Hentian Puduraya , Kenangan Kali Pertama
Pengetahuan Am

Hentian Puduraya , Kenangan Kali Pertama

Di perhentian puduraya
Tempat mula bersua
Dalam bas berwarna biru
Menuju ke utara
Senyum terukir untukmu
Kau membalas tunduk malu
Sungguh ayu
Ku terpanah dari godaan cinta pertama

Lagu : Di Perhentian Puduraya (Kembara )
Lagu & Lirik : M.Nasir

Bagi generasi saya, Hentian Puduraya adalah titik permulaan seorang perantau di ibu kota Kuala Lumpur yang mempunyai signifikan terlalu besar ertinya. Nadi kotaraya yang diadun dengan seribu satu kenangan manis pahit , jatuh bangun, kecewa dan gembira setiap perantau.

Terminal bas ekspres utama dan paling lama di ibu kota yang terletak di simpang Jalan Pudu dirasmikan Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn pada 2 Oktober 1976.

Hentian Puduraya jugalah yang menyambut ketibaan saya pada tahun 1987. Masih terbayang jerit pekik ulat tiket bersulam dengan aroma bau asap , minyak bas yang menerpa rongga hidung. Tiap kali balik ke kampung, saya  akan berjalan kaki dari Bas Stand Klang menyusuri Jalan Petaling sambil mencuci mata hingga ke Komplek Kota Raya sebelum memasuki JalanTun Perak. Yang pasti , akhir tahun 80’an dan awal 90’an , hanya kelihatan orang tempatan saja, memang susah nak nampak muka orang asing.

Ada satu keadaan yang sering membuatkan saya tertanya² pada awal² tahun saya di Kuala Lumpur. Kenapa ada begitu  orang beratur panjang hingga keluar dari terminal?  Beratur nak beli tiket ke?

Saya tiada encik google untuk bertanya waktu itu.

Akhirnya , saya tahu juga bahawa mereka adalah penumpang bas SKS  KL-Seremban yang perlu beratur untuk menaiki bas.  Saya beranggapan terminal ini hanya untuk bas ekspress.

Setelah sekian lama tidak menjejak kaki ke Hentian Puduraya, baru² ini saya ke sana untuk menghantar Angah balik ke asrama. Biasanya dia menaiki bas di Hentian Duta. Kebetulan tiket dari Hentian Duta dah habis, saya ambil tiket dari Hentian Puduraya.

Wahhh………… terkejut dengan perubahan Hentian Puduraya. Langsung tak terfikir begini keadaanya.

Terminal baru ini telah dibuka semula pada 16 April 2011 selepas mengalami satu proses pemodenan dan pengubahsuaian, dengan peruntukan hampir RM52 juta untuk meningkatkan taraf terminal tersebut menjadi hab moden.

Hentian Puduraya berwajah baru mempunyai tiga kawasan menunggu yang selesa dan berhawa dingin.

Lebih menarik,  dewan sembahyang  Hentian Pudurya telah  mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat dan pada .solat Jumaat buat kali pertama berlangsung di sini pada  8 Julai 2011.

Terdapat 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoran-restoran termasuk 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu.

UDA Mall juga mengambil alih Hotel Puduraya  dan beroperasi dengan nama baru, Angkasa Ekspress.

Bagaimana hendak ke Hentian Puduraya.

Kalau menggunakan LRT Laluan Ampang (STAR), turun di Stesen Plaza Rakyat. Bagi pengguna LRT Laluan Kelana Jaya ( PUTRA ), turun di Stesen Masjid Jamek dan berjalan kaki lebih kurang 700 meter melalui Jalan Tun Perak melepasan depan Menara Maybank.

Kalau saya yang menggunakan Komuter KTM, perlu turun di Stesen Bank Negara dan menaiki LRT di Stesen Bandaraya.

pisssst………. awak pun ada kenangan kat Puduraya, kan… kan…!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Hentian Puduraya , Kenangan Kali Pertama

  1. salam..

    memang berwajah baru skang nih hentian puduraya..harap2nya kebersihannya juga akan kekal terjaga…kekadang susah juga bila ada sesetengah kita yang bermentaliti camni…”ahhh…buang jer sampah tuh…cleaner kan ada..”

  2. dulu tandasnya mak aih..yang dekat tingkat 2 dekat2 surau tuh.. bau2.. 😆
    skrg tak tau la.. mungkin dah clean & clear..

