Jangan dibicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri sampai ke kaki tangga
Peribadi

Jangan dibicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri sampai ke kaki tangga

Bila kau pandang bintang dilangit jangan lupa rumput di bumi

Semalam ajak anak bujang tu keluar, beli mesin potong rumput Bosch Art 23 Easytrim. Mesin seberat 1.7kg menggunakan satu tali dan satu mata pisau kekal sepanjang seinci.

Biasanya saya upah pemotong rumput majlis daerah, tetapi bila tiba giliran bulanan mereka lalu di sekitar rumah , saya tak ada di rumah.  Akhirnya taman sekangkang anak kera menjadi hutan hujan tropika paling subur ditambah dengan musim hujan sekarang.

Biasanya bahagian tanam tanaman ini minat suami, dia yang cari pokok, tanam dan uruskan.  Hampir 3 tahun dia di luar negara, saya cuba menguruskan apa yang perlu.

Kepada encik suami yang jauh dimata, maaflah saya tak mampu nak jaga semua.  Bukan kehabisan kudrat tetapi kelesuan semangat.

Kalau abang baca entri ini, saya dan Intan dalam perjalanan balik ke kampung.  Balik sehari saja jumpa mak abang.  Dah 2 hari kita tak dapat berhubung, mungkin talian internet di sana yang bermasalah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Jangan dibicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri sampai ke kaki tangga

  1. Dulu memang minat bertaman terutama cantum bunga kertas jadi berbagai warna tapi entah mengapa minat menghilang begitu tapi nasib baiklah diambil alih isteri kalau tidak taman jadi belukar juga lah.

  2. Assalamualaikum,
    Ingatkan rumput kat stadium masa perlawanan bola sepak sukan SEA Malaysia vs Indonesia semalam…

    Selamat balik kampung

  3. yg ni tentang mesin rumput ker atau pasal jaga tepi kain orang…? ambik positif la kalau ada orang jaga tepi kain kita…. jgn pandang orang, pandang apa yg dia nak sampaikan atau tegur….

  4. Hampir terlupa:

    Sila pakai Personal Protection Equipment(PPE) walaupun ia hanya mesin rumput trimmer elektrik. Dulu ketika guna mesin rumput trimmer eletrik ini saya pakai safety boot, google dan bertopi walaupun ia leceh tapi atas faktor keselamatan.

  5. Dulu saya ada mesin rumput trimmer elektrik ini. Sebenar kegunaan mesin rumput trimmer ini untuk memotong kawasan yang tidak tercapai oleh mesin rumput tetapi telah disalah guna sebagai mesin rumput biasa. Lama juga mengunakannya hinggakan satu hari motor berasap dan terbakar. Cuba menghantar untuk pembaikan tetapi harga pengantian motor sudah sama nilai membeli unit baru.

    Saya dahulu mengubah suai benang trimmer supaya boleh guna banyak kali kalau tidak spool tersebut kena ganti sebab cepat sangat habis.

    Nasihat saya kalau guna mesin rumput trimmer elektrik ini tidak boleh on lama-lama nanti motor cepat panas kena pandai hendak sejukkan motor supaya tidak melampaui panas.

    Akhir sekali saya mengunakan mesin rumput tolak jenis green<—mesin rumput tolak mengunakan kudrat dan untuk trim guna gunting pokok. Badan sehat sebab keluar peluh.

Comments are closed.