Ais krim potong perasa jagung, keladi, pandan dan strawberi…satu Rm1
Pagi-pagi saya dah gegarkan anak-anak ajak keluar. Ajak pergi Pasar Tani @ Pasar Karat di Stadium Shah Alam. Pasar di sini ada setiap hari Ahad.
Sebesar-besar ruang letak kereta stadium pun boleh sesak kalau dah lewat.
Tak ada tujuan utama pun pergi sana, cuma ambil masa pagi jalan-jalan dengan anak-anak
Nasib anak-anak dah bujang, boleh tolong jinjing barang mak
Itu tak beli apa-apa ….berjinjing2 juga. Along beli seluar futsal dan tuala. Angah beli flipper dan wallet. Intan beli seluar. Beli ayam goreng, beli buah duku langsat , jajan untuk sesi lepak hari minggu bersama family.
Saya… hehehehe… Betul tak beli apa-apa pun.
Beli tudung 2 helai. Tudung bawal. Bukan mudah nak jumpa tudung bawal sekarang ni, 20 gerai baru jumpa satu. Itu pun dengan pilihan yang terhad.
Posted with WordPress for BlackBerry.
whoa saya yang dok shah alam pun jarang pergi pasar pagi ni hehe :). nanti nak buat travelogue ke sini la hehe 🙂
first baca pasar karat,teringat kat JB.. ada gak namanya pasar karat tapi waktu malam la.. standard2 cam uptown..
tak jauh ke kak jie sampai ke shah alam.. bagus nye.. hehe.. sekali sekala berjalan dgn anak.. mmg best..
wahh pagi-pagi dah makan ais krim. Tak sejuk ke diorang?
kami pergi pagi dr rumah..drive saja pun sejam
sampai sana dah kul 9.30 – sarapan
jalan jalan jalan jalan… berpeluh ketiak
dah tenghari…tu yg beli ais krim
balik kul 12
Assalamualaikum,
Pernah sampai sekali 2 tahun lepas kot…jam 8 pagi dah tak boleh nak masuk dah. jem dan sesak.
Seronok kalau jalan2 soping moping jamu mata. Walaupun dah niat tak mahu beli barang, akhirnya tetap TERBELI juga…hati memang tak kuat kalau dah ada kat sini 😉
alamak!!! ada juga yang jual brg dah berkarak,hehehe gurau jer..
apasal nama pasar karat kak kujie..?
alamak, pagi2 da gi pasr..kacau nak tidur je..hahaha
hehehe…. aktiviti yg satu ini confirm bisa membakar banyak lemak-lemak yg jahat… hehehe
maza lak membuat senaman ringkas dgn memejamkan mata di atas katil.. oppsss… zzzzz
heheheh
dah lama tak pergi pasar tani sebab sejak pindah rumah ni, tesco tu dah mcm pasar bg kami.. garam habis ka tesco je kami terjah sebab dekat sgt dgn rumah.. jalan kaki pun boleh.. 🙂
lama dah tak pegi pasar karat kat jie…dok pegi tempat ada econ je…tudung bawal dah tak ternd kot kak…selendang senang pakai…lagi senang syiria…
memang susah nak cari tudung bawal sekarangni..yang banyaknya tudung ekspress dan selendang..
kalau tak silap. tudung bawal nie yang kalau nak pakai tinggal sarung dkt kepala kans…mmg senang nak pakai jika dibandingkan dgn tudung biasa yg nak kena pakai jarum peniti @pun brooch…
silap tu…tudung bawal tu lain
tanya orang rumah…hehehe
klu di JB, pasar/bazar karat diadakan pada belah petang smpai ke tengah malam setiap hari…mcm2 brg ada dijual…tp harganya taklah semurah mana…
Saya bayangkan kalau “Pasar Karat” tu mesti jual barangan antik.. Rupanya macam2 barang ada dijual di situ..
Sekarang trend tudung ekspres, tapi saya macam Kak Jie, masih setia dengan tudung bawal.. 🙂
tak suka pergi pasar pagi-pagi. mesti kena angkat barang. hehe..
woi woi… kena latih skrg ni, esok2 kawen nak tolong angkut ikan sayur beras gula
takkan bini yg kena angkut
hehehe… kak jie pegi pasar pagi biasa2 pun ajak anak2
kalau tidak ikan cencaru ikan jaws pun dia tatau
tak mau gakk..
kalau kahwin..bawa troli la..
jejaka kacak mana boleh angkat barang..nnti saham jatuh menjunam….
haa..tau takpee..
Satu hari saya nak singgah sana jalan2 pasar karat.Tak pernah pergi lagi.Dulu masa duk Shah Alam belum ada lagi pasar ni.
dah lama tak pergi pasar ni. selalu pergi cari baju bundle.
baru first time dengar pasal Pasar Karat .. 🙂
pernah jumpa ayah penyanyi jazz Nurin Azis katanya beliau berniaga di Pasar Karat Shah Alam jual pokok bunga dan baca pokok.
datang dari jauh tuh sis …
memang kalau lambat susah dapat parking .. kul 7.30 am pun dah penuh orang…
lama pulak tak g sana …
Saya selalu dengar cerita pasal pasar karat Shah Alam ni. Dgrnye sangat luas dan macam-macam ada. Ttp tak pernah ada peluang nak pergi. Maklumlah, kita tak duduk area Lembah Kelang, huhu.
macam macam ada……….nak kata semua ada tu , tipu le pula , kan
dari barangan basah, dapur – ikan, sayur , bawang segalanya
gerai utk sarapan – nasi , mee, meehun, kebab, air segala jenis, kuih segala jenis
perhiasan rumah – meja, cadar, langsir, karpet – yg baru dan yg 2nd hand
baju , seluar, kain, kasut, beg – yg baru yg 2nd hand
assesori kereta – yg baru yg 2nd hand
barang antik – pinggan mankuk, perhiasan rumah, lukisan , duit lama dsbnya
binatang peliharaan
orang jual kereta pun ada
ada mcm2 lagi lah
zaman sekolah dulu…
ada satu gengperempuan namanya geng bawal kat sekolah…
memang peminat tudung bawal kot tu..
ahahhaaa
zaman dulu mmg tudung bawal je
skrg ni je ada mcm2 jenis tudung
kak jie ni simple, dah berusia…tak sanggup nak pakai tudung warna warni mcm zaman skrg ni
tudung tu perlu tidak menarik perhatian org, nak guna kerongsang pun guna yg kecil2 je, tak berkilau supaya tak menarik perhatian org lain
skrg ni pesen terbalik….. tudung bagus dah, tapi warna, jenis, assesori tu pula yg menarik perhatian orang… tak berapa baik sebenarnya
owh suka tudung bawal ye.. kenapa tak minat tudung2 sekarang kujie
tudung pesen sekarang ada, cuma tak minat kalau nak pakai dgn baju kurung
tudung pesen sekarang ni pakai utk simple, kedai, hantar anak gi sekolah….
tapi kalau dibagi pilihan, tetapi pakai tudung bawal
lamanya tak dapat berjalan dengan eluarga sendiri…
rasa lega…walau anak2 tu remaja
dia tak malu tak segan nak bersoping moping jejalan dgn mak
dgn adik berandik… rapat leh sembang gaduh sama2
ops… tak leh tulis lagi pasal anak, nanti suami dok jauh tu yg menitik air mata
Jauh sampai ke Stadium berjalan. Saya selalu berniat untuk “Window Shopping” tetapi balik pasti berisi. 🙂
pagi minggu kalau memandu jauh mcm tu, seronok
tak sesak…ikut GCE, kejap je