EDIT 10/8/2012 – Cuti ganti hari raya 2012 – baca di sini > 16 & 17 ogos 2012 Cuti Ganti Hari raya
————————– dibawah ini entri asal —————————
Hari ini hari terakhir persekolahan 2011 walaupun kebanyakkan sekolah menengah telah bercuti sejak bermulanya SPM 2011 pada 14/11/2011. Sekolah Kebangsaan di kejiranan saya juga telah bercuti mulai hari ini , hanya SJKC ( sekolah Intan ) yang masih mengikut takwim 2011.
Cuti akhir tahun bermula dari 19.11.2011 – 01.01.2012 selama 44 hari . Macam tempoh berpantang ibu-ibu bersalin.
Hari persekolahan 2012 akan bermula pada 02.01.2012 ( Isnin ) untuk Taklimat dan Orientasi pelajar Tingkatan 1 sekolah Intan. Pelajar lain akan memulakan hari pertama persekolahan tahun 2012 pada 04.01.2012 ( Rabu).
( saya tak faham kenapa bermula hari Rabu bukan hari Selasa…erk…)
Jom kita tengok JADUAL PERSEKOLAHAN 2012 , sambil merancang cuti, nak kenduri kahwin nak tempah tiket promosi Air Asia..hehehe
# Hari Raya AidilFitri 2012 dijangka pada 19 & 20hb Ogos sewaktu cuti pertengahan penggal ke 2.
CUTI GANTI TAHUN BARU CINA 2012 DAN HARI RAYA HAJI 2012
Tarikh raya cina pada 23 & 24 Januari 2012. ( Isnin dan Selasa ).
Bagi negeri yang hari minggunya Sabtu dan Ahad, cuti raya cina bermula dari 21/1/2012 hingga 29 /1/2012 . 26 & 27 Januari adalah cuti yang perlu diganti.
Bagi negeri yang hari minggunya Jumaat dan Sabtu, cuti raya cina bermula dari 20/1/2012 hingga 28/1/2012. 25 & 26 Januari adalah cuti yang perlu diganti.
Tahun depan hanya Intan seorang yang masih bersekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan terikat dengan jadual cuti persekolahan 2012. Cutinya sudah tidak selaras dengan Along dan Angah. Susah juga nak merancang.
Suami saya merancang pulang bercuti ke Malaysia juga berpandukan kepada cuti persekolahan supaya dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.
Sumber rujukan Takwim Sekolah 2012 – Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia ( www. moe.gov.my )
Kalo tahu jadwalnya seperti ini orang tua juga tidka perlu repot memanage waktu anak
Lengkap sekali daftar percutiannya..
tak sabar tggu bulan 11 , 12 jer..cuti pjg…alamak…untung cikgu..hehehe 😉
begitulah aksi putaran bumi..harap masih lg diberi kekuatan untuk meneruskan umur berbaki ini…aminn.. 😉
terus booking tiket cuti balik kg…hahaha..
keje swasta macam gua xdpt la cuti camni hahaha
Masa berlalu pantas anak semakin membesar kita semakin menua begitulah aturan alam. Rasa baru je bermula persekolahan sessi 2011 ni dah nak melangkah 2012.
Assalamualaikum,
Wahhhh! dah besar intan ya…dah masuk sekolah menengah 😛
Kak Jie dpt surat dari sekolah, kena lapur diri 02/01/2012 , untuk Intan di minggu suaikenal. Pelajar lain mula 03/01/2012 ikut takwin dalam jadual yang disediakan.
sekolah 2/1 ke.. bukan cuti New Year dibawa ke 2hb tu ke
Sudah keluar Takwim senang hendak merancang aktiviti supaya tidak jatuh hati cuti sekolah. Terima kasih Kak Jie.
itu yang sudah bila anak dah abis sekolah… payah nak cari cuti yang sama