Sepanjang hujung hari minggu – waktu bersantai bersama keluarga. Mak mertua saya datang, adik datang, adik ipar datang, kakak ipar datang, anak saudara sebelah saya sebelah suami – datang bertamu.
Minggu lepas aktiviti kejubus, rewang dan tetamu blogger, minggu ini adik beradik saudara mara pula.
Walau tidak aktif beronline, saya sesekali masih menjenguk dan membalas beberapa mention dari kawan² di Twitter.
Entah bila, saya terpandang tweet yang di RT – Al-Fatihah, Dr Lolo Ahli Parlimen PAS Titiwangsa menghembuskan nafasnya baru sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Kebetulan mak mertua saya mengenali Dr Lo’ Lo’ Ghazali. Saya sampaikan khabar ini kepada mak.
Lima minit kemudian saya baca tweet lagi berita yang mengatakan bahawa Dr Lo’Lo’ telah meninggal dunia adalah tidak benar.
Syukurlah saya sempat membaca tweet kedua. Kalau tidak…………..?
Twitter memang pantas menyebarkan berita tetapi bila menyentuh bab kematian, perlu berhati² untuk menyebarkannya.
Saya pun bersalah juga kerana membacakan tweet tersebut kepada emak. Nasib baik juga mak di depan mata, boleh betulkan fakta.
Dr Lo’ Lo’ Ghazali adalah Ahli Parlimen Titiwangs sebenarnya sedang dirawat di Hospital Selayang kerana menghidap barah paru-paru.
Semoga Allah menyembuhkan beliau jika itu yang terbaik baginya.
===================================================
EDIT : 10:45 malam 17hb Julai 2011 – Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Dr. Lo’lo’ Bt Mohd Ghazali baru sahaja meninggal dunia… Al-Fatihah
Twitter dari Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Solat jenazah dijangka akan diadakan di di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 8 pagi 18hb Julai dan dikebumikan jam 10 pagi.
BIODATA YB. DR. LO’ LO’ DATO HJ. MOHD GHAZALI
- Tarikh Lahir: 2 Ogos 1957
- Tempat Lahir/ Asal: Kuala Kangsar, Perak
- Pekerjaan: Ahli Parlimen Malaysia (P119: TITIWANGSA)
LATAR BELAKANG AKADEMIK:
- Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly, Ipoh
- Sekolah Raja Perempuan Taayah , Ipoh
- Kolej Islam Klang
- Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Pertama ( Kedoktoran)
- Adelaide Alternative medicine & Surgery – Acupunturist
KEGIATAN DALAM PAS:
- AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
- Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
- Ketua Pengarah Al-Nisa’
- Ajk Kerja Pas Pusat
- Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.
PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA:
- Bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang dalam Pilihanraya ke 11 (kalah)
- Bertanding di Parlimen P119 Titiwangsa dalam Pilihanraya ke 12 (menang)
Dipetik dari http://drlolo.wordpress.com
EDIT : 11.30 pagi – Jenazah Allahyarhamah Dr Lo Lo’ Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat kira-kira jam 11.10 pagi ini.
patutla banyak artikel pasal dr lolo ni..
khabar2 angin sebelum berita sebenar disahkan memang selalu terjadi..
takziah buat keluarga Dr. Lolo juga.
bab2 yang melibatkan soal kematian kena berhati2..saya dah pernah terkena dulu….
Al fatihah dan takziah buat familynya
Al-Fatihah..
Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para solihin.
kalau nak yg mutakhir nonton tv, astro awani update setiap jam.
takziah buat keluarga beliau.
Al fatihah.kepada ahli keluarga
semoga dicucuri rahmat…. 😕
al fatihah…
takziah. mmg terkezut dgr berita ni
al-fatihah
moga arwah ditempatkan di kalangan hambaNYA yg beriman…ameen
p/s- perlu ada 2-3 ‘pendinding’ utk sebarang berita di twitter sekarang ni 😀
al fatihah…
arwah yg maza kenal sorg wanita besi, tokoh yg perlu dihormati.. lagipun arwah merupakan anak bekas mufti perak…
moga roh allyarhammah di tempatkan dlm kalangan para solehin…
Al Fatihah…
Al fatihah Semoga ditempatkan di kalangan org beriman!
tu lah kak jie..semalam ptg kelas dgn dr harlina halizah siraj, inform cerita tu palsu..but last night bila tgk twitter ada berita kematian nya lagi..tunggu sampai betul2 confirm baru la berani nak inform others.. takziah buat keluarganya..semoga roh almarhumah di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Al Fatihah semuga rohnya dicucuri rahmat.
takziah untuk keluarga arwah. ada baca info ni kat blog zik tadi
takziah untuk keluarganya…. hari tu baca tweet akak… baru tau ni dah meninggal betul… moga-moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang terpilih di sisi Rasulullah s.a.w.. amin….
takziah buat keluarga arwah.. saye dgr dari berita jam 11.30 mlm td.. dr lo’ lo’ idola mak saya..
yup..entri ni petang dan ada pembetulan jam 10:45 malam
selalu berhati2 nak beritahu sesuatu berita semacam ni..apapun moga roh arwah dicucuri rahmat,al fatihah
baru saja marah kawan sebab sebarkan berita palsu rupanya benar-benar berlaku.. al-Fatihah…
takziah utk keluarga DR lolo..
dah meninggal betul dah..
2day blogger pun dah kongsi.. takziah untuk keluarga arwah
innalillah….muslimat kehilangan permata suci.alfatihah.
itulah penangan teknologi yang pantas..
apa²pun takziah kepada keluarga arwah..Al Fatihah.
Al Fatihah.. memang kadang2 takut nak percaya . kena tengok yg betul2 sahih je.
apapun semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman
arwah dah meninggal.ni betul2 punya.tengok kat kak jie edit tu…
al fatihah..takziah buat keluarga dr lo’ lo’..
arwah adalah anak merdeka.lahir pada bulan merdeka dan tahun merdeka 😀
ade facebook kata dia dah meninggal.. not sure .. selalu macam ini la… kata meninggal tapi tak meninggal..
al-fatihah..terima kasih kak jie..sebab share
info2 macam ni yang bahaya…tkut ramai terpedaya
Al-fatihah..
kalau yang petang tadi – tu khabar angin
kalau baca yang baru kejap tadi…itu yang disahkan.
Takziah untuk keluarga
Salam, balas singgah tompek den. Semoga Dr dapat sembuh.. insyallah
Kak Long baru aje baca sebentar tadi. Yang sahih atau palsu? 😐
Twitter memang bagus kak, tapi bab kesahihan maklumat tu yang tak bagusnya pulak
oo berita palsu ke? mujur lg. kalau tak sedih sbb hilang srg muslimat berwibawa dan berilmu mcm beliau. 🙂
selalu terjadi macam ni.orang yang belum meninggal dikatakan telah meninggal.padahal orang tu cuma masuk wad je.sama macam kes dato jins samsudin aritu…
nak kena betulkan mentaliti dan cara orang kita ni…