Semalam kat surau, kaum ibu semua bercerita tentang bantuan RM 100 untuk murid sekolah. Semua bertanya macam mana nak ambil bantuan RM 100 tersebut.
Ada jiran saya dapat RM 400 untuk 4 orang anak. Masa ni masing² berkalau kalau…kalaulah aku ada anak 10 orang! hahahaha….
Saya diam saja kerana kedua-dua anak saya tidak layak untuk dapat bantuan RM100 tersebut kerana Intan berada di Tahun 6 dan Angah murid Tingkatan 5.
Menurut berita awal, murid Tahun Enam hanya akan menerima RM 100 tersebut tahun hadapan apabila memasuki Tingkatan 1. Murid Tahun 1 juga akan menerima bantuan tersebut selepas sesi persekolahan Januari tahun depan.
Tetapi petang semalam, sewaktu balik dari sekolah, Intan cakap cikgu suruh datang ke sekolah untuk ambil duit RM 100. Logiklah juga sebab murid Tahun 6 pun perlu buat persediaan untuk memasuki Tingkatan 1 tahun depan.
Pagi tadi saya dah ambil bantuan RM 100 tersebut. Cuma bawa kad pengenalan dan jumpa guru kelas . Turunkan tandatangan, note sekeping seratus ringgit pun bertukar tangan.
Buka saja pintu kereta bila saya jemput dia tengahari tadi, dia cakap ” mama dah ambil RM 100 tu, jom pi pizza hut”
Bertuah sangatlah budak ni!
ketawa kecil saya membaca telatah anak kak..budak2 sekarang..
anyway, thanks to gomen sebab bagi duit ni…hehehe
biasalah dianak tirikan..huhu
suh je sedara2 yg dekat2 sekolah tu..
atau call guru kelas, maklumkan ketidak hadiran anda..
sekolah sy ari selasa nie majlis nie, adeii penat la handle majlis org politik turun..layan je la…huhu
time camnie la nak ank ramai, tp, hanya dtg 5 tahun sekali kot.hehe..
menandakan PRU makin dekat…
Pagi tadi pergi ambil.. lama jugak beratur disebabkan ada sedikit masalah teknikal di mana duit on the way dari Bank.. ada ibu bapa mengeluh sebab kena berdiri lama tapi bila dah dapat senyum je..
apa-apapun terima kasih kepada kerajaan.. 😉
alhamdulillah dah amik pg td before g sekolah…leceh skit pasal anak x bwk sib baik bwk Mykid senang skit nak adjust…anyway TQ government…
adik saya pun dapat juga.
alhamdulilah..sek anak saya isnin depan bru blh collect duit RM100-00…tp time tu pulak saya dah ada kat Kedah…
arini pun ramai staf saya yang kuar awal nak gi amik duit bantuan tu. Patutlah kosong je ofia arini.
mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..hehe..simpan buat beli baju nak masuk sekolah menengah..
Anak-anak sekolah swasta agama senyap je tak ada sebut pun.
saya semalam siap naik kereta polis ambil duit..ehhe
Sebelum ini baca murid Tahun 6 akan dapat Januari tahun depan bila mendaftar di Tingkatan 1, tetiba suruh datang…Kak Jie siap cakap dengan Intan…cikgu silap kot 😆
minggu depan pun boleh pergi sekolah ambil….
Sebelum ini memang Tahun 6 tak dapat sebab tu Kak Jie diam jee…. tak de cerita.
Hari ni dah dapat dalam tangan, baru leh cerita…hehe 😆
wah… hari ni sekolah dibawah kawalan pihak polis. Ada 3 polis siap bersenjata di kawasan sekolah. 😀
baru je nak komen semalam terlibat dengan pemberian sumbangan tu..murid darjah 6 pun ada..hehe
semalam ada budak yang dah berhenti datang bagi IC nak duit jugak..nasib baik cikgu tu perasan
Bagi yang ada anak bersekolah saja laa…
hehe… itulah,,, dah dapat RM100, budak pun dah panjang akal kak jie
waaa dah amik yeee…sy ni x sempat2 lagi ni ❓
den esok nak g amik ni…busy sesgt 2 3 hari ni…
Saya juga dah ambil semalam, sambil tengok report card anak saya yang satu2 bersekolah. Seronok dia bukan main. Tgh berkira-kira nak beli kasut baru sebb kasut sekolah dia dah kena curik .. alahai.
Hari ini isteri saya sekolah untuk tuntutan RM100 pemberian kerajaan. Untuk yang seorang lagi kena ambil tahun 1 tahun 2012.
wah bestnya…zman sya takde pun bantuan2 mcm ni