Beli Kasut Bata Online
Pengetahuan Am

Beli Kasut Bata Online

Saya adalah pengguna kasut jenama BATA yang setia atas faktor sesuai dan selesa dengan bentuk kaki dan kategori mampu milik. Kadang² mencuba juga membeli kasut jenama lain dan selalunya berakhir dengan kekecewaan. Akhirnya ke kedai BATA juga.

Satu lagi sebab, cawangan kedai BATA mudah nak cari, senang untuk dijumpai dimana-mana bandar di Malaysia dengan lebih 270 cawangan di seluruh negara.

Ini bukan entri berbayar… ini entri untuk diri sendiri nak bershopping kerana sekarang kasut BATA boleh dibeli secara online. Masuk laman web  Bata Malaysia , ikuti 3 langkah pembelian untuk diproses dan tunggu depan pintu rumah.

saya dah register…. tunggu masa sesuai untuk buat pembelian kali pertama.

Saya  pengguna jenama BATA sejak berpuluh-puluh tahun,  membeli kasut secara online lebih menyakinkan dari jenama yang kita tak biasa pakai.

pissttt….ada tak sesiapa nak belikan saya kasut raya ? :lol:Saya dan Intan pakai saiz 6 . Mak dengan anak sama saiz, boleh berkongsi.

Jangan risau, penghantara adalah percuma di seluruh negara.

Maklumat awal dari amanz.my

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Beli Kasut Bata Online

  1. Bata bukan sebarang brand ye… Jangan tak tau dekat Paris pun ada Bata tau… bangga gila bila pegi sana tengok terbentang besar kedai bata dekat sana… Beli la buatan Malaysia 😀

  2. kasut BATA dah tak macam dulu..kejap je koyak atau tertetas jahitan tu..geram gile..beli mahal tapi tak tahan..sandal RM10 lagi tahan kak

  3. maza membeli kasut tidak memilih jenama… janji selesa dan mampu miliki.. ihik!

    psst: sodap laie pakai selipar ahaks.. sonang hehehehhee

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  4. Assalamualaikum,
    Boleh try ni…tapi, jarang ada kat rumah ni macam mana. Siapa nak ambik bungkusan?

    Mmmm pergi kedaipun ok jugak, boleh cuba2 dulu…jom soping bata untuk raya 😆

  5. tak best la kak beli kasut online..tak puas hati kalau saya tak cuba sendiri depan mata.. :mrgreen:

  6. kak jie….saya pakai saiz 5 – 5.5…kecewa giler bila nak beli takde size…dah pusing kedai bata pon takde size jugak model saya nak tuh….online pon takde..

  7. boleh katakan ramai kalangan kita yang dr kecik hingga besar kenal bata, selipar2 sy banyak beli dr bata…org rumah pun sama banyak beli kasut, selipar bata

    tp tu lah online ni tak der kepuasan utk mencuba hehe unless mmg kita dah cuba kat kedai tp tak nak beli lagi tetiba nak pula beli, so boleh la beli online

  8. Betul, sebab kita sekarang dibanjiri mcm2 jenama kasut & selipar.

    Erk, part selipar hilang di masjid tu tak mengira jenama 😕

  9. baru je pergi bata kelmarin , beli 3 pasang kasut , kasut yg ke-4 dpt potongan 50% , tambah tolak bahagi tambah mcm mahal juga , so beli yg tk de jenama je lah hehe.. kasut budak2 byk pilihan kat tempat lain , bata kureng sket …

  10. Kak, bata ni sudah worldwide. pernah jumpa d france kedai BATA.
    hehhe.. cuma orang kita je masih cari hush puppies atau scholl.. untuk dapat kualiti import.
    Sy pun hanya BATA pilihan hati 🙂

  11. eh semacam trend pula guna ayat “maklumat awal dari” ni.

    emm kalau salah saiz guane? :mrgreen:

    errata: Jangan risau, penghantara adalah percuma di seluruh negara. (penghantara skarang muuu. dok rok cetong~ 😆 )

  12. bata ni kualiti ok. kalau tak, tak hilang la selipar bata saya di masjid huhu.

    budak2 muda (lelaki) tak ramai guna bata ni, diorg sukakan adidas, puma, nike. ada tu ada tapi minoriti 🙂

  13. Senang kalau dah boleh beli online. Tapi nak ke kedai Bata jugak sebab jurujual dia comel hehehe. Wife sy suka kasut Bata. Kaki sy pula mmg dah lama tak kenal Bata. Semenjak jaman sekolah.

  14. Kat T&C cakap – In the event the shoes are not suitable or faulty, we will accept returns or exchanges within 7 days from the date of delivery. However, the shoes must be unused and returned in their original packaging. You may return your unused shoes to a Bata Retail outlet or by post.

  15. wah!! pocket siap dah gi tgk dah,
    n found what i’ve been looking for!!!
    tp!!!
    ada soalan…
    customer service,
    kalau tak padan camana kak?
    buleh tuko ker?
    plus, kita rasa jer saiz kita nam (Contoh)
    skali pakai kena tujuh utk design itu,
    buleh tuko ker tuu?

    mcm kurang biasa.. almaklumlah ….
    dah tua dah pocket nii 😀

  16. bentuk kasut dah sesuai dgn bentuk kaki ….dah bertahun2 mencuba juga cari jenama lain tapi selalunya mmg tak puas hati..lagi pun harga dia sesuailah utk org2 mcm kak jie yang bukan nak bergaya sakan tu

  17. selalu gak pergi kat kilang bata kat Klang tu…tapi kedai berwap panas giler tak de econ.

    tapikan topo…. leh gak beli online utk kak jie..hahahaha… kak jie DM bagi alamat 😆

  18. saya pon pengguna bata gak haha tapi web ni boleh buat cuci mata jela sebab kilang bata ada depan rumah.. boleh dapat harga borong hehehe

Comments are closed.