Redha Dengan Perkara Kufur Adalah Kufur
Isu Semasa

Redha Dengan Perkara Kufur Adalah Kufur

berdoa

Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam.

Ini adalah salah satu quote yang biasa kita dengar dan gunakan, tetapi jujurkah kita kepada impian dan harapan itu?

Dulu kita tak tahu , itu namanya jahil.  Kalau tak tahu kena belajar, kalau dah tahu kena beringat, kalau dah pandai jangan terpesong.

Kini telah tahu , hasil dari pendapat dan pandangan juga dalil yang dibahaskan.  Itu tandanya lebih baik dari semalam.  Syukur alhamdulillah.

Tetapi kenapa masih mencari dalih untuk mengiakan tindakan bersandarkan kepada kebiasaan? Berdalilkan kepada akal semata?

Sebagai orang awam , kita perlulah merujuk kepada para ulama untuk mendapatkan penyelesaian.  Ikutlah pandangan dan nasihat mereka yang berilmu.

Penyelesaian kepada persoalan ada kaedah-kaedahnya supaya orang awam seperti kita ini tidak kebingunan dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan memilih mana-mana pendapat yang disukai. Memilih mana-mana pendapat tanpa berdasarkan prinsip adalah satu tindakan yang salah.

Antara kaedahnya ialah mengambil pendapat yang paling berjaga-jaga atau paling selamat.

Jika pun ada berlakunya pertembungan pendapat, bersifat matanglah dan berlapang dada menerima perbezaan pendapat yang timbul.  Hormati pendapat orang lain supaya pendapat kita juga diterima.

Tak perlu berbangga-bangga kerana perbezaan pendapat itu sehingga menimbulkan kegelisahan dikalangan masyarakat.

Semoga hari kita menjadi lebih baik dari sebelumnya, menjadi lebih tahu dari buntu.

( Entri rujukan  – Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain )

saya pun manusia lemah yang selalu tergelincir….
tetapi selalu ingat pesan ustazah…
kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Redha Dengan Perkara Kufur Adalah Kufur

  1. Aku setuju tu Titan.

    Masalahnya org kita ni, asal dapat satu berita, tak siasat dah. Terus bagi pendapat tanpa siasat duduk perkara sebenar.

    Kalau bercanggah, terus kate org lain ‘sesat’.

  2. Terima kasih Kak Jie utk ingatan ni.

    Saye kadang2 terkilan juga dgn kawan2 yg sentiasa rase, pendapat mereka sajelah yg betul dan tepat.

    Sampaikan sanggup hina org2 tertentu hanya kerana taksub atas satu2 asas saja.

  3. bagi aku senang aje. Ragu-ragu? Tinggalkan atau diam saja. Dah tahu perkara sebenar, baru bagi pendapat. Kalau tidak, diam itu lebih baik.

  4. Salam kakjie. nmpknye perkara macam nie boleh mengelirukan ramai orang.banyak sangat pendapat sampai ada yang salah faham.

    Bagi saya,sebaiknya kita minta pendapat dari ramai ulama kan tentang perkara ini. Sya dah baca dekat blog nie,dan sampai ada yang hmpir2 bergado jugak sebab tersalah faham.huhu

    Senang cerita utk mengelakkan dari pape yang tak patut,better kita tak payah ucapkan. Mungkin ucap selamat hari natal saje dah cukup,dan seeloknya tk perlu la sampai nak sambut skali kan.

    Ini hanya sekadar pendapat saya. Dari kita trus bagi ucapan dan ramai yang terkeliru,better amik langkah berjaga-jga.Wallahualam=)

  5. “Christmas is the season during which Christians everywhere give thanks to God the Father for the birth of His Son, Jesus Christ”
    Definisi dah jelas (bertentangan akidah), fatwa dari ulama pun dah keluar, kenapa masih ragu-ragu?

  6. ok… nak kata pandai idak la.. tapi troll pasal ucpan ni dah jadi macam trend kat FB. terima kasih atas sumber rujukan, apa yang dapat disimpulkan:

    Memberi ucapan tersebut tidak bermaksud kita memerima kekurufan agama tersebut. sebagai tanda hormat.

    yang penting niat kat hati, kalau kita membenarkan cam mengiktiraf agama tersebut tu dah lain cerita. pokok pangkal, kalau rasa-ragu ragu… baik diam… carik bahan rujukan saheh… dan sampaikan untuk perkongisan sejagat. bukan troll kat FB.

    haih la bebudak sekarang ni.. nak kata anak-anak.. padahal yang troll tu dah stended bapak anak. bila ditegur… dia bandingkan akidah kita. sapa la kita nak nilai akidah orang? akidah sendiri pon tak tau duduk mana.

    sedey gak la dengan perkara ni. cuma boleh tarok perasaan benci dan tak mau bersetongkol dengan kebodohan yang dilakukan. sekadar termampu. thanks sekali lagi untuk rujukan kat atas.

  7. Terimaksih atas nasihat pendapat saudara/ saudari yang berilmu dan berlapang dada.
    Entri saya bukan hasutan bukan ajaran sesat cuma mohon kita rujuk pada yg berkenaan. Kalau itu kesilapan, saya tak ada masalah utk diadili Allah diakhirat nanti.

  8. Salam Kujie 🙂
    Okay, kalau ikut cara sy nak belajar or thu hukum hakam agama.
    Sy akan buka YouTube berkaitan dgn ceramah agama.
    Ataupun sy terus tanya sendiri pada fanpage.
    Sebab byk juga isu yg sy keliru. Sebagai contoh : berkenaaan ucapan selamat hari perayaan pada agama lain.

  9. 😳 apo ko cakap ni.
    ulama tu sapo. orang india yang datang malaysia sibar islam.
    apa yang dia tahu apa yang dia bace.

    Tok sahlah menyesatkan orang melayu. Sekarang kita demokrasi orang awam boleh berfikir dan beri pendapat.

    Ko sondol gambar Faizal Tahir lepas ko suruh orang lain dengar dongeng2 dari ulama.

    Sape ulama ko tak cakap. Pelakanod emok yag taklaku mcm Ogy atau bob lokman.

    Sape3 je boleh pakai serban mengaku ulama.. 😎 😥 👿 :mrgreen: :mrgreen:

Comments are closed.