Wahai Pili Bomba, Saya Rasa Bersalah
Peribadi

Wahai Pili Bomba, Saya Rasa Bersalah

Saya rasa bersalah selepas park kereta di sini kerana saya tahu Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341) Seksyen 26 menyatakan :

Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 26, mana-mana orang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain daripada tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan.

Saya betul² tak nampak pili bomba yang terletak disitu kerana memang ada petak parkir disediakan oleh majlis daerah.  Bila dah memandu memasuki petak parkir, baru perasan petak ini ada kecacatan.   Terlalu hampir dengan tiang papan tanda jalan dan tiang elektrik juga pili bomba.

Maafkan saya pili bomba.

Saya baru call En Sham Ondscene mengenai peraduan pili bomba yang pernah dianjurkan. Mengikut En Sham , semuanya dah ada , cuma kesibukan dengan kerja utama yang menghalang beliau menguruskan blog seperti biasa.  Senarai pemenang akan diumumkan sedikit masa lagi.  [ Baca : doakan semoga kes kemalangan semakin berkurangan ]

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Wahai Pili Bomba, Saya Rasa Bersalah

  1. mungkin kita perlukan pili bomba mudah gerak..
    next time boleh lah dialihkan pili bomba itu di tempat strategik apabila pakir menjadi taruhan dan mendesak..

    apa mcm ok tak? ahaks..

    hehehehe :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  2. Kalau saya salahkan kontraktor yang dilantik oleh PBT kerana ketika membuat garisan tempat letak kereta tidak ambil kira pili bomba berdekatan

  3. laaa disorok plak no plat kete tu..haha

    kalau macam tu punya parking rasanya takdela masalah sebab ada je ruang untuk bomba guna pili tu

  4. Belum berkesempatan nak dapatkan gambar macam ni lagi
    hehe,kadang-kadang takut jugak nak parking sebelah pili bomba

  5. jawapan tu ada dlm perenggan ni

    Saya betul² tak nampak pili bomba yang terletak disitu kerana memang ada petak parkir disediakan oleh majlis daerah. Bila dah memandu memasuki petak parkir, baru perasan petak ini ada kecacatan. Terlalu hampir dengan tiang papan tanda jalan dan tiang elektrik juga pili bomba.

    Maafkan saya pili bomba.

  6. Kalau ada kejadian kebakaran ke, pihak bomba tidak bertanggungjawab jika kereta yang diparkir di situ rosak ke apa ke. Saya pun selalu juga parking tak kena pada tempat uhuh..

  7. ooohh… di kota bharu pun ada petak parking bermeter di pili-pili bomba, petak parking di garisan putih tepi jalan.. dan paling teruk, petak parking bermeter dalam tanah orang awam. rupanya majlis daerah kita sepesen ya perangainya.

  8. bukan sebab apa..kak jie juga admin blog tu 😆

    tak logik kak jie nak masuk walau kak jie ada submit beberapa entri pasal pili bomba..mgkn kena clain hadiah khas..hehehe 😆

    ( harap2 boss bomba baca ) 😆 😆

  9. kak jie tak layak utk join… 😆

    tak…pili bomba patut ada ruang khas dia, ada line warna kuning…tak kisah lah dia tinggi ke rendah. Kalau kak jie tak salahlah..itulah peraturannya.

  10. lawak lah korang ni….. tu ayat hiperbola utk sebuah pili bomba baru yang masih sweet…tu kawasan kedai yang baru dibuka 😆

  11. sebab tu lah…petak tu dah cacat…bila masuk baru sedar…tak celuih pun. kereta kak jie tu dah rapat sgt dgn tiang 😆 tapi saja je sbb nak snap gambar kenangan

  12. Tak sorok lagi tu, space kelihatan masih banyak 🙂

    Bila dah publish gambar ni, takut kebarangkalian menang kontes tu tergugat plak hehe.

Comments are closed.