  3. dah tak pergi lagi dah puduraya sejak ada TBS.. melainkan kalau nak pi utara lagi ke..
    tapi ada kes dulu yang pasal banjir di hentian ni sebab kebocoran..
    hentian bas skrg dah macam airport… TBS pun sama..

  4. mmg patut ada tmpt menunaikan solat Jumaat di situ. satu usaha yg ptt dipuji. tp kalau boleh biarlah smo bangunan swasta dan kerajaan di KL tu ada ruang bsr utk solat jumaat bg staf. xperlulah smo nk turun ke jalan raya bersesak2 ke masjid. satu bgnn pencakar langit di KL tu plg kurang ada seribu pekerja.

  5. Fuh..memang nampak benar perubahan.Tak pernah pergi lagi puduraya lepas renovate nih.last pegi pun tahun lepas.Balik naik bas lawat bini ngah berpantang kat kampung.

  6. kenangan? mesti ada…hehe..

    time tu, macam2 suara yg ada kat pudu..terjerit terpekik jual tiket..

    sekarang…belum sampai lagi sejak diupgrade..nampaknya macam berhasil juga kos yg dilaburkan…

  7. waahh…xsabar nk pegi.sblm balik raya kt kg nk singgah situ dlu la.
    biasa la student lgi kan.naik bas je.

  8. Kali pertama saya ke Puduraya ialah lapan tahun lalu. Aromanya masih “segar” diingatan 🙂

  9. huh? betul ke hentian puduraya!? tiada lagi jelaga di rongga hidung? tidak perlu lagi menyental muka?
    terkejut saya tengok foto-foto tersebut. bila agaknya dapat lihat perubahan besar tersebut. mengamcam!
    kenangan? terlalu banyak, semuanya pasal awek-awek haha.

  10. kenangan di puduraya..kena pow rm50 oleh alien planet mana..penah tunggu dekat 5 jam semata-mata nak gi tanjung malim (masa takde komuter)..terlewat sampai pudu untuk balik perak..terpaksa tunggu abang amik kul 11 lepas tu merempit balik perak..pernah hilang wallet..ntah banyak lagi kot 😆

  11. memang nampak cantik dan bau harum! hehe.. sebab apa dulu2 saya mmg pengunjung tegar puduraya sbb student kan.. pepaham ler.. pastu prektikel pun kl juge.. puduraya tempat terjumpe kawan lama.. dulu agak berbau dan agak kurang selesa.. pernah ditemuramah dek Harian Metro pasal tiket balik kampung utk raya.. (malangnye tak simpan keratan itu ade gambar weh) dan mungkin puduraya akan saya jenguk beberapa tahun lagi.. tggu anak masuk U la kot? hehehe

  12. kenangan saya pun serupa.
    samalah juga kak, pulang ke kedah semasa foudation dan tempat angah belajar tu. 🙂

  13. Puduraya oh Puduraya. Kenangan sangat-sangat mencengkam jiwa. Rasanya macam dah taknak jejak je Puduraya tu.

  14. kalau sy nak ke puduraya dgn komuter sy akan turun di stesen kl yg lama tu (pejabat bos) then jalan kaki ke puduraya…jauh skit la..

    kenangan memang kenangan kat situ, pahit manis semua ada….

  15. Kenangan? Sangat banyak.. zaman dulu kala. Walaupun bising dan macam-macam bau ada, tapi saya suka melepak di situ sebab dapat tengok macam2 perangai manusia.

    Sekarang tandas dia pun mesti dah best kan?

  16. Minggu lepas saya ke KL hari Jumaat, penuh surau tu sampai melimpah keluar. Bila dah renovate lawa macam tu, tiba-tiba rindu pula hiruk pikuk Puduraya yang lama.

    p/s: terminal bas ke selatan di Bandar Tasik Selatan dah macam bukan terminal bas, tapi lapangan terbang!

  17. Assalamualaikum,
    Puduraya? Kat situlah kenangan menyedut asap paling best dalam hidup. hidung mesti berjelaga tiap kali nak alik kampung hu hu hu

    Dah canggih macam KLIA ya sekarang ni 😛

  18. tgk stanza cinta. kagum sungguh dgn keadaan hentian puduraya ni kak. cantik!!

    kenangan?? hihi! memang banyakkkk! lelagi masa blajar kat penang. 1st time nek bas sdiri. 😀

Comments are closed.