Pagi² lepak sembang kedai kopi kat Twitter ternampak tweet Feez , terus teringat SMS Along dua malam lepas.
Mula-mula dapat SMS ni mama dia pun turut sama kembang. Semua mak² memang ambil berat hal anak² membabitkan segala hal.
Eh.. nak tau ke Along guna produk apa?
Along guna sabun pencuci muka kulit rambai. Harganya RM 2.90, Beli kat Tesco di bahagian barangan Buatan Malaysia. Kotak warna kuning. Jenama saya dah tak ingat.
Cuma satu tips – selepas masalah jerawat berkurangan, berhenti menggunakan sabun ini. Kalau guna berlebihan , kulit akan nampak kering. Sesuai untuk proses awal untuk masalah kulit muka berminyak.
Kalau Intan, dia ada visi yang berbeza mengenai jerawat walaupun usianya baru 12 tahun dan belum berjerawat.
Dia cakap Along berjerawat kerana berambut panjang. Rambut banyak memerangkap kotoran kerana bahagian paling atas yang terdedah. Rambut yang panjang berjuntai menyebabkan kuman menempek di muka bila tersentuh.
Saya tanya Intan, mana dia tau semua ni….
“Cikgu yang cakap…………”
Terimakasih cikgu!
Bila kami berbincang anak beranak – wah…bab jerawat pun boleh ada persidangan kabinet keluarga, teori ini boleh juga diterima pakai kerana sejak Along memotong rambut menjadi pendek, masalah jerawat dia pun nampaknya sudah berjaya diperangi. ( ayat hiperbola tahap dewa)
Jerawat terhasil akibat dari proses kedewasaan di mana sebum iaitu bahan berminyak semulajadi yang dirembeskan oleh kelenjar sebum dihasilkan secara berlebihan, lambat-laun menyekat aliran keluar dari lubang-lubang halus di kulit.
Janganlah berasa takut dan malu yang berlebihan kerana ia merupakan sesuatu yang normal di mana kebanyakkan remaja melaluinya dengan pengalaman yang berbeza.
Kalau ada tips atau petua mengenai jerawat, berkongsilah dengan saya ye… mak² yang ada anak remaja kena tau macam² dari muzik terkini , fesyen semasa hinggalah pasukan bolasepak kegemaran anak².
p/s – bila ada gambar sabun , saya update ye.
kalau dulu masa remaja saya pakai Oxy tp bertambah2 jerawat last2 saya buat bodoh jer then ok plak
tyka tiap kali ada jerawat cepat cepat carik lumpur ..
tak geli sangat sebab dah biasa dengan lumpur (komander tak boleh geli dengan lumpur)
he he..
dan ustaz pon ada kata , ubat terbaik adalah lumpur kerana kita dijadikan dari tanah .. itu jerawat jarang timbul..
he he he…. untuk cover tapi yg mengcover tu lah yang bagi masalah..
ye lah… yg kita pakai orang lain mungkin tak elok utk jenis kulit dia
kadang2 yang mahal tu belum tentu baik
tapi kena jaga dari awal tumbuh jerawat sbb ada parut kekal nnt
memang secara tradisi, kulit rambai elok utk kulit
cari kat tesco tak jumpa2…nnt kita suruh feez update
dia dah beli tu
owh… memang tak sama. Buat masa ni dlm family hanya Along yang ada masalah jerawat yang serius. Angah ada sikit…… kita normal utk anak tengah naik
Budak2 lelaki ni kalau petua yang remeh temeh tu jangan harap dia nak buat…kita pun sama, apa lagi dia.
Setakat ni berkesan untuk Along, orang lain tataulah…kalau nak bolehlah cuba
cuma nasihat xtra – dia agak mengeringkan kulit..jangan terlebih
kak jie tak tau mcm mana nak promote
biasanya entri kt blog ini pengalaman yg ditempuh sendiri
kita tunggu orang lain share ye
Dan bukan semua anak ada jerawat kan…anak sy ikut selang bunga …1st, 3rd, 5th takde masalah jerawat…yg no 2 dan 4 ada jerawat agak hebat….mana anak yg banyak jerawat tu kesian jugak, sy beli jer produk2 yg ada di pasaran…tp xpernah guna yg rambai ni…nak try lah juga…
nenek sy dulu suruh guna putih telur eloknya telur ayam kg… perah limau nipis jadikan mask…tapi mak aiii….pedih giler…
Keturunan ke jerawat nih? Sbb sy ni jenis jerawat sembunyi…dlm hidung…sakit wooo…hubby pulak jerawat kat kepala….
kak jie..ubat resdung yg ok tau?promote skit..
jerawat sya agak hebat la..hoho..ade kaitan dgn resdung..
dulu penah ada jerawat besar kat hidung.
perghh, nak jalan kat luar pun malu.
last2 g klinik, doktor picit sepuas hati die, berair mata tahan kesakitan, tapi mmg puas 😆
nak tengok lah kak jie gambar sabun tu.. 😆
cayalah produk buatan malaysia. 🙂
masa remaja memang senang kena jerawat..dah 20 an nanti..jerawat pun kurang la. janji jaga kebersihan..
produk jerawat banyak,,tapi kadang-kadang tak sesuai. saya just pakai bedak nyonya je sejak dulu-dulu, boleh atasi jerawat dan jugak campak.
aaaaaaaaaaaaa ptutla jerawat rancak naik kat dahi, rmbut pnye psl rupanya. kalau gunting, susah pulak. nak cover jerawat mcm mana. adoi adoi..
guna kentang pun blh hilangkan jerawat
hiris atau blend da tepek jer kat jerawat. biarkan kering
selama 30 minit.. basuh dgn air sejuk.. buat beberapa x..
salam kak jie.
saya siap gi jumpa doktor. kena ambil antibiotik, sebab jerawat makin terukl, tak masuk lagi bab2 gatal2 kat muka ni.
alhamdulillah, lepas guna pencuci muka lactacyd, gel jerawat & antibiotik erythromycin seperti yg doktor sarankan, muka pun makin okey, jerawat berkurang, blackheads pun hampir tiada.
ditambah dgn rambut yg dah digunting pendek sikit. XD
eh yerker? nak trylah gunting rambut pendk.. hehe..
mesti byk pengalaman ni
kak jie masih sihat 😀
huhu..harga murah..nak pergi beli la.. 😀
Ok tak?
Kak Jie suruh Along cuba secara tak sengaja terjumpa di rak tesco. Muka dia berminya…ada masalah jerawat yang serius. lagi budak lelaki bukan nak jaga sgt
kalau tak ada masalah, tak perlu
kalau ada, cubalah – tak sesuai bagi kita, mgkn sesuai bagi orang lain
cuma bila masalah tu susut, berhenti…
semua mak buat mcm ni…. jaga masa depan anak2 bukan soal pelajaran je..soal kulit muka pun…
Tak ingat lah jenama apa…kak jie dah tua, memory dah low 🙁
pakai bedak je…wah
sebenarnya semua produk sesuai utk sesetengah orang sebab tu kita dengan produk ni ok dgn orang tu, tapi tak ok dgn org lain…
Saintifik sungguh pemerhatian Intan 😎
Teringat pula pada video Hari Ibu MatLuthfi
sebab lain adalah hormon.kekadang bila perasaan yang tak pernah wujud tu timbul,jerawat pun ikut timbul.haha…
apa itu perasaan yang tak pernah wujud?cinta la…haha…
mengarut je aku ni :p
Terima kasih kak jie sbb sudi coretkan nama feez dkt atas..
wahh, mcm pencuci muka betik tu ke? apa org panggil papaya?
dulu waktu feez sekolah popular jgk pencuci muka mcm ni.. nnt leh try lah kalau berkesan..
baru berangan nak beli skin care for acne jenama simply siti..
feez dh cuba byk jenis produk, tp tak berkesan.. Nak2 sekarang kalau stress sikit je, senang betul jerawat keluar..
tp muka feez ni mmg ada masalah kulit berminyak.
hmmm, thanks for info kak jie..
Sama la dengan saya kak jie..minggu ni jerawat naik bercambah²..
Tekanan kot..hihihi
Nnt mak nk cuca try carik jugak lah..masa muda2 x de masalah jerawat, tatau la nape skrg ni mkin menjadi2 plak..akibat stress study la gamaknya. Tak pun, mgkin ada benarnya sbb berambut panjang. Hurmmm..nnt nk tgk kebenarannya lah sbb skrg dah berambut pendek!
Saya pun pernah cuba juga k.jie. Ibu memang kena jadi sumber maklumat. kene tahu serba serbi.
Ada jugak mereka kata, sabun tu bagus. Cumanya saya tak pernah cuba.
masih belum dapat selesaikan masalah jerawat. teringat video mat luthfi pasal ni. tajuknya ma ma ma ma — katanya sebab hasil penuaan hehe
Saanen ke Kak Jie? Saya pernah guna Bedak Kulit Rambai. Best! Rasa berangin ja lepas cuci..
bedak ummira edaran seri mh ummi sdn bhd, pengkalan chepa, kelantan, hihi…