Ini info penting bukan saja untuk Angah, sebenarnya lebih penting untuk mama Angah ( sayalah tu…. )
Bayangkan saja kalau isi borang UPU pun saya yang beli pin bsn, kemudian isi , pilih sendiri jurusan kemudian suruh dia buat semakan dan kemaskini jurusan pilihan dia boleh cakap ” nantilah result SPM keluar, Angah masuk dan buat semakan”
Nak tak nak, mama jugakkkkkkkkkkk yang kalut sana sini.
Dari sumber laman web KPM Bahagian matrikulasi, ada informasi mengenai pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah mengisi borang permohonan online diminta untuk mengemaskini maklumat tambahan.
Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Feb hingga 20 Feb 2012 untuk tujuan tersebut.
Ambil perhatian ye mak-mak!
Maklumat lanjut klik : Laman web rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian PelajaranMalaysia – http://www.moe.gov.my/bmkpm
6/2/2012 ( Isnin ) nanti bolehlah klik http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini/login_kemaskini.cfm
tatau nak cakap anak bertuah ke mak bertuah
kalau mak tahu xpela nak tolong2 semak 🙂
hehe..biarlah..dah maknya rajinn..
mak2 je yang sibuk.. kesian kat mak ..(cakap diri sendiri)
beruntungnya anak kakjie..hihi..
bertuah betul mak ni!!
semakan permohonan lebih awal dari tarikh keluar result? tak silap result keluar 22 feb.. betul ke?.. tapi memang matrik hantar permohonan awal dari upu..
wah! petanda tak lama lagi kemasukan sessi pelajar baru di U..hehehe
tetiba terkenangkan 15 tahun lampau tatkala pertama kali nak menjejakan kaki ke U…
masa tu tak ada internet lagi…masing2 bergantung harap pada suratkhabar dan pejabat pos besar…
nak beli borang UPU kena turun JB di Pejabat Bos Besar di sana.. tu lah kali pertama menjejakkan kaki ke JB sendirian..ahaks..kalut sungguh,….
dulu2 sy tak tahu nak buat semua ni , mak pun tak tau akibatnya banyak terlepas , untunglah anak2 yg ada mak serba tahu ni 🙂
anak mama nie manja la 2…
xpew…bantu dia, nanti dia anak sendiri,
dia plak buat untuk anak dia…
🙂
semoga berjaya dik 🙂
selamat mengisi borang kak kujie…
Untungkan anak2 zaman sekarang kalau dulu kena buat sendiri sebab emak tak faham apa kebenda ni semua.
anak org lain buat sendiri kot..hihi
anak kak jie je sbb dia org tau mak dia selalu online
tak juga kujie… ada yang saya tahu, bapa atau maknya yang kalut menyemak.