zaman kerajaan atlantis boleh buat dengan kristal sahaja untuk menjalankan generator.saya cadangkan zaman ini gunakan saja sterling enjin.
tengok depan depan empangan macam ni baru terasa kan susah plan ni nak buat itu ini sebenarnya, kat kuala muda ada satu, tp empangan besa ja tengok. ini hidroelektrik tu
kincir angin belum nampak
#Untunglah dolan2.
Wah melu lanang dholan-dholan proyek empangan yo kak kujie..ha ha..mtk suami translate..
Baru-baru ini saya ada mengikuti kursus kesedaran untuk pekerja radiasi. Saya ada utarakan mengenai pembinaan loji nuklear sebagai sumber tenaga untuk mengurangkan pengantungan sumber fosil yang semakin menyusut dan semakin tinggi kosnya.
Menurut penceramah antara kesan negatif membina loji hidroelektrik adalah terpaksa mengorbankan habitat haiwan dan kawasan yang agak besar dengan menakung air bagi menjanakan turbin loji.
Loji nuklear ada dikenal pasti sebagai sumber kuasa yang murah tetapi kerana isu kebocoran loji di Jepun memberi bermacam-macam persepsi. Untuk pengetahuan loji nuklear Fukushima tahan gempa bumi tetapi akibat Tsunami telah memusnahkan janakuasa bantuan yang gagal berfungsi untuk menyejukkan loji.
Komen saya bukan menidakkan pembinaan loji hidro tetapi ia adalah pilihan terbaik buat setakat ini adalah membina loji hidro.
Begitu juga sedia maklum radiasi memberi kesan pada sama didalam perubatan ia digunakan untuk diagnos kecederaan dalaman akibat kemalangan dan ada digunakan untuk merawat kanser.
sebenarnya, kak jie cuma berkongsi gambar secara minimum…. ada banyak isu banyak perkara lain yang lebih spesifik disebaliknya.
ada juga beberapa isu lain disebalik gambar2 ini…. yg tak ada hubung kait dgn projek.
😀
Terima kasih kak Jie. Saya cukup bimbang komen saya mengenai pembinaan loji hidro ini diputar belit. Saya cuma khabarkan kesan alam sekitar tetapi saya percaya pihak yang membina sedaya upaya mengurangkan kesan impak ini.
saya baru balik dari memancing di sungai tembat,saya lihat banyak kemusnahan telah berlaku di kawasan itu,lebih-lebih lagi sungai yg menjadi tempat kelah bermain.sayang sungguh.
Nampak tak apa yang jadi pada LUAR kawasan pembinaan? Kalau tengok betul2…dalam gambar² ni pun ada….. kawasan diluar pembinaan yang tak ada kena mengena tu……
Bertambah besar empangan tu nanti…tapi Kak Jie untung dapat simpan gambar untuk kenangan,mana tau 1 day ada orang cerita pasal sejarah empangan ni – Kak Jie perlu senyum jer tanpa kata apa2 he3..
kak jie ada banyak gambar tempat kerja…. sebab suami selalu bawa kami tengok2 kerja2 kt site. Kalau kerja kt Cameron Highlands sampai muak nak pergi sana….dah tak best
ada gambar naik bot waktu kerja lebuhraya senai pasir gudang desaru
itu yang kak jie tak dapat internet network tue ye?
he he he….. masuk sini , terputus segala perhubungan
satu lg projek negeri trengganu …tambah maju la trengganu…
skrg pun kan dah boleh terbang ke makkah terus dr trengganu..
jemaah haji xperlu lg ke kl utk ke mekah 🙂
terengganu best…………… ada nasi dagang yang sedap!
Bagus projek hidroelletrik ni.. sekurang2nya Terengganu mempunyai
2 empangan sebegini.. tak ada masalah dgn kuasa eletrik..
Projek TNB
tq for this info.. beruntung ler dpt pg tgk dari dekat!
ada banyak fakta dan info, tetapi kebanyakkan dalam bahasa engineering…:p
untung lah Mr suami kerja kt sana.. . projek besar tu. ..masyuuk.. 🙂
makan gaji sajalah………….bukan tokei besar 😀
Selalunya kena buka Wiki atau tengok cerita dokumentasi untuk tahu maklumat tentang sejarah pembinaan sesebuah empangan. Kali ni baca blog kak Jie dah boleh dapat maklumat dah…
Weeheeee… Terima kasih Kak Jie berkongsi pengalaman dan pengetahuan. 🙂
sebenarnya banyak projek2 lain yang kak jie masih simpan gambar dan kenangan – kami anak beranak kaalau lalu kat satu2 projek yg pernah terlibat akan ckp sesama sendiri
contoh kalau lalu GCE mesti Intan ckp
” dulu2 Intan tido bawah jambatan ni…..”
wah, ini baru hidup yang betul-betul sedap! hehhh
Kagum! Untung dapat pergi sebelum dan selepas
Inilah kali pertama saya dengar pasal empangan baru ni.
Great scoop 🙂
kebanyakkan carian google adalah kenyataan rasmi dari pihak TNB dan akhbar….belum ada blogger yang sampai ke sini