Edit : 02/10/2013 – klik di sini – Laporan Audit Negara 2012
Saya tak pasti apa yang semua orang rasa bila membaca Laporan Audit Negara hampir setiap tahun dengan keadaan yang sama.
Apa fungsi diaudit setiap tahun? Apa guna laporan ? Bukankah untuk membaiki kesilapan tidak berulang dan mengemaskan lagi pertadbiran?
Kita dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi berjimat, disarankan melancong di dalam negara dan berhemah dalam berbelanja. Tetapi setiap tahun bila Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan bagai ada luka disimbah cuka, pedih yang mencengkam. Kesilapan dan kesalahan dalam menguruskan kewangan yang berulang-ulang saban tahun.
Kita berkira² setiap sen yang dibelanjakan, setiap ringgit yang dihulurkan berserta cukai 6% kepada kerajaan tetapi akibat pengurusan kewangan yang lemah, sering berlaku pembaziran dan pembelanjaan pada nilai tidak patut berlaku.
Jangan nak cakap awak tak bayar cukai pendapatan , kerana itu bukan satu sumber cukai semata-mata.
Saya cuma seorang isteri dan seorang suri rumah. Setiap kali gaji suami dimasukkan di dalam bank , saya akan keluarkan dan buat perbelanjaan untuk keluarga. Bahagian untuk simpanan, pendidikan anak-anak, rumah dan kereta, sara diri dan segala bil utiliti termasuk sumbangan kepada ibubapa.
Tiap kali saya selesaikan keutamaan ini, saya sering beritahu suami, saya takut dengan tanggungjawap ini. Saya takut kalau-kalau apa yang saya aturkan ini tidak betul dan akan dipertikaikan. Dalam masa yang sama saya juga tidak boleh menjadi seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif, tidak mahu mengambil keputusan menyelesaikan perkara tanpa membebankan suami.
Saya hanya satu unit kecil dalam masyarakat iaitu keluarga.
Menyelesaikan tanggungjawap adalah satu kebahagiaan dan kelegaan yang sukar digambarkan.
saye rasa kadang2 tak patut kerajaan begitu boros belanje. org lain berhempas pulas. setiap bulan -ve je gaji. rumah plak melambung tinggi harge. golongan lepas graduate ni menangis nak bayar mcm2. utang belajar, tambang pergi kerja, harge makanan, rumah sewa lagi. Makin merane rakyat. Kalau org tak balik Msia tu, jgn ckp tak patriotic. Sebab keadaan negara sangat boros dan teruk. Sedih melihat kerajaan melakukan sebegini.
Itulah masalahnya bila orang yang pegang kuasa eksekutif dan pembuat undang-undang adalah pihak yang sama.persepsi majoriti rakyat terhadap kerajaan sekarang sangat buruk, tiada amanah, serta mark up keuntungan dan kroni menjadi keutamaan. 🙁
setiap sen yg diamanahkan utk diuruskan akan ditanya di akhirat kelak. pandai2 la jawab nnt. mungkin alasan yg diberikan di dunia bley terlepas, tapi mungkin tidak di akhirat
apa yang diberitahu oleh mana2 pihak media susah nak percaya sangat.nampak macam cantik je laporan tu tapi realitinya sebaliknya.ntah la… 😕
memang membazir,belum lagi pihak rtm lagi yang bazir wang negara,untuk itu ini
membazir kuasa 8…
nak buat macamana begitulah adanya politik di Malaysia semuanya yang di buat ada kepentingan/untung
Selalunya kalau sebarang pembelian mesti melalui jawatnkuasa dan penilaian harga di buat oleh jawatankuasa dan akan menyemak harga paling mahal n sebagainya serta ada satu paras harga acceptable
Bila pembelian yg x masuk akal ni susah kt nak judge, kn buat siasatan yg mendalam utk lihst dimana ketirisan ini berlaku
Berbalik kepada tanggungjawab dalam memegang amanah sebenarnya, sama2 kt melihatnya pd diri kita
Rasanya tak adil untuk membuat perbandingan kepada pihak yang TIDAK pernah take over.
Kakitangan awam bukan bekerja kerana parti politik tetapi atas kapasiti kerajaan yang memerintah. Ini adalah pemahaman saya dalam politik.
Standard la, orang atas boleh makan % takkan orang bawah tak boleh makan… hahaha…
membazir tp menguntungkn poket2 org tertentu… 🙄
Selagi bergelar manusia begitulah sedangkan arahan Allah swt kita tak ikut, Sunnah Rasulullah pun kita tak yakin siapalah Juru Audit yg manusia nak takut.
Percaya hal begini tetap berlaku walaupun PAKATAN take over. Tengoklah bank2 besar USA dan Europe yg ikut audit pun hancur berkecai.
Maaf cakap…belanja tinggi pasal nak mark up harga. Perbezaan harga akan masuk poket sendiri…tak semua staff jabatan yg snggup bt benda nie..
Kalau dah tau rugi, kena la buat perubahan yang menguntungkan plak
Tengok harga teropong binokular jabatan laut beli rm56k, padahal tak sampai 3k pun, gila punya kaki sapu, bertambah hutang negara.
saya juga takut dengan tanggungjawab ….
setiap tahun almost begini..masuk telinga kanan keluar telinga kiri..pembaziran sana dan sini..belum campur corruption lagi..ohh, rakyat juga yang rugi….
saya rasa kena berbalik semula kepada tanggungjawab . kalau setiap orang menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah dan keikhlasan , benda-benda seperti di atas dapat diatasi .
susah nak komen lebih-lebih mengenai perkara begini kerana dasar yang tidak begitu terbuka untuk menerima komen dan teguran yang baik.
korap
zakat dibayar buat akhirat, cukai dibayar buat dunia… 😳
Ada perkara saya tidak boleh saya kongsikan seperti yang berlaku kepada agensi membeli barang lebih tinggi dari harga pasaran hingga tidak masuk akal.
Cuma saya sentuh satu sahaja apabila barang dibeli selepas 5 tahun baru diganti dan semasa 5 tahun ada wear and tear dimana datang belanjawan untuk menyelenggaranya?
Kakak..nie semua berkaitan dengan sikap dan intergriti seorang penjawat jawatan tersebut…kadang-kadang kak, yang mulakan nie, bukan orang bawah kak..tapi yang atas-atas…yang besar-besar nie…Yang atas-atas, persen lagi besar, yang bawah-bawah persen kecik aja..tapi kalo dan dicampurkan maka banyaklah macam binokular yang dibeli oleh Jabatan Laut …Dan paling menyedihkan yang buat nie kebanyakkannya malay and muslim…huhuhuhu..
common sense is not common anymore…
pada saya, kejujuran itu penting..kena tipu, rugi..semua itu melibatkan kejujuran..kalau tidak jujur..memang banyak la berlaku kepincangan macam ni..audit dapat kesan tapi tindakan susulan kurang berkesan dan tidak tegas..itu juga punca masalah